السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

01 February 2012

Sambal Belacan

salam rabu.. hari ne Aima nak share sambal belacan yang biasa Aima buat kat rumah, simple mimple je. boleh juga dibuat untuk pencicah ulam, ikan bakar, ayam bakar dan apa2 bakar sekali pun, eheee... f sudi cuba lah..tentang anggaran tu korang pandai2 lah anggar macamana sebab Aima main hentam je, janji sedap ~,~
Bahan-bahan
cili padi
cili merah
sedikit gula
sedikit garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
4 biji bawang merah
beberapa biji limau kasturi dan diambil airnya

Cara-cara
- bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
- bakar bawang merah hingga perang
- kemudian tumbuk semua bahan-bahan di atas tapi hgn halus sangat
- sesuaikan rasa garam dan gula
- siap untuk dihidangkan.  buat cicah ulam dan ikan bakar pun sodap =)

Petua Sakit Gigi

 

Sakit gigi memang amat menyeksakan, nak tidur pun susah sangat, rasa macam nak menangis pun ada, eheee....Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi kita terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. dari itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi datang melanda. Di sini Aima kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat dan menghindar sakit gigi yang Aima dapat dari uncle google semalam:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit

8) Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.(ne lah petua yang Aima amalkan sepanjang sakit gigi ne, uhuuuu... Alhamdulillah ada kurangnya)

Tips Untuk Menjadi Orang Yang Sentiasa Bersyukur



1. Setiap kali anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi Anda dapat rehatkan badan. Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini. Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya.

 

2. Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan anda, kesannya anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda. Jangan pertikaian rasa penat, mengantuk, lemah badan, malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana anda mempunyai seorang suami yang menyayangi anda, serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

3. Lihat sekeliling anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya, cuma anda mungkin tidak nampak selama ini. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah anda, bunga-bunga anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan. Jika dilihat dari perspektif lain, tugas-tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hati, anda melakukan semua pekerjaan anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang anda curahkan, anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami anda puas hati dengan apa yang anda buat, anak-anak memuji usaha anda, hati anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu