السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 April 2010

Salam olz..hari ne kiter citer sal novel plak ey..Aima minat karya2 Sharifah Abu Salem ne bermula pada tahun 2001 melalui majalah Keluarga..masa tu Keluarga menyiarkan petikan dari novel Tak Seindah Mimpi dan disiarkan sebulan sekali (f tak silap, maaf ye..) dan untuk mengetahui lebih lanjut kelanjutan citernya, Aima sanggup beli setiap bulan Majalah Keluarga ne, ya lah kn sambil baca Keluarga sambil baca petikan novel, jimat gitu, ehee..makin dibaca semakin syok plak n rasa tak sabar nak tau penghujungnya..tambah lg novel ne mengisahkan citer keluarga (walaupun ada part yg rasanya tak logik, biasalah kan..)

tapi sygnya majalah Keluarga tak siarkan pai habislah, ermmm.. so paksa lah cari novel Tak Seindah Mimpi ne di kedai2 buku berhampiran..tu pun lama gak baru jumpa cos tokey kedai tu cakap belum order lagi, arghhh…at last kesabaran Aima berbalas, cewahhh..dan sejak dapat novel tersebut, hati ne jadi gundah gulana untuk mengetahui kisah sambungan novel tersebut..

sebaik je tahu Sharifah Abu Salem dah kuarkan sambungan dari novel Tak Seindah Mimpi, tanpa berlengah lagi Aima pun terus redah kedai2 buku n akhirnya dapatlah Tak Semanis Impian..Dan selepas itu muncullah Tiada Lagi Mimpi kesinambungan dari dua novel tadi..kini ke tiga2 novel tersebut dah pun dlm koleksi, alhamdulillah..harap2 selepas ne ada lagilah sambungan Tiada Lagi Mimpi, nak gak tahu apa citer selanjutnyanya..apa2 pun Aima suka sgt novel2 tersebut..leh lah layan jiwang n air mata, eheee… dari mula beli pail ah skng ne memang tak boring walau dibaca bnyk kali, best tau…jom layanzz sinopsis dia..
Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.
Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan.

Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya.

Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain. “Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!” RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana?
Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain.

Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang? “Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!” Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Sinopsis : TIADA LAGI MIMPI

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif.

Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan?

Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan? TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

p/s: harapan Aima semoga ada lagi kesinambungan citer ne nnti..sambung lg ye Kak Sharifah..

Penawar Demam Panas

Berubat dengan ayat Al-Quran
Ambil segelas air, kemudian dibacakan ayat berikut:-
1. Bismillahirahmanirrahim - 118 kali
2. Surah Al-Ikhlas (Qulhuallah) - 41 kali
3. Surah Alfatihah - 41 kali
Doa kan agar pesakit sembuh. Air tersebut diberi minum kepada pesakit.InsyaAllah, cepat sembuh..

Kepak Panggang Bawang Putih

Hari ne masak kepak ayam panggang dengan bawang putih untuk lunch..anak2 cakap dh lama mama dorng ne tak masak resepi tu..bukanlah tak nak masak tapi leceh nak tunggu sayap ayam tu masak..ag pun lunch break cuma 1 jam je, ambil anak2 blk sklh pun makan masa gak..pas tu kne masuk ofis blk, ermmm..so tuk tak menghampakan permintaan anak2, Aima pun marinate kepak ayam awal pagi b4 keje, biar bahan dia meresap..dh siap Aima masukkan dlm peti sejuk n dah set time kat my ‘bibik’ tuk panggang ayam tu kai oven..seb baik ada P.A ne kan, senang ckt keje, eheee…..


Bahan2:

1 kg sayap ayam

8 ulas bawang putih

2 inci halia

madu

kicap cair

kicap manis

minyak bijan

garam

sedikit serbuk perasa


Cara2nya:

-gaul kesemua bahan dan perap selama lebih kurang 2-3 jam

-panggang dalam oven hingga masak sambil disapu2kan dengan lebihan perapan tadi menggunakan serai yang di titik

-setelah masak hidangkan dengan sos (kicap yang telah dicampur dengan cili padi dan sedikit air perahan limau kasturi) perrhhhh…sedap makan ngan nasi panas2..org kata kucing mengeow pun tak peduli, heee…

p/s: nanti Aima upload pict dia ey...