السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

14 February 2012

Amalan Suami Isteri Dalam Melayari Rumahtangga

Salam selasa.  Hari ne Aima nak share pembacaan Aima tentang amalan dan petua bagi pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga daripada Pakar Perunding Motivasi dan Keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.  Ini dia petuanya:-


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Khasiat Sayuran Berwarna


Tahukah anda bahawa sayuran berwarna bukan hanya menarik perhatian kanak-kanak, jauh disebaliknya ia punya banyak kelebihan dan khasiat tersendiri.  Sayuran berwarna kuning, oren dan merah misalnya mengandungi beta karotena yang cukup tinggi untuk menentang penyakit.  Sayuran berwarna putih pula seperti lobak putih dan kubis kaya dengan sulfur. Sayuran hijau yang sering menjadi pilihan semua orang pula penuh dengan vitamin B yang sihat untuk tubuh.  Apapun jenis warnanya, pastikan sayur yang dipilih sentiasa segar untuk mengekalkan kandungan mineral, kalsium, magnesium dan zat besi untuk tubuh.

13 February 2012

Melembutkan Hati Anak Dan Suami



Ada satu cara yang mudah untuk kita amalkan bagi melembutkan hati anak dan suami.  Jika suami panasa baran atau anak-anak degil, janganlah kita juga ikut degil dan panas baran sama, hadapilah dengan tenang walaupun hati kita panas membara.  Kita disarankan agar berusaha mengikut cara yang betul, tak perlu nak berjampi sasma sini, cukuplah dengan wirid dan selawat sambil bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Caranya, mudah saja. Ketika membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W. sebanyak 7 kali (atau lebih dengan bilangan yang ganjil).
Kemudian berdoalah…

"Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, maka Kau lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi."

Cubalah amalkan cara i ni (dengan istiqamah). InsyaAllah, berkesan. Yakinlah bahawa ALLAH pasti akan mendengar dan memperkanankan doa kita, Insya Allah.

Selain itu boleh juga mengamalkan zikir asmaul husna ; “Yaa Latiff” (Yang Maha Lembut) sebanyak 7x, kemudian sambung ~ Allahu LATHIIFUN bi'ibadihi yarzuqu man yasyaa'u wahuwal qowiyyul 'aziiz ~  bolehlah hembus ke ubun-ubun anak-anak dan suami atau baca dan hembus perlahan-lahan ketika suami ada berdekatan dengan kita, Insya Allah lembutlah hatinya..