السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

07 April 2010

Kuih Sapit

salam..tentu smua org tahu kuih sapit (semperti) kn..f zaman nenek moyang dulu kuih sapit ne cuma ada satu rasa je..tp skng ada mcm2 rasa..ada rasa keladi, rasa pandan, rasa coklet pun ada..tp lidah melayu tetap gak suka yg rasa ori cam nenek buat dulu..nenek Aima dulu org kg ayer, allahyarhamah nenek memang pandai buat kuih tradisi..masak2 pun sedap sama cam masakan my mom kt umah..sedap hingga menjilat tapak tangan =) resipi ne Aima mintak dari anty yg pakar buat kuih muih ne..katanya resipi ne anty dpt dr nenek..kira resipi turun temurun lah..tp org dulu2 tak pakai gram kan??main campak n agak je..so anty ubah lah ikut peredaran masa..tp hasilnya tetap sama..

Bahan2:
600gm tepung gandum } diayak bersama
300gm tepung ubi }
320gm gula pasir
1 biji telur
1½ biji kelapa – ambil santannya
Sedikit garam

Cara2nya:
- pukul telur dan gula hingga sedikit kembang menggunakan mixer
- masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang di ayak tadi sedikit demi sedikit
- pukul hingga sebati.
- kemudian masukkan santan dan garam. Adun hingga rata
- panaskan acuan kuih sapit ke dalam minyak panas.
- tuangkan adunan pada acuan dan terus celupkan kedalam minyak panas dan biarkan hingga adunan kering kekuningan
- setelah masak keluarkan dari acuan kuih dan gulung serta merta.
- simpan dalam bekas dan tutup rapat2
- makin lama disimpan makin sedap rasanya

Khasiat Garam Kasar

- Garam makan atau garam boleh didapati dalam bentuk halus ataupun kasar. Ia merupakan satu mineral dan satu-satunya boleh dimakan oleh manusia
- Secara semula jadi, garam merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain
- Garam diperlukan oleh semua hidupan untuk meneruskan hidup kerana garam membantu mengawal kandungan air (limbangan cecair) di dalam badan

- Walaupun ia diperlukan di dalam bada, namun berhati-hati agar tidak keterlaluan mengambil garam. Pengambilan garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan termasuk tekanan darah tinggi dan sebagainya.
- Garam juga digunakan sebagai penyedap makanan dan bahan pengawet

Jem Nenas

slmt ptg olz..dalam perjalanan balik pas ambik abang dari sekolah tadi, abang tanya kat Aima, bnyk2 buah yg ada kat dunia ne, buah apa yang pakai ‘tiara’ dan badan dia punya banyak mata?? mula2 tu blurr gak di buatnya, ya lah kan dahlah kat ofis tadi otak berserabut ngan keje, hari plak panas pai sepet bijik mata, jumpa abang terus je tanya soalan yg mesti kena jawap awal tu gak.. tengahari mcm ne malas plak nak fikir mcm2..
so Aima ingat nak kenakan abang ne balik..Aima tanya lah buah tu warna apa dan macamana bentuknya..abang jawab warna kuning n bentuk dia bujur..Aima tanya lagi apa rasa dia..abang cakap rasa dia ada yang manis n ada yang masam..dah 2 Aima tanya lagi 'mama pernah ke masak buah 2?'.. Tau apa yang abang cakap? 'alaaa nda kan mama nda tau kan buah nenas tu mama selalu masak kari n kadang2 masak campur nasi goreng',ahaaaa…so Aima jawab lah nama buah tu buah nenas, eheee… budak2 lah katakan, senang je nak korek jawapan..bila tengok Aima ketawa kekek2 barulah abang prasan yg abang dah terkantoi kasik jawapan kat mama dia. ahaaa..akhirnya abang sendiri yg ketawa bagai nak rak..

bila ingat soalan abang tadi teringat plak experiment Aima minggu lepas. bila tengok nenas dah 3 hari tergolek dlm bakul tak berusik, takut ter expired plak nanti so Aima fikir nak try buat jem nanas lah..sebenarnya resepi ne main agak2 je, tak sangka pulak menjadi dapatlah di sapu kat roti buat bekpes, save cikit budget kan..
JEM NENAS

Bahan2:
1 biji nenas
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula batu
½ sudu the esen vanilla

Cara2nya:
-parut nanas tanpa air dan masak di atas api sehingga keluar jusnya
-masukkan gula pasir dan kacau sebati
-kemudian masukkan gula batu dan esen vanilla
-kacau sehingga kering dan berwarna kekuning2an
-setelah sejuk masukkan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk untuk lebih memekatkan jem tadi

p/s: jgn lupa try ek