السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

11 November 2012

~Wirid Melapangkan Pintu Rezeki~

Beberapa baris wirid yang dibaca selepas solat, selain dipetik dari Al-quran, ada ‘asbabun nuzul’ atau rentetan dari sebuah peristiwa tersendiri yang membawa kepda pengamalnya. Barangkali dari itulah ia diangkat menjadi bacaan yang diambil dari surah Ali Imran, ayat 26 dan 27.
 
Rasulullah s.a.w. telah mengkabarkan kepada Sayaidina Muaz Bin Jabal r.a akan kelebihan wirid tersebut. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.

Mari kita selami kisah ini bersama-sama..

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”
Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.
Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Surah Ali Imran Ayat 26.
Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 27.
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan.”

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Subahanallah ^_^

10 November 2012

~Khasiat Kacang Bendi~

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.

p/s: bendi goreng belacan pun sedap gak, yummyyyy @,@

~Kasihnya Allah SWT Pada Wanita~


Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”

c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya

Syukur Alhamdulillah ~,~