السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

12 July 2012

~Khasiat Mahkota Dewa~

 
Mahkota Dewa merupakan salah satu tanaman ubat yang besar khasiatnya, dapat menyembuhkan segala macam penyakit seperti di bawah ini

- Diabetes (Kencing Manis)
- Kolestrol
- Asam urat
- Nyilu
- Buah Pinggang
- Kanser Usus
- Kanser Payudara
- Gout
- Sakit lutut
- Sakit-sakit badan
- Kencing berkuman

Caranya:
Amibil 5-7 keping Mahkota Dewa, siram dengan air panas dan biarkan sampai suam baru diminum.  Amalkan setiap pagi dan petang setiap hari.

Note: Mr Hubby memang dah amalkan meminum mahkota dewa ini dan Alhamdulillah sakit kat lutut yang di alami berkurangan.  Sebelum ini Mr Hubby memang mengalami sakit kaki terutama kat lutu hingga buku lali.  Pernah bawak pi hospital n buat x-ray 2-3x tapi pihak Hospital tak dapt mengesan apa penyakit yang di alami.  Cuma doktor kata ini simptom gout.  Doktor pun tak dapat nak bagi ubat apa sebelum dapat tau pa penyakit yang sebenar.  Beberapa tahun lepas sakit kaki yang Mr Hubby alami memang kronik pai bengakk satu kaki, nak berdiri n jalan pun terhenjut-henjut.  Berbagai cara dah di lakukan termasuk secara tradisional tapi masih belum menunjukkan hasil.  Lalu ada kawan Aima syorkan minum air dari rendaman mahkota dewa dan kebetulan juga mahkota dewa ini ada dijual kat gerai sebelah opis Aima, kebetulan kan.  Selama ne pandang sebelah mata pun tak, ahaaa... Aima pun suh lah Mr Hubby try n Alhamdulillah selepas 4-5 hari minum sakit yang di alami berkurangan.  Dan sehingga sekarang bila rasa nyilu je kat kaki atau badan rasa sakit-sakit terus Mr Hubby minum mahkota dewa ini.  So apa salahnya kita mencuba kan, mencegah itu lebih baik dari mengubat =) 

Selamat mencuba
 

11 July 2012

~Tanda-Tanda Isteri Tak Puas, Cukup Puas Atau Terlebih Puas~



Berikut adalah tanda-tanda ISTERI TAK PUAS
1. Mukanya ditumbuhi jerawat
2. Garang semacam seperti maki pada anak anak dan suami
3. Tiada motivasi
4. Kuat cemburu.
5. Suka perhiasan emas banyak (alternatif hiburkan diri)
6. Suka menyibukkan diri dgn benda lain
7. Malas nak bergaya depan suami
8. Malas nak layan suami
9. Mudah pening
10.Suka tidur siang

Berikut tanda-tanda ISTERI CUKUP PUAS
1. Mukanya berseri-seri
2. Jadi lembut dan mesra
3. Bermotivasi dalam hubungan
4 Kurang cemburu.
5. Tidak suka perhiasan emas banyak
6. Suka menyibukkan diri bersama suami dan anak2
7. Suka goda suami
8. Suka layan suami
9. Cergas
10.Susah tidur siang

Berikut tanda-tanda ISTERI TERLEBIH PUAS
1. Mukanya berseri seri dan ceria
2. Jadi lembut dan mesra serta sopan
3. Bermotivasi tinggi
4. Anda akan disuruh kahwin lagi. (setuju poligami)
5. Benci melihat emas banyak atau perhiasan
6. Badannya kurang bermaya
7. Suka goda suami
8. Suka layan suami
9. Asyik keletihan
10.Senang tidur siang


~Khasiat Limau Purut~

Khasiat dan Kegunaan 
1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.
 
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
 
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
 
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
 
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
 
p/s: Aima ada terbaca petua melayu lama yang mengatakan perahan air limau purut yang di campur dengan segelas air boleh mengempiskan perut dan menguruskan badan.  F tanya Aima mujarab ke tak petua kuruskan badan ngan air limua purut ne, jawapan Aima adalah 'NO KOMEN' sebab Aima lum cuba lagi, lum ada masa kononnya, huahuahuahahaaa...