السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

23 January 2013

~Pesanan Dan Ingatan Buat Suami~


 
Assalamualaikum semua.Terlebih rajin pulak hari ne, ahahaaa..  Tadi masa godek-godek blog ne, ingatkan nak delete mana-mana n3 di dalam draft yang berjumlah 1++ maka terjumpa la ngan artikel ne.  Baca punya baca memang kelas la artikel ne.  Aima pun lupa dapat dari mana, tapi memang dapat dari tenet la, dari mana lagi kan, eheheee...

So Aima nak share la ngan korang, maybe korang pun pernah baca tapi tak salah kan nak share kat blog ne, untuk bacaan Aima jugak.  Bila baca memang banyak yang betul ngan kenyataan tersebut, ye lah kan kekadang sebagai isteri terasa diri tak di hargai dan kekadang rasa tertindas, tapi tak selalu lah, kekadang je time moody n marah, ahahaaa..

Jom layanzzzzzzzzzzzzzzzzz......
 
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

~Ilmu Penunduk Suami....~

Assalamualaikum n Selamat menyambut Maulidur Rasul pada esok hari 12 Rabiulawal 1434.  Saspen tak tajuk n3 ne?   eheheeee... Nak tak ilmu pennduk suami ne? Senang je, cuba liat pic kat bawah ne...
 
Tu dia pesanan dari Ustaz Azhar Idrus, eheheee... Aima memang minat giler ngan UAI ne, selalu tengok kat Tv n Youtube, sempoi je.  Padat ngan nasihat di samping gurauan yang tak buat kiter mengantuk.  Memang best...

Memang betul kan pesanan UAI ne.  Tak payah nak jumpa bomoh o buat nasi kangkang, ikut je amalan kat atas ne, Insya Allah melekat suami ngan kiter.  Sebagai isteri kiter kenalah berusaha menyenangkan hati suami sepertimana waktu bercinta dulu, uhukkkk ^___^

Sebenarnya pesanan ini untuk diri Aima jugak, terlalu banyak kekurangan pada diri ini.  Dah buat sehabis baik sebagai isteri dan ibu, Alhamdulillah.  Jika ada yang kurang tu adatlah kan takde manusia yang sempurna, +,+

Harapan Aima kepada diri sendiri agar mampu membahagiakan suami dan anak-anak.  Nak menjadi yang terbaik di mata suami dan anak-anak.  Orang tak pandang diri ini cantik o istimewa takpelah janji suami tau kelebihan dan kekurangan Aima.  

So bagi para isteri mari kiter amalkan ilmu penunduk suami ne ye, eheheeee...
lari dari tajuk la pulak, ahahaaa...tapi Aima suka words ne ^___^

19 January 2013

~Istimewanya Wanita Bergelar Ibu~

~ Doa wanita - Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

~ Pahala Wanita bersalin -Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah catatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

~ Kelebihan melahirkan anak.- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

~ Kelebihan menyusukan anak. -Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

~ Pahala memelihara anak. -Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

~ Menggembirakan perempuan.-Barang siapa yang menggembirakan seorang perempuan maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

~ Keistimewaan anak perempuan.-Barang siapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah kita mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

~ Ganjaran Wanita Solehah.-Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

~ Hak suami dan ibu. -Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasullullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasullullah, “suaminya