السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 March 2013

~Planning Malam Jumaat~

 
Assalamualaikum.  Salam Khamis n salam malam Jumaat @,@  Alahai semacam je tajuk n3 ne, biar orang saspen sikit, ahahaa... 

Korang ada planning nak ke mana-mana ke petang ne? Plan Aima pulak petang ne atau malam karang nak hantar baju pi Kedai Jahit, sempat siap ke tak nanti ne.  Nak pakai Ahad depan tapi sampai sekarang ne baju belum potong lagi, uhuhuu.. Orang dah bagi awal kain tuk buat baju tapi Aima ne yang takde masa nak hantar kedai.

Sebenarnya cazen Aima kawin minggu depan so dorang sponsor kain sorang satu tuk family kami, tapi untuk para isteri je tau, tuk suami n anak-anak kenalah keluar bajet sendiri, ermmmm... Kena mintak sponsor kat Mr Hubby la jawapnya, ahahaaa..

Sejak minggu lepas lagi kaum keluarga berkumpul kat rumah anty Aima tu, saja-saja je nak memeriahkan suasana berjaga-jaga sebelum hari persandingan.  Sambil berkumpul tu boleh lah ber karaoke n membungkus barang tuk buah tangan para jemputan nanti.  Sambil tu jugak boleh lah berborak tak ingat dunia bila jumpa ngan cazen n saudara mara yang jarang bersua muka, memang happening habis.  Biasalah dalam berkumpul tu tentu terimbas kenangan semasa kite nak kawin dulu, fuyooooo...nostalgik tu.

Semalam pun Aima balik rumah jam 11.30 malam.  Sampai rumah bukan dapat tidur terus, amik masa jugak nak lelapkan mata.  Nasib baik anak-anak sampai rumah terus tidozzzzz... Jam 1 lebih kot baru dapat berkelana ke alam mimpi.

Mengantuk cane sekalipun mata ne awal pagi dah terjaga, macam ada alarm.  Selesai solat terus mata tak dapat tido.  Ye la cane lah nak tido f Adik dah terjaga, selagi tak bangkit dari katil selagi tu lah dia kacau suh bangun, bertuahnye anak mama..

Selesai menyediakan sarapan, ala yang simple je, Mr Hubby terus ajak hantar keta Aima pi klinik, supaya jalan tak jem katanya.  Lagi pula dah janji ngan Mr Pomen nak hantar awal pagi supaya senang dia nak cek n buat apa yang patut.  harap-harap cepat lah kau siap ye Mr Car, tak kuasa i nak tunggu lama-lama, eheheee..

K la olz, jumpa lagi di lain waktu, Aima nak siap-siap nak balik rumah dah ne, walaupun ada masa setengah jam lagi waktu balik, huahahaaa...

Assalamualaikum semua, byeee...

Rezeki Allah

 
Assalamualaikum olz.. Alhamdulillah bulan ini adalah bulan rezeki.  Rezeki datang dari berbagai sudut, rezeki yang di duga dan tak di duga.   Rezeki untuk anak-anak sentiasa ada, Syukur Alhamdulillah. Semoga hari-hari mendatang bertambahlah rezeki Aima, keluarga n semua umat Islam di dunia ini, Amin...

20 March 2013

~Sakit Punya Cerita~

Assalamualaikum n salam Rabu.  Harap semuanya sihat-sihat je ye.  Aima sekarang ne memang kurang sihat,demam + selesema + batuk + sakit tekak + muntah-muntah (tapi bukan yang itu itu ek...) pokoknya pakej gitu lho, ehehee... Nak pi keje pun malassssss tak terkata.  Nasib baik keje banyak yang dah siap so tak la sibuk-sibuk nak kejar dateline.
Anak-anak kat rumah pun semua kurang sihat.  Adik kena demam n asma, yang kakak pulak batuk n selsema.  Abang yang 2 orang tu pulak selsema, Mr Hubby pulak sakit-sakit badan (tanda nak demam tu..) Yang Bibik pulak kata asyik sakit kepala n pening-pening.  Alahai semua tak berapa sihat. 

Dah lah penghuni rumah tak sihat, sekarang ne kereta pulak terjangkit sama, asal jalan je mula lah terbatuk-batuk, signal nak masuk klinik la tu, nasibb nasibbbb...  Nampak gayanya kena hantar kereta pi jumpa doktor la ne besok, ermmmm... Nasib baik anak cuti sekolah so tak lah risau sangat. Harap-harap cepat lah ko sembuh ye mr car, kopek poket i tau f salu macam ne, aduiiii...

