السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

13 February 2012

Melembutkan Hati Anak Dan Suami



Ada satu cara yang mudah untuk kita amalkan bagi melembutkan hati anak dan suami.  Jika suami panasa baran atau anak-anak degil, janganlah kita juga ikut degil dan panas baran sama, hadapilah dengan tenang walaupun hati kita panas membara.  Kita disarankan agar berusaha mengikut cara yang betul, tak perlu nak berjampi sasma sini, cukuplah dengan wirid dan selawat sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Caranya, mudah saja. Ketika membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).
Kemudian berdoalah…

"Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi."

Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan mendengar dan memperkanankan doa kita, Insya Allah.

Selain itu boleh juga mengamalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut) sebanyak 7x, kemudian sambung ~ Allahu LATHIIFUN bi'ibadihi yarzuqu man yasyaa'u wahuwal qowiyyul 'aziiz ~  bolehlah hembus ke ubun-ubun anak-anak dan suami atau baca dan hembus perlahan-lahan ketika suami ada berdekatan dengan kita, Insya Allah lembutlah hatinya..

Alahan Pada Strawberi

 Siapa sangka buah strawberi juga punya kesan tersendiri jika tidak kena dengan tubuh kanak-kanak yang mengambilnya.  Jika tidak sesuai, buah strawberi boleh mengakibatkan masalah ruam pada pipi dan sekitar mulut.

Malah adakalanya alahan ini boleh mengakibatkan bengkak sekitar mulut, bibir, tekak dan muka.  Pakar pediatrik menyarankan agar anak-anak diberikan sejenis buah-buahan beri ini selepas usia bayi mencapai setahun.  Jadi elakkan bayi anda memakannya selepas usia setahun.

Kuih Bakar Pandan


Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-Cara
- Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
- Blender hingga sebati
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
- Taburkan bijan (jika suka)
- Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. 

p/s: Aima bakar hingga atasnya berkerak, tu lah part yang paling sedap, eheee...Setelah sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.  Selamat mencuba...