السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 December 2013

Kasih Ibu Hingga Ke Hujung Nyawa

Sebuah kisah yang baik untuk anda jadikan renungan dan menguatkan ikatan antara anda dan ibu. Kadang kadang kita lalai dan lupa kepada ibu terutama yang berjauhan . Nak call seminggu sekali pun rasa susah. Jadi mungkin dengan membaca ni boleh menjadi satu treatment untuk lebih menghargai jasa ibu.

orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)
bila dahaga,yang susukan aku...mak
bila lapar,yang suapkan aku...mak
bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak
kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak
bila bangun tidur,aku cari...mak
bila nangis,orang pertama yang datang...mak
bila nak bermanja,aku dekati...mak
bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak
bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak
bila nakal,yang memarahi aku...mak
bila merajuk,yang memujukku cuma...mak
bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak
bila takut,yang tenangkan aku...mak
bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak
aku selalu teringatkan...mak
bila sedih,aku mesti talipon...mak
bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak
bila bengang,aku suka luah pada...mak
bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"
bila sakit,orang paling risau adalah...mak
bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak
bila buat hal,yang marah aku dulu...mak
bila ada masalah,yang paling risau...mak
yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak
yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak
yang selalu berleter kat aku...mak
yang selalu puji aku...mak
yang selalu nasihat aku...mak
bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak


♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥
bila seronok,aku cari...pasanganku
bila sedih,aku cari....mak
bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku
bila gagal,aku ceritakan pada...mak
bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku
bila berduka,aku peluk erat...emakku
bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku
bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak
bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah
bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..mak ingat kat aku
bila-bila..aku akan talipon pasanganku
entah bila..aku nak talipon mak
selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya......Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : $4.00
2) Tolong jaga adik : $4..00
3) Tolong buang sampah : $1.00
4) Tolong kemas bilik : $2.00
5) Tolong siram bunga : $3.00
6) Tolong sapu sampah : $3.00
Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT. 


Nota Aima: 
Kasih ibu memang tiada nilainya, kasih ibu sepanjang nyawa, uhuhuu...  Memang di akui Aima pun pernah jugak melawan kata mama, ye lah kan hati masih muda, rasa diri je betul, rasa diri je yang tau, uhuhuu..
Tapi setelah menjadi seorang ibu Aima mula merasa betapa susahnya menjadi seorang ibu.. Baru tau pengorbanan ibu selama ini, betapa sayang nya kiter kat anak-anak, baru tau caner sakitnya melahirkan, betapa perihnya membesarkan anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah..  Memang bukan senang menjadi seorang ibu, mama, umi, mummy, mak atau apa gelaran sekali pun.. Apa yang nyata kasih ibu membawa ke syurga dan kekal ke hujung nyawa..

Mama, Aima sayang mama sangat-sangat..Tiada sesiapa yang dapat menggantikan mama dalam hidup kami semua.  Hanya mama n bapa yang vertakhta di hati kami adik beradik.. Ya Allah Kau panjangkanlah umur kedua orangtuaku, peliharalah mereka sebagaimana merka memelihara aku sejak kecil lagi, berkati hidup mereka, berilah mereka kesihatan yang baik...Sembuhkanlah sakit yang di hidapi mama dan bapa ku..Berikan mereka kebahagiaan dunia dan akhirat..Murahkanlah rezeki kedua orangtuaku Ya Allah..Tabahkanlah hati mama dan bapa ku dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..Ya Allah jauhkanlah kedua orangtuaku dari perkara-perkara yang tidak baik..Lindungi mereka sebagaimana mereka berusaha melindungi aku sejak kceil lagi..Hanya pada Mu ku memohon Ya Allah..Sesungguhnya hanya pada Mu ku berserah..Hanya Egnkau Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..Amin Ya Rabbalalamin...

Yeaaa!! Dapat Sampel Percuma

Assalamualaikum n Salam Jumaat semua.  Sebelum 2 nak mintak maaf banyak2 cos dah mungkir janji, uhuhuu..  Bukan sengaja tapi ada perkara yang tak dapat nak di elakkan berlaku sebab tu lah janji nak sambung n3 beberapa bulan lepas tak jadi, maaf Aima ye, kan sebagai insan biasa kiter tak lepas dari kesilapan, eheheee...

Memang sejak beberapa bulan lepas lagi Aima tak dapat nak tumpukan sepenuh masa nak update blog, selain mama dan anak bungsu Aima sakit, bibik yang balik bercuti, keje yang menuntut sepenuh konsentrasi pun menimbun, pai naik migrain di buatnya.  Tapi Alhamdulillah semua tu dapat Aima buat ngan seksama nya, yeaaaaa.....

Dan Alhamdulillah kini mama dan anak bungsu Aima pun dah sembuh.  Nanti Aima share citer tentang mama Aima (mak kepada Aima la, jgn salah faham ek..) yang sakit dan admit kat spital ok..

Tetang anak bungsu Aima pulak, masa Adik sakit tu memang malam tak dapat tido, takut time tido 2 Aima tak sedar jika Adik asma.  Adik pun tak dapat nak tido lena, kejap menelentang, kejap bertiarap, kejap duduk, kejap tido atas badan Aima, kejap baring atas lantai.. Ya Allah kesian Aima tengok, macam mama Aima kata, dia nak carik nyawa dia, cari mana posisi yang selesa agar senang nak bernafas, Astaghfirullah sedih Aima di buatnya.  Nasib baik asma Adik kali ne tak seteruk biasanya, Alhamdulillah.. Cuma satu je yang Aima salute sangat ngan Adik, sesakit mana pun dia tetap hepi dan aktif walaupun masa tu dah tercungap-cungap, tetap ada je benda yang nak di kacaunya, tetap gak panjat sana sini, orang yang jaga dia pulak yang rasa semput, ahahaaa...  Dan Syukur Alhamdulillah adik dah sihat seperti sebelumnya, Alhamdulillah..