15 March 2013

~Petua Membuang Toksid Dalam Badan~

Pinjam dari Mr Google ^_^
Petua ne Aima dapat dari kawan yang berbangsa Cina.  Katanya baik untuk membuang toksid dalam badan dan juga untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.  Di sebabkan Aima ne ada tekanan darah tinggi tapi kekadang je lah so kawan tu syorkan cuba petua ne.  Mula-mula memang tak larat rasanya nak minum, rasa macam tersekat kat tekak.  Dah try minum beberapa hari rasa sedap la pulak, ahahaa... 

Seharusnya minum sekali je dalam sehari n 3x dalam seminggu tapi di sebabkan nak lekas sembuh punya pasal Aima bantai minum tiap-tiap hari, ahahaa.. Dan Alhamdulillah tekanan darah pun mula menurun dan harap tak lah dia naik lagi, ehehee...

Jus ini juga menurut kata kawan Aima tu dapat membersihkan saluran usus kite melalui sistem pencernaan.   Bagi Aima yang menghidapi sembelit memang berkesan la minum jus ne, rajin je masuk toilet, ahakkk...

Mr Hubby pun try minum jus ne dan Alhamdulillah kaki yang selalu rasa cramp tu dah beransur sembuh.  So f ada sesape nak cuba, try la ye, senang je nak buat..

Bahannya
1 biji epal hijau
  1 tangkai daun saleri
Segelas air

Caranya:-
Kisar epal yang telah dibuang kulitnya bersama dengan daun saleri dan segelas air.  F nak rasa sedap lagi bubuhkan sedikit ais kiub.. Minum jus ini sebelum bersarapan..

Selamat Mencuba ^_^

~Surah Yang Patut Diamalkan Oleh Ibu Mengandung~

~Pesanan Untuk Suami~

1. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok badan anda sendiri dalam cermin dahulu.

2. Jangan kentut depan isteri. Kenapa semasa bercinta dahulu boleh tahan kentut?

3. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

4. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

5. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Selepas buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Selepas cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. Selepas guna ubat gigi, letak balik penutupnya. Selepas ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

~Telatah Anak-Anak~

Assalamualaikum n salam Jumaat.  Tak terasa hari ne dah 15 Mac, minggu depan anak-anak dah mula masuk Sekolah balik.  Sekarang ne rumah memang riuh ngan gelagat anak-anak terutamanya anak-anak lelaki.  Bergaduh memang acara wajib setiap hari.  Agaknya bibik pun sakit kepala jaga 3 teruna Aima ne, kesian bibik, ehehee...

Yang Kakak pulak selama cuti sekolah neAima tengok dah pandai masak n cuci pinggan mangkuk dalam sink, Alhamdulillah.  Aima dah cakap kat Kakak yang bibik hujung Jun ini balik Indonesia so sepanjang bibik takde Kakak lah harapan Aima untuk membantu buat kerja-kerja rumah n jaga adik-adik.  Mula-mula merungut lah jugak, biasalah anak muda.  

Then Aima terangkan kat Kakak yang Aima pun pi keje jugak, penat jugak, mana nak buat keje rumah lagi, jaga adik-adik lagi, so hari Jumaat n Ahad time Kakak tak sekolah tu boleh lah bantu apa yang patut.  Bukannya suruh masak n buat semua keje rumah pun.  

Alhamdulillah walaupun perlahan-lahan tapi sekarang ne Kakak ada gak bantu bibik cuci pinggan mangkuk n masak yang senang-senang.  Setakat ne dah pandai masak nasi goreng, udang goreng, mee goreng n apa je jenis yang goreng-goreng, ahahaaaa...

Ye la umur dah nak masuk 13 tahun takkan masak sikit pun tak pandai, tak malu ke ngan kawan-kawan.  Aima selalu gak cakap kat Kakak yang Aima dulu umur macam Kakak ne dah pandai masak masakan yang berat-berat, dah cuci baju, kemas rumah n jaga adik-adik.  Tau Kakak cakap apa?? Alaa mama itu dulu, belum zaman milineum lagi.  Kan dulu takde bibik memang lah kena buat sendiri.  F sekarang ne Kakak buat semua tu, bibik jadi gemuklah sebab takde keje nak buat, hemmmpphhhhh ada je alasan.

Memang salah Aima jugak lah, itu Aima akui, ehehee... Ye la budak zaman sekarang ne keluar je dari perut ibu, semua dah tersedia.  Kat rumah dah ada bibik yang jaga dia n ikut semua cakap dia.  Tak payah susah-susah buat itu ini, tinggal cakap je kat bibik semua ada, senangnyeeeeeee...

