السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

12 February 2012

~ Jalan-Jalan ~

Salam Isnin olz.. fuhhh!!! Penat sangat hari ne.  Semalam dah pi Miri n hari ne pi Limbang pulak.  Saja je nak abiskan balance duit semalam.  F tak di habiskan hati rasa bagai di garu2 je nak suh abiskan, tak kan nak tukar duit Brunei balik kan, rugi wooo…Sambil tu boleh lah makan angin, cuci2 mata n cuci duit, ahaaa....

Pagi tadi sempat lagi siapkan tempahan kuih, bolehlah tuk tambah duit poket.  Sementara Mr Hubby pulak kuar main badminton jap ngan kawan2 dia, bila dah giler sport ne, masa yang sikit pun sempat lagi nak main, ermmm tak faham sungguh...

Bila tempahan dah siap dan ready tuk di ambil, masakan tuk tengahari pun dah ready n Mr Hubby pun dah balik, so apa lagi zoommmm pi Limbang laa.  Kali ne cuma bawak abang yang kedua je, yang lain tinggal ngan bibik kat umah.  Kakak memang tak nak ikut, penat semalam tak habis lagi kot.  Yang abang pulak tak ikut sebab nak main games ngan cazen dia (anak buah Aima yang dari KB).  Yang adik lagi lah tak ikut, sian adik kan asyik kena tinggal je, soie syg, uhuuu…
Dah sampai Kuala Lurah tengok, mak oiiii ‘Long Q’ lagi.  Ingatkan dah tengahari macam ne kurang lah sikit orang yang nak pi Sempadan, rupanya masih ramai.  Lepas setengah jam baru lepas border, punyalah lama.  Slownya sistem kat sempadan ne kan, f kat seberang sana, laju beb, tak amik masa yang panjang macam kat sini, tak pasti apa lebih n kurangnya system kita ne, ermmmm…Lupakan je ye.  Mari sambung ngan perjalanan kali ne (macam lah jalan jauh sangat, ahaaa..) dalam perjalanan abang dah merengek nak minum pepsi n mkn ayam KFC (feberet food dia) katanya, ‘lama jua babah ne drive, ngalih duduk2 dari tadi’ uhuuuu….
Kul 1+ baru sampai Bandar.  Tempat pertama yang kitorang tuju, tak lain tak bukan, TAMU.. Nak beli pusu n udang kering yang dah lama kering kat umah (macam lah kat Brunei takde jual pulak kan, ehee..) beli kat sini memang puas hati, boleh pilih n tawar menawar, harga pun murah f convert ngan B$. Dapatlah beli pusu, udang kering, udang salai, ikan masin n ikan tahai, masak dadah sodap tu.

Time shopping kat tamu tu, bunyi ‘pong pang pong pang’ sahut menyahut, naik bingit tinge dengar.  Rupanya ada lion dance kat satu restoran dekat tamu.  Baru teringat kan hari ne hari terakhir Tahun baru Cina, Chap Goh Mei, patutlah bunyi berdentum dari tadi.  Aima minat sangat tengok lion dance ne tau, sampai kan Mr Hubby kata. 'Dahlah tu, macam budak2' eheee...
Selesai selongkar tamu dari hujung ke hujung barulah pi Limbang Plaza.  Aima kan f  masuk Plaza ne tentu nak borong majalah n buku cerita, f dibandingkan ngan harga kat tempat kita, memang murah sangat.  Dan disebabkan Sugar Bun takde tempat kosong terpaksalah tapau makanan n minuman, kesian abang tak dapat nak enjoy makan n lepak2.

Tengok balance duit ada lagi, Mr Hubby ajak pi Tamu Buah-Buahan, Sayur n Buah Tempatan.  Dapatlah Aima beli lokan, durian n makanan kering.  N tetiba ternampak ada seorang lelaki jual madu lebah asli.  Macam tau pulak Mr Hubby memang tengah cari madu lebah asli ne.  Yang baiknya orang yang jual madu ne boleh bagi tau lagi mana satu madu asli yang dia dapat dari hutan  n mana madu dari lebah yang dia pelihara sendiri, untung kan, susah sebenarnya nak cari penjual yang jujur macam ne.  Dah tu siap bagi tau kelebihan dia lagi, Alhamdulillah, makasih banyak2 ye, moga rezeki bertambah murah, amin..


Lepas tu barulah zoom balik Brunei.  Sampai border, tengok panjangnya pameran kereta, eheeee...lebih kurang 25 minit baru lepas ke Pos Imigresen Limbang n tunggu lagi 20 minit baru sampai Pos Kuala Lurah.. Fuhhh!!! Penatnya duduk lama-lama dalam kereta.  Kira-kira pukul 5 lebih baru sampai rumah.  Masuk rumah tengok abang dan kakak baring depan TV ngan muncung panjang macam itik pulang petang, ahaaa... Marah lah tu sebab lewat balik, soie anak2 ku, uhuu... Adik lak tengok je mama dia ne datang terus meluru ngan walker dia mintak dokong, rindu mama ke sayang.. Cian anak2 mama ne kan..

Arghhhhhh!!!! Penatnya...Time to sleep. Mr Hubby n anak2 semua dah buat peta tinggal mama dorang ne je yang masih ngadap lappy.  Tak senang lak f tak bukak blog dalam sehari, rindu weiii... K la olz, selamat malam... Assalammualikum... Aima nak beradu dulu, bubyezzzzzzzzzzzzzzzzzz.......