Ok lah berbalik ngan janji Aima berbulan-bulan lepas (lamanya ^,^) tentang 'sesuatu' yang Aima tunggu2, ehehee... Sebelum ne memang Aima rajin  blog walking n cari pape sample free.  Banyak gak yang Aima apply n banyak gak yang belum sampai (ntah dapat ke idak ye..)

Dan setelah di tunggu beberapa minggu selepas apply free sample 2, akhirnya penantian ku berakhir jua, yahuuuuuuu.... Nak tau apa dia? Aima teruja giler bila datang barang ne, rasa macam nak lompat kesukaan, cuma malu lah ngan kawan2 satu opis, eheheee...

Ni la dia apa yang Aima dapat hari tu...
Ada yang belum sempat bukak lagi.  Sebab tak nak bercampur ngan paper work yang lain so dengan terpaksanya di sumbat lah ke dalam kotak.  Insya Allah nanti Aima share apa yang Aima dapat ek..




25 October 2013

Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah (Hudud) di Negara Brunei Darussalam


Photo: Beredar melalui whatsapp ketika ini.

Alhamdulillah kebenaran telah diberikan bagi kitani mengadakan majlis membaca Ratib dan solat hajat di Masjid Ash Saleheen pada hari Jumaat 25/10 acara bermula jam 5.30 petang: Aturcara : Membaca Ratib Atas, solat maghrib dan solat hajat, dengan niat memohon Allah ta'ala supaya Kebawah Duli diberi kekuatan utk melaksanakan hukum kanun Jenayah Islam dengan sempurna dan negara Brunei dan rakyatnya dilindung Allah dari segala cubaan musuh Islam dan fitnah mereka,
jazakumullahu khair.

Mufti jawab golongan yang mempertikai.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syari'ah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong.

Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syari'ah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat.

Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syari'ah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh.

Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin.

“Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan.

“Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah.

Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya.

“Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan.

Assalamualaikum n salam Jumaat olz.  Dah bekpes ke? F belum jom bekpes sama2 tapi korang yang belanja ye, eheheee..  Hope semuanya sihat n sentiasa dalam perlindungan Allah, Amin..

Hari ne nak share tentang Negara Brunei Darussalam yang telah melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah (Hudud) pada 22 Oktober 2013 yang lalu, walaupun agak tertinggal tapi takpe lah kan, ehehee....

Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah mula digazetkan 22 Oktober 2013 : Tanggungjawab di hadapan Allah tertunai

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013. (Foto: Masri Osman)
logo majlis ilmu
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan ‘Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’, baginda bertitah, selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Lalu kerana hajat kita itulah, titah baginda, Allah Subhanahu Wata’ala pun dengan segala sifat kepemurahan-Nya telah menciptakan undang-undang untuk kita supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.

Titah baginda seterusnya, Alhamdulillah dalam sejarahnya, Negara Brunei Darussalam, selaku bumi bertuah tidaklah pernah meminta kebenaran dari sesiapa untuk memilih Islam sebagai Ugama Rasmi Negara.

“Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar'iah, demi kerana ia adalah semata-mata ‘hidayat khusus’ daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayat itu adalah bulat menjadi hak Allah,” titah baginda.

Namun dengan langkah itu, titah baginda, dasar kita tidaklah berubah, malah selaku warga dunia, kita juga akan terus bersama-sama dengan rakan-rakan kita di mana saja untuk menjalin hubungan lebih mesra dan harmoni yang berpaksikan sikap saling hormat-menghormati.

Baginda menambah titah, Negara Brunei Darussalam sentiasa peka dengan apa jua unsur kebajikan yang kita perlukan, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain serta terbuka dan menghulurkan tangan kepada siapa saja bagi kerjasama-kerjasama yang bermanfaat serta persefahaman yang bersifat sejagat.

“Inilah Brunei kita, Negara Zikir Melayu Islam Beraja. Kita, adalah melihat kepada semua pihak dengan kaca mata yang bersih lagi putih, tanpa sebarang prejudis. Lalu kerana itu, kita pun juga adalah berhak pula untuk mengharapkan supaya orang lain juga, terhadap Brunei, akan melihat seperti itu,” titah baginda.

Negara Brunei Darussalam, titah baginda, akan konsisten dengan dasar tersebut dan demikian juga bagi kepentingan dalaman, negara akan terus merancang, melaksana dan membangun dengan caranya sendiri mengikut lunas-lunas yang benar yang diredai oleh Allah.

Baginda seterusnya menghargai semua usaha, khasnya oleh mereka yang berkenaan dengan penggubalan dan pembarigaan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, semoga dengan usaha itu, kita semua dan negara akan sama-sama beroleh manfaatnya, berupa keredaan dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

“Beta berharap, sesiapa juga yang berstatus rakyat dan penduduk negara ini, akan sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini. Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian dari ‘sejarah besar’ kita dan negara,” titah baginda.
Majlis Ilmu 2013 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun membawa tema ‘Undang-Undang Jenayah Syari’ah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’.

Sumber : Pelita Brunei

Sebagai rakyat Brunei Aima rasa bangga di lahirkan dan di besarkan di bumi bertuah Negara Brunei Darussalam.  Marilah kitani Sama-sama mendokong pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Negara Brunei Darussalam.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.