Dan anak-anak Aima pun sama, orang kata dari mula lihat dunia dah ada pembantu kat rumah.  Walaupun bibik yang pertama dulu tak tinggal satu rumah ngan Aima sebab tinggal ngan mama tuk bantu mama buat keje rumah, tapi setiap hari waktu bekerja, anak memang di hantar tuk bibik jaga.  Balik keje baru ambil anak balik.  Keje rumah yang lain semua Aima buat sendiri.

F takde pembantu rumah susah gak nak pi keje.  Nak hantar kat Baby Day Care memang tak sanggup.  Bukan apa, Aima ne memang susah nak percayakan orang tuk jaga anak-anak, takut sangat orang cuaikan anak-anak.  Aima cuma percayakan keluarga je tuk tengokkan anak-anak.  Masa bibik dulu balik cuti, kebetulan pulak adik-adik pompuan baru je abis sekolah so dorang la mangsa keadaan, ahahaaa..

Dah masuk anak ketiga baru Aima bawak bibik tinggal kat rumah sendiri, tu pun Mr Hubby yang berkeras suruh ajak bibik tinggal sama.  Kata Mr Hubby tak sanggup dia tengok setiap pagi Aima angkut 3 orang anak-anak pi rumah family Aima, dah tu balik keje mula kelam kabut buat itu ini, mana nak ajar kakak belajar lagi, memang penat gilerr...

So dapat je bibik baru Aima bawak dia tinggal sama-sama, tapi memang setiap pagi lah angkut anak-anak ngan bibik sekali pi rumah mama selama lebih kurang 6 bulan gak lah.  Bukan apa Aima masih belum berani tinggalkan anak-anak ngan bibik baru, lagi pula sekruang-kurangnya f ada kat rumah mama bolehlah mama atau adik-adik tolong tengokkan anak-anak n bibik dapat gak bantu mama apa yang patut.

Dah Aima betul-betul percaya kat bibik baru lah berani tinggalkan kat rumah dan Alhamdulillah bibik-bibik yang ada semua boleh di percaya tuk jaga anak-anak.  Aima dah kata biar rumah bersepah asal anak-anak di jaga ngan baik, itu satu kemestian, eheheee..

Dan disebabkan dah biasa ada bibik lah anak-anak jadi malas buat itu ini, uhuhuu... caner lah tak di katakan pemalas kalau nak minum pun jerit, 'Anty nak minum', 'Anty nak makan', 'Anty temankan mandi', ermmmm...Tapi anak lelaki je lah, yang Kakak tak la semua bibik yang kena buat.

So harap-harap time bibik bercuti-cuti Indoneisa nanti anak-anak dapat bantu apa yang patut, f harapkan Aima yang buat semua memang tinggal tulang lah mama dorang ne, uhuhuu..

~20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak~

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
 
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
 
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 
Aima: Indahnya menjadi seorang ibu kan.  Aima bersyukur sangat kerana berpengalaman dan merasai nikmat menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak, Alhamdulillah..

14 March 2013

~Hasil Keras Tangan~

Assalamualaikum n selamat petang.  Kerajinan update blog merundum lagi berikutan penyakit M semakin berleluasa, ehehee... Tapi 2-3 hari ne rajin pulak buat percubaan mencantikkan blog (cantik ke???) Cantik di mata Puan Blog lah tu, ihihiii..

Banyak sangat yang di cuba dan banyak jugak yang tak berkenan di mata, memang kerja keras betul.  Sanggup pulak dari pagi sampai ke petang ngadap lappy nak try macam-macam kat blog, nasib baik Miss Boss tak tau f dia tau, habis la kena goreng kaw- kaw punya, ahahaa.. no worries Miss Boss keje tetap siap on time ^_^

So cane ngan hasil keras tangan Aima ne, ok tak??? Ye la budak baru belajar la katakan, merangkak dahulu berlari kemudin, kan kan kan, eheheee...

Banyak gak yang Aima buang dan tambah dalam blog ne, cos takut blog jadi berat.  Mula-mula tu bila timbang berat blog ne memang berat gak lah, dah di siang, di belah di buang isi perut, akhirnya berjaya jugak meringankannya, yehaaaa... Tak pecaya? Cuba tengok kat bawah ne, ringan kan ^_^

#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1mama-aima.blogspot.com99.88 KB0.43 seconds0 seconds

08 March 2013

~Bubur Nasi + Daging Kisar~

Assalamualaikum n selamat pagi.  Sarapan pagi ini memang simple mimple, kes malas n nak cepat, eheheee... Bubur nasi + daging kisar + telur rebus, simple kan ^_^


07 March 2013

~Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya~

 
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Subahanallah ^__^