السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

22 October 2012

~Bingka Labu~


 Salam Isnin semua.  Caner ngan  weekend korang?  Tentu banyak citer menarik kan.  Aima pun ada tapi nanti lah citer, eheeee...

Hari ne nak share resipi binga labu yang banyak kali tertangguh nak masuk blog.  Dah lama terperap baru hari ne turn dia masuk blog, kesiannn... Labu tu Aima beli masa beli barang kat Pasar Borong.  Ntah nape masa ronda-ronda pasar tetiba teringin nak beli sebiji labu tapi belum terfikir nak buat apa, ehehee....  Bagi yang tak tau kat Brunei Pasar Borong adalah tempat jual sayur dan buah-buahan secara borong, harganya memang murah dan berbaloi jika dibandingkan f beli kat supermarket atau gerai sayur biasa.

Dan hanya ada satu je Pasar Borong kat Brunei, ianya menjadi tumpuan orang ramai setiap hari.    Banyak sayur dan buah-buahan local mahupun import ada kat sini.  Yang paling bestnya ianya terletak tak jauh dari rumah Aima, kira-kira 15 minit dalam perjalanan (f tak jem la..)  Setiap minggu pagi memang Aima akan ke Pasar Borong tuk memborong barang-barang keperluan masak harian kat rumah dan juga bahan-bahan untuk membuat kuih tempahan, memang cukup untuk seminggu.  Dan sebab dah lama berurusan ngan satu geng (wahhh geng gitu, eheheee...) penjual ne memang selalu dapat harga runtuh punya lah.  Kekadang tu dapat gak kubis percuma, Alhamdulillah rezeki Allah kan.

Pernah masa Aima dekat nak melahirkan dan masa dalam pantang, ada gak dalam masa 2 bulan tak beli belah kat sana.  Dah habis pantang n dah start nak biz balik Aima pun shopping g la kat geng lama.  Punyalah riuh tanya dapat anak apa, baby berat brapa kg, muka macam sape n yang paling syok tu kan bila banyak yg cakap 'wah makin slim la' uwahahaaaa...kembang semangkuk di buatnya, eheheee..  Tapi sayangnya slim dalam tempoh berpantang je, abis waktu dah kembang balik, ermmm hampeh tol..

Adoiii makin lari dari tajuk n3 =) K la ne Aima share Bingka Labu yang buat hari tu tapi maaf ye tak sempat nak snap pict sebab terlupa.  Dah abis kena ngap baru teringat, alahaiii...Bahan-bahan dia simple je, senang cari kat dapur.  Insya Allah jika ada kesempatan buat bingka labu ne nanti Aima upload gambarnya ye..Selamat mencuba


Bingka Labu
2 1/2 cawan labu rebus dan telah dilecek
2 cwn tepung gandum
1 cawan gula (f tak nak manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan) 

2 sudu besar majerin
3 biji telur
3 cwn santan

1 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cara-caranya:
Blend semua bahan hingga tak berketul.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak atau sehingga atasnya berkerak (Aima masak hingga permukaannya berkerak, sodappp)
Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah di potong.

18 October 2012

~Kanser Payudara~

Punca, Gejala Dan Rawatan Kanser Payudara

KANSER PAYUDARA

Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lainrawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Sumber: Internet