السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

03 October 2018

Pedoman Untuk Diri Sendiri

MELANGKAH itu mudah,
Namun MENCARI ARAH itu yang terkadang PARAH..
MENCARI JALAN
itu mudah,
Namun MEMAHAMI destinasi itu yang SUSAH..
MENYUSURI SUSUR
itu mudah,
Namun MENUJU NOKTAH itu pasti mendatangkan LELAH..❞

Dalam semua ini ~~
MENJAGA ISTIQOMAH ITU YANG TERSANGAT SUSAH, PARAH DAN LELAH

Namun, ALLAH amat faham akan hamba-hamba NYA ~~
✔- DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
✔- Hanya perlu usaha untuk buat sehabis baik menuju ke arah yang terbaik,
✔- Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada NYA
Lantas, nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya..
Agar yang terbaik itu kelak menjadi milik manusia yang mendambakannya..

Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan NYA..
Semoga usaha kita membuahkan kebahagiaan di akhirat sana; di JANNAH NYA..
Sesungguhnya, tiada daya upaya melainkan dgn izin dan rahmat ALLAH SWT..
Barakallahufik..
Image result for kata kata hikmah untuk wanita muslimah

02 October 2018

Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan



1. Baru Cina
Memperbaiki sistem peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.


 2. Buah Makasar:
 Bersifat hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.


3. Daun Dewa
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.


4. Pokok Ati-Ati
Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.


5. Jati Belanda
Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.

 
6. Mengkudu
Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

 
7. Mahkota Dewa
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.

8. Pegaga
Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

9. Pulai
Berperanan menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.

 
10. Sambung Nyawa
Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.

11. Hempedu Bumi
Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.

12. Sembung
Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
13. Temu Putih
Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.

14. Jintan Hitam
Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.