السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 March 2013

~20 Perkara Yang Berubah Selepas Mempunyai Anak~

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
 
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
 
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 
Aima: Indahnya menjadi seorang ibu kan.  Aima bersyukur sangat kerana berpengalaman dan merasai nikmat menjadi seorang ibu kepada 4 orang anak, Alhamdulillah..

14 March 2013

~Hasil Keras Tangan~

Assalamualaikum n selamat petang.  Kerajinan update blog merundum lagi berikutan penyakit M semakin berleluasa, ehehee... Tapi 2-3 hari ne rajin pulak buat percubaan mencantikkan blog (cantik ke???) Cantik di mata Puan Blog lah tu, ihihiii..

Banyak sangat yang di cuba dan banyak jugak yang tak berkenan di mata, memang kerja keras betul.  Sanggup pulak dari pagi sampai ke petang ngadap lappy nak try macam-macam kat blog, nasib baik Miss Boss tak tau f dia tau, habis la kena goreng kaw- kaw punya, ahahaa.. no worries Miss Boss keje tetap siap on time ^_^

So cane ngan hasil keras tangan Aima ne, ok tak??? Ye la budak baru belajar la katakan, merangkak dahulu berlari kemudin, kan kan kan, eheheee...

Banyak gak yang Aima buang dan tambah dalam blog ne, cos takut blog jadi berat.  Mula-mula tu bila timbang berat blog ne memang berat gak lah, dah di siang, di belah di buang isi perut, akhirnya berjaya jugak meringankannya, yehaaaa... Tak pecaya? Cuba tengok kat bawah ne, ringan kan ^_^

#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB
1mama-aima.blogspot.com99.88 KB0.43 seconds0 seconds

08 March 2013

~Bubur Nasi + Daging Kisar~

Assalamualaikum n selamat pagi.  Sarapan pagi ini memang simple mimple, kes malas n nak cepat, eheheee... Bubur nasi + daging kisar + telur rebus, simple kan ^_^