السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

09 June 2012

~Pahala Untuk Isteri~

Salam Sabtu.. Hari yang penuh santai, keje setengah hari je hari ne beb, uwahahahaaa...Hari ne last day sekolah bagi anak-anak, dapatlah berehat sikit dalam seminggu lebih ne.  2 orang anak Aima yang sekolah rendah hari ne tak pi sekolah sebab demam, macam berjanji lak nak demam last day sekolah ek.  Kakak pulak memang dari hari Khamis tak masuk sekolah pagi (Eekolah Ugama) sebab cikgu kata tak payah datang sebab para cikgu ada aktiviti lain, kakak apa lagi memang hepi sangat lah.  Cuma petang je pi Sekolah walaupun sebenarnya hari ne cikgunya kata tak belajar cuma aktiviti membersihkan sekolah. 

Aima dah plan petang nanti nak bawak Mr Hubby n anak-anak jalan2, besok kan dah stat cuti so tak risau lah nak lewat balik.  Hajat hati nak bawak anak-anak pi main games kat UNI Arcade, dah lama tak bawak mereka main kat sana.  Sekali sekala hiburkan hati anak-anak tak salahkan.  Lagipun Mr Hubby tak keje malam ne dapatlah ajak makan luar sekali, rehat sehari dari acara masak memasak jadilah kan daripada takde langsung, ahaaaa....

Hari ne Aima nak share satu artikel yang berkaitan dengan pahala yang di terima seorang isteri jika melayan suami sebaik-baiknya.  Alhamdulillah Aima bersyukur sangat-sangat kerana di jadikan sebagai seorang wanita.  Memang banyak pahala seorang wanita ne ye, Syukran Ya Allah...

Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkannya ye, Insya Allah pahala menanti kita... =)

 
Pahala Untuk Wanita Yang Bergelar Isteri

 
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSsWL_merhtF8YLFBAoYP-DfuMrEZ3AWDw6opbOOBoV3zySJSo4
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”....

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

 

Selamat berhujung minggu semua....Moga korang semua gembira di samping family tersayang, aminnn.... =)

~Petua Untuk Ibu Bapa~

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Selepas bersalin, baca surah kembali Al Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al Inshirah ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
Doakan kejayaan anak, rakan anak, anak rakan kita dan jiran tetangga....

~Petua Kecantikan Dan Kesihatan Untuk Wanita 30an~

1. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.




2. Apabila umur anda menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Cari pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda.


3. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.



4. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


5. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana, air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan anda mudah diserang pelbagai penyakit.. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.


6. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.


7. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan “foundation” yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dan garang.


8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama orang yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu anda membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.