السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

17 April 2010

Rendang Daging Simple

Bahan2:
1 kilo daging
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } di tumbuk
1 inci halia }
kicap manis }
kicap masin } secukupnya
2 labu bawang besar - hiris
2 sudu besar cili kisar
santan secukupnya
garam
gula
sedikit air asam jawa

Cara2nya:
-perapkan daging bersama kicap manis dan masin..rehatkan selama 1 jam
-tumis bawang yang ditumbuk dan bawang besar sehingga kuning dan wangi
-masukkan cili boh dan masak hingga garing dan naik minyak
-kemudian masukkan daging yg diperap tadi dan goreng seketika
-tambahkan santan kedalam daging dan biarkan sehingga daging empuk
-perasakan dengan garam dan gula
-biarkan seketika sehingga kuah agak pekat
-setelah masak hidangkan bersama nasi ataupun roti

p/s: kalau suka boleh di tabur kacang jagus untuk hiasan..n lagi sedap dimakan dengan nasi minyak..nyam nyam..

Petua Kurangkan Berat Badan

Ambil akar daun pandan sambil selawat 3 kali. Rebus dengan dua gelas air, jadikan satu gelas dan minum bila suam. Lakukan dua kali seminggu selepas makan. Dalam beberapa hari berikut anda akan kerap buang air bagi membuang lemak. Insya-Allah....

sati lagi petua....ambik sebuku asam jawa dan kunyit, ramas dengan segelas air.kemudian simpan dalam peti sejuk. amalkan meminumnya setiap hari..insya-Allah..

16 April 2010

Rahsia & Fadhilat Surah Al-Fatihah

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
· Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
· Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air.. Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
· Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.. Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
· Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut..Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
· Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
· Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali..kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkanoleh Allah.