
Assalamualaikum. Kisah ini Aima dapat dari Mr Google jugak, share ye. Walaupun agak simple tapi memberi keinsafan pada diri ini. Kadang kita merasa diri kita sempurna dan boleh hidup tanpa seorang lelaki yang bernama
'suami'. kadang ego kita tinggi melebihi segalanya hingga kita merasa hanya diri kita yang betul. Tapi ada suatu masa kita pasti memerlukan bahkan merindui seorang suami. Suami adalah seorang insan yang boleh kita jadikan tempat berpaut, tempat mangadu dan seseorang yang boleh kita percayai untuk menyimpan erat semua rahsia kita, tempat berkongsi suka duka kita tanpa ada batasan. Dari itu terimalah kekurangan suami sendiri kerana sebenarnya diri kita sendiri mempunyai lebih banyak kekurangan.
Kisah ini memang penuh inspirasi. Aima akui diri ini kadangkala ego juga dan tak mahu kalah tapi seiring dengan waktu dan umur yang semakin meningkat (tapi masih awet muda gitu, ahahaaa..) berubahlah demi kebaikkan. Untuk suamiku sayang maafkan diri ini atas semua salah silap yang tak disengajakan mahupun tak terrrrrrsengaja ye.. sesungguhnya aku hanya insan yang lemah. Insha Allah selepas ini Aima akan berusaha menjadi isteri dan ibu yang baik. Semoga jodoh kita kekal hingga ke jannah, Amiinn ya rabbalalamin..
Jom kita baca dan hayati, moga menjadi panduan buat diri kita yang bergelar isteri mahupun yang bakal menyandang gelaran Puan ye.
Suami saya adalah serorang
jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2
tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi
sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan
benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian
ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami
saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba
memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan
sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi
yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui
jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung
dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan
mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di
rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah
sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus
ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik dikomputer dan
selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu
Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping
complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai
ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu
‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan
Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah
Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca
buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga
mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang
indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti
cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah
diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang
tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya
dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk
terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap
inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita,
Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Puaskah Siti sayangku..?”
“Jika Siti tidak puas hati,
sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila
Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang
pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang
pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di
saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita
kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Alhamdulillah