11 February 2012

Karipap Mini

Bahan2 untuk kulit karipap:

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar mentega - cairkan

air secukupnya untuk menguli

secubit garam masukkan kedlm air


Cara2nya:

-masukkan mentega ke dalam tepung dan ramas hingga rata

-kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh dan diamkan beberapa minit


Inti Daging:

ubi kentang dipotong dadu
daging cincang secukupnya

rempah kari daging + sedikit rempah kunyit

1 labu bawang besar dipotong dadu

5 ulas bawang merah-ditumbuk

2 ulas bawang putih -ditumbuk

sedikit halia
gula
garam
daun kari jika suka

Cara2nya:
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit serbuk kunyit, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan kentang dan kacau sehingga empuk.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sejuk sebelum mengisi kedalam kulit karipap

Tips: Goreng dengan minyak yang banyak (goreng terendam) dan api perlahan.  Boleh juga di frozen.  Biasanya Aima buat banyak dan simpan dalam freezer, bila nak masak defrost dulu dalam micro atau biarkan di luar hingga lembut sikit baru di goreng.  Selamat Mencuba...

Gurauan Romantik Suami Isteri Secara Spontan

 Cara Gurauan Romantik Suami Isteri Secara Spontan  
(bagi yang berkahwin je tau..)

* Mencuit
- Cuit mencuit boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tegang semasa membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan,jika semasa anda ganggu itu, okey atau tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tak kena gayanya, bukannya dapat menambahkan kemesraan tapi malah pelempang naik ke muka. Bukankah naya namanya.

* Kenyit mata
- Sekali sekala kenyit- kenyitlah mata itu pada yng tersayang. Masakan anda lupa bagaimana mengenyit? Buatlah seperti semasa mengurat dulu. Seronok betul mengusik si dia dengan cara ini. Responnya juga pasti menggembirakan hati anda.

* Memegang tangannya
- Tiada salahnya minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurnya barang itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas tu pura-puralah minta maaf ops, maaf terpegang.Tak sengaja. Kalaulah ini anda lakukan, pasti dia akan melirik manja kepada anda.

* Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
- Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah sikit untuk melakukannya. Sekali- sekala, semasa mandi, bukalah pintu sedikit saja, jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sedikit kan lebih seronok daripada nampak banyak. Kemudian, buat-buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Baru ada feel.

* Ops, maaf terpegang
- Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan kononnya tersentuh. Cara ini agak sudah basi tapi tiada salahnya asal anda bahagia. Kalau cuma anda berdua di kereta misalnya, seronok juga menyakat nak masuk gear, ops terpegang tangan.

* Urut- mengurut
- Sekali sekala apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah bila-bila masa saja misalnya semasa menonton tv atau semasa berbual.

* Usik melalui telefon
- Kalau ada masa, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnnya dan kononnya hendak bercakap dengan seseorang. Buat seperti tersalah nombor. Lepas itu, usiklah dia biar dia marah. Bila sudah sampai di kemuncak perbualan dan si dia memang sudah marah, anda perkenalkanlah diri. Tentu menarik. Tapi biarlah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula yang dimarahinya.

* Suapkan makanan
- Bukan cuma anak-anak mau disuap. Si dia pun sekali sekala mau juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradab masa bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia barulah mesra.

* Betul- betulkan rambutnya
- Kadang- kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja sampai diri sendiri tidak terurus. Bolehlah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman, wah romantiknya.

* Jalan macam itik
- Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, ubah sekejap cara anda berjalan. Biar lemah lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

* Eh tuala terlepas
- Jika melihat si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju lepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat- buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti besar matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tapi tidak menyangka. Lepas itu terpulanglah kepada anda.

* Jeling- jeling
- Kalau tenung lama- lama nanti orang marah. Malah itu cukup menjengkelkan. Jadi demi tidak menyakitkan hati orang, sebaliknya menambat hati si dia, jeling- jeling sajalah.

* Cubit- cubit
Cubitan itu biarlah cubit sayang. Janganlah pula terlampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit.
Bimbang nanti lain jadinya.Elok- elok nak bergurau senda, akhirnya jadi perang.

* Gesel badan
- Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu- malu untuk terbergesel dengan si dia. Tak payahlah mau mengelak, lagi rapat lagi bagus. Selain boleh meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh menjadi mukadimah untuk hubungan seterusnya.

* Hembusan lembut di telinga
- Nampak gampang dan jarang dilakukan namun besar maknanya. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap.

* Ciuman di dahi
- Kalau yang ini dilakukan, pasti ramai yang cemburu. Wah mesranya pasangan itu. Jadi jangan tunggu lama, lakukanlah taktik ini dan anda akan dapat rasa sendiri perubahannya.

* Sembur wangian dii bilik
- Rumah adalah syurga keluarga. Oleh itu pastikanlah rumah anda sentiasa bersih dan wangi. agar tiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda akan tenang. Bila sudah tenang, segalanya akan terasa lebih mudah.

* Tolong betulkan baju
- Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang kerana masing-masing terkejar-kejar takut lambat ke pejabat. Bagi yang ingin kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul- betulkan pakaiannya biar lebih kemas.

* Bisikkan kata romantik
- Sedangkan berkias juga boleh romantik, apalagi kalau yang terus terang. Bisikkan pada telinganya pada mood yang sesuai. Mesti dia akan tersenyum lebar.  Cara ini memang spontan dan seronok dilakukan, tapi ada tapinya, jangan dilakukan selalu. Ia hanya boleh dilakukan SEKALI- SEKALA sahaja baru ada auranya. Selamat mencuba.