السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 March 2013

~Petua Membuang Toksid Dalam Badan~

Pinjam dari Mr Google ^_^
Petua ne Aima dapat dari kawan yang berbangsa Cina.  Katanya baik untuk membuang toksid dalam badan dan juga untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.  Di sebabkan Aima ne ada tekanan darah tinggi tapi kekadang je lah so kawan tu syorkan cuba petua ne.  Mula-mula memang tak larat rasanya nak minum, rasa macam tersekat kat tekak.  Dah try minum beberapa hari rasa sedap la pulak, ahahaa... 

Seharusnya minum sekali je dalam sehari n 3x dalam seminggu tapi di sebabkan nak lekas sembuh punya pasal Aima bantai minum tiap-tiap hari, ahahaa.. Dan Alhamdulillah tekanan darah pun mula menurun dan harap tak lah dia naik lagi, ehehee...

Jus ini juga menurut kata kawan Aima tu dapat membersihkan saluran usus kite melalui sistem pencernaan.   Bagi Aima yang menghidapi sembelit memang berkesan la minum jus ne, rajin je masuk toilet, ahakkk...

Mr Hubby pun try minum jus ne dan Alhamdulillah kaki yang selalu rasa cramp tu dah beransur sembuh.  So f ada sesape nak cuba, try la ye, senang je nak buat..

Bahannya
1 biji epal hijau
  1 tangkai daun saleri
Segelas air

Caranya:-
Kisar epal yang telah dibuang kulitnya bersama dengan daun saleri dan segelas air.  F nak rasa sedap lagi bubuhkan sedikit ais kiub.. Minum jus ini sebelum bersarapan..

Selamat Mencuba ^_^

~Surah Yang Patut Diamalkan Oleh Ibu Mengandung~

~Pesanan Untuk Suami~

1. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok badan anda sendiri dalam cermin dahulu.

2. Jangan kentut depan isteri. Kenapa semasa bercinta dahulu boleh tahan kentut?

3. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

4. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

5. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Selepas buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Selepas cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. Selepas guna ubat gigi, letak balik penutupnya. Selepas ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?