السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

03 August 2012

~Happy 1st Birthday~

 
Salam semua..Alhamdulillah hari ne hari istimewa bagi anak kecik Aima iaitu Adik.  Tak terasa dah setahun rupanya adik hari ne, Alhamdulillah.. Rasa macam baru je tengok adik masih lagi baby, masih lagi baring kat tilam ngan mata kelip-kelip tengok Aima tup tup dah pun setahun, cepatnya masa berlalu kan.

 
 Hari Jadi Adik ne Aima tak buat apa-apa majlis cuma beli kek je tadi n bawak Adik pi Gordy's Bakeshoppe n suh pilih kek apa yang dia nak.  Mula nak pilih kek yang ada deko katun Upin & Ipin, katun feberet Adik tapi sayangnya dah habis kena sapu.  Nak tempah memang tak sempat.  Mula memang cadang nak buat kek tuk Adik tapi sayang masa tak mengizinkan, soie ye sayang..Insya Allah taun depan mama buatkan ye..
So Mr Hubby suh lah Adik pilih kek mana yang dia berkenan (kononnya lah, macam lah Adik tau nak pilih kek yang mana, eheheee...) Puas gak tunjuk macam-macam kek yang ada tapi semua Adik bolayan, ahahaaa... At last suh je abang-abang dia pilih.  N sudah pastilah dorang pilih kek Ice Cream Angry Bird. Adik pun tah minat ke tidak, ahahaaa...

Sampai rumah terus je panggil anak buah yang tinggal kat umah family Aima kat belakang, ala cuma 2 orang je, ok la tu daripada takde kan, ngeee~~  Lepas amik gambar terus suh Adik potong kek.  Adik boleh buat donno je masa potong kek, memang takde perasaan langsung la Adik ne, ahaaaa...Sory ye sayang tak buat apa-apa majlis taun ne sebab banyak hal yang perlu di selesaikan terlebih dahulu.   Insya Allah ada rezeki kita buat yang lebih meriah taun depan ok, mmwahhxxx...

Ok tuk Adik yang sangat Mama sayangi, Mama Babah Kakak n Abang-Abang nak ucapkan Hepi Birthday Sayang.  Mama doakan Adik panjang umur, disihatkan tubuh badan, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik, jadilah anak yang baik, soleh dan bertakwa kepada Allah, semoga cerdik, pintar dan bijak dalam pelajaran.  Semoga terus menjadi anak yang menjadi penghibur hati Mama n Babah di kala susah mahu pun senang.  Mama n Babah sayang adik sangat-sangat tau sama seperti Mama n Babah sayang Kakak n Abang2.. Jangan nakal-nakal ye sayang..Luv U, mmwhxxx

Selamat Hari Jadi Sayangku
https://encrypted-tbn2.google.com/images?q=tbn:ANd9GcSY-eh7tTUW5MzNoCiWJjHBDYfWGdH8D8q0Uhq43Fj6GaDCPtra



27 July 2012

~Petua Mengenai Beras~


~ Membersihkan Beras ~
- Jangan dibasuh beras lebih dari 3kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

~ Beras Tidak Berkutu ~
- Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

~ Menghilangkan Hapak Beras ~
- Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

~ Beras Tidak Bermutu  ~
- Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, gorengkan beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

~Kisah Ramadhan~

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat di Bulan Puasa yang pernuh berkat ini.  Dah seminggu kiter berpuasakan.  Dalam beberapa minggu saja lagi kiter akan memasuki bulan Syawal (awalnya fikir nak beraya, eheheee..) Sebenarnya dalam keterujaan nak sambut Syawal, hati tetap berasa sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan, apakah masih ada Ramadhan yang akan di lalui di tahun mendatang? Doa dan harapan Aima agar masih di panjangkan umur, di sihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki untuk bersua lagi di bulan Ramadhan di tahun akan datang, amin.

Tahun ne memang semangat Puasa dan Raya lebih sikit.  Anak-anak dah mula menunjukkan perubahan yang memberangsangkan, Alhamdulillah.. Kakak dah mula berpuasa penuh dan tak tinggal solat.  Abang (anak kedua) juga dan mula belajar nak menghabiskan puasa satu hari walaupun sering menangis sebab tak tahan lapar, eheee...Tapi kekadang tu terlajak gak puasa setengah hari, lebih-lebih lagi bila balik dari sekolah, katanya penat n rasa tak bermaya, ahahaa...

Anak kedua, Abang B lak masih bertatih puasa setengah hari, balik sekolah je terus mintak nenen dari Bibik, uhuhuuu... Dan Alhamdulillah anak-anak dah mula solat baik secara sendiri atau dengan sesama mereka, Syukur Alhamdulillah Ya Allah..  Anak yang paling kecik pulak iaitu adik dah semakin aktif, tak reti nak duduk diam.  Semua benda dia nak kacau n semua aksi kakak n abang-abang dia nak ikut, aduyaiii...Dalam berpuasa ne terasa letih gak nak kejar adik ke sana kemari, walaupun belum pandai berjalan lagi tetapi cara dia merangkak mengalahkan Komando dalam hutan, eheheee...Terasa sangat bahagia melihat perubahan anak-anak, Alhamdulillah..

Mr Hubby lak masih macam biasa cuma agak diam sikit dalam bulan puasa ini, penat puasa kot, uhuhuuu... Tapi memang Mr Hubby ne pendiam orangnya, tak sepadan ngan wife dia yang kuat bercakap ne, ahahaaa....

Minuman kegemaran anak-anak
So apa menu korang di bulan puasa ne?  Aima 1st puasa semua makan kuih n masakan tunjuk, malas nak masak.  Lagipun nak penuhi selera Mr Hubby n anak-anak yang nak makan itu ini so bawak je lah ke Gerai Ramadhan n suruh dorang pilih apa yang dorang nak, sedar tak sedar kopak gak lah duit dalam $40 tuk satu hari, f hari-hari macam ne makin tipis lah beg kiter =)  tapi takpelah kan setahun sekali.

Puasa kedua barulah separuh masak sendiri tuk hidangan berbuka n separuh lagi biasalah kuih tunjuk.  N Alhamdulillah takde pembaziran pun sebab anak-anak makan semua sampai ada yang sakit perut kekenyangan.

Hari ne pulak Aima dah plan macam-macam menu nak masak tuk berbuka n nak ajak Mr Hubby ke gerai Ramadhan tuk beli sikit kuih tuk berbuka, nak buat rasa malas pulak tambah lagi bila Aima sorang je yang nak makan, kan membazir tu bila masak banyak, nak masak sikit rasa malas lah pulak so beli lah sikit tuk tekak sendiri.  Nanti pun nak suruh anak-anak pilih sendiri apa yang dorang rasa nak makan. 

K olz Aima nak mintak diri dulu ye, ada keje nak buat.  Lagipun bila dah siap semua keje yang Miss Bos suruh ne Aima nak teruskan keje jahit menjahit manik baju raya anak dara Aima (siap bawak opis lagi, ahahaa...) Ye lah kan daripada duduk termenung kira jam nak balik rumah lebih baik menjahit manik lagipun Miss Boss tak marah, dia lagi tengok n tanya caner nak buat, sporting kan, eheheee...

K olz, Selamat berpuasa n Assalamualaikum ~,~