السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

24 January 2012

Petua Rumahtangga Bahagia

 Untuk para suami/bakal suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax macam tokey besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advanced. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu…

10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga … rezeki tak masuk nanti…

12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami *degil* tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukannya bukak kedai dobi), dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah je), bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semuanya Kemahiran Hidup ni!

14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembab sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor Tunjuklah anda mengambil
berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini di dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau berkecil hati Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif.Kalau suami tak ambil kisah , perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri
.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau isteri/bakal pakat mogok, awak juga yang rugi! eheeee....

23 January 2012

Salam Isnin n selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai tuk semua kawan2 yg menyambut Tahun Baru Cina n angpow lai lai, eheee... Hari ne cuti so dari semalam lagi Mr Hubby plan nak bawak anak2 jalan2 cari buah. Anak dara Aima, kakak, memang hantu durian, bagi la 2-3 ikat gerenti habis dia makan sorang2, agaknya kakak ne ikut selera Aima masa mengandungkan dia dulu, bagilah berapa banyak durian pasti abis Aima pulun sorang-sorang, tak kira lah durian local ke import, pulun abis =)

So awal pagi lagi Mr Hubby dah bising suh siapkan anak2, padahala wife dia ne ngantuk abis, sekarang ne tiap malam tak nyenyak tido, maklumkah dah ada baby kecik, eheee... Tak sangkakan dah tua2 mcm ne (tua ke??? baru je sweet 35, ahakss...) ada lagi baby, Alhamdulillah rezeki Tuhan, Aima bersyukur sangat2 atas semua pemberian Allah s.w.t. ini...

Mr Hubby kata pukul 8.00 jalan, anak2 apa lagi tentulah syok sakan. Seawal jam 6.30 dah bangun, mandi n siap2. Punyalah teruja. Baby kecik, yang di panggil 'adik' pun Aima nak bawak sekali, sian gak asyik terperap kat umah je, sekali sekala apa salahnya jalan2 cari makan. Pukul 7.30 anak2 dah bising tanya pukul brapa nak jalan. demi tak menghampakan anak2 sebelum pukul 8 dah bertolak dari umah (mcm lah nak berjalan jauh sangat, eheee...)

Yang nampak sangat teruja adalah baby kecik Aima, adik. asyik tengok kiri kanan je sambil tangan tak reti diam. Kakak n abang2 pulak asyik bergaduh je kat tempat duduk belakang. Sorang2 tak nak mengalah, nampak gayanya lepas ne kenalah Mr Hubby tukar kereta yang lg besar, kereta 7 seater pun dorang boleh gaduh berebut nak duduk kat mana, kena beli van mcm ne, aduhaiii!!!!

Ngidam nak makan durian punya pasal sampai ulu tutong kami redah, sambil2 tu boleh cuci mata n minda yg dah berserabut ne. Punyalah jauh perjalanan, at last beli durian kat pekan tutong gak, eheeee... Dapatlah beli durian kuning seikat $12.00, kira murahlah tu daripada tempat lain.  Dah dapat durian anak2 pulak bising nak teruskan jalan2 cari makan. So redah je lah kampung2 yg ada sambil tengok mana tahu ada sayur kampung yg nak di beli.

Dalam perjalanan balik, singgah sebentar kat umah mertua sambil tengok2 apa yg sis in law jual hari ne, kot2 dapat durian ngan harga murah, eheeee.... Tengok kat gerai sis in law, wow ada durian 'pulu' lah, feberet Mr Hubby. So belilah seikat, dorang bagi harga murah je, $15.00 seikat, tak rugi beli tau, besar2 buah dia.

Dah tengahari anak2 pun bising nak balik. Sorang kata dah tak sabar nak makan durian. sorang kata nak main games, sorang kata nak tengok kartun, sorang pulak asyik tido je dalam kereta, ahaaa...Sampai je umah apa lagi kakak pun terus masuk dapur siap sedia ngan mangkuk, dah tak sabar nak makan durian feberet dia, eheee.... ermmmm...memang tak rugilah beli. semua lunak n yummyyyyy.... papai


22 January 2012

Petua Rumahtangga Bahagia



Untuk para isteri

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.