السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

18 April 2010

Sambal Cili Merah

salam..hope semua shat lah ye..Aima pun bertambah2 lah shat, ahaaa...hari ne Aima upload resipi sambal cili merah yg Aima cuba2 try test tuk ubah selera..pnah makan sambal ne masa mkn kat satu resto so Aima try la ikut citarasa sendiri..tntang sukatan Aima main campak2 je..

Bahan2:
5 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji tomato
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
garam
gula

Cara2nya:
-tumbuk semua bahan2 hingga separuh lumat
-kemudian tumis hingga masak

p/s: makan bersama ayam goreng atau untuk cicah telur dadar pun sodap, eheee...

17 April 2010

Rendang Daging Simple

Bahan2:
1 kilo daging
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } di tumbuk
1 inci halia }
kicap manis }
kicap masin } secukupnya
2 labu bawang besar - hiris
2 sudu besar cili kisar
santan secukupnya
garam
gula
sedikit air asam jawa

Cara2nya:
-perapkan daging bersama kicap manis dan masin..rehatkan selama 1 jam
-tumis bawang yang ditumbuk dan bawang besar sehingga kuning dan wangi
-masukkan cili boh dan masak hingga garing dan naik minyak
-kemudian masukkan daging yg diperap tadi dan goreng seketika
-tambahkan santan kedalam daging dan biarkan sehingga daging empuk
-perasakan dengan garam dan gula
-biarkan seketika sehingga kuah agak pekat
-setelah masak hidangkan bersama nasi ataupun roti

p/s: kalau suka boleh di tabur kacang jagus untuk hiasan..n lagi sedap dimakan dengan nasi minyak..nyam nyam..

Petua Kurangkan Berat Badan

Ambil akar daun pandan sambil selawat 3 kali. Rebus dengan dua gelas air, jadikan satu gelas dan minum bila suam. Lakukan dua kali seminggu selepas makan. Dalam beberapa hari berikut anda akan kerap buang air bagi membuang lemak. Insya-Allah....

sati lagi petua....ambik sebuku asam jawa dan kunyit, ramas dengan segelas air.kemudian simpan dalam peti sejuk. amalkan meminumnya setiap hari..insya-Allah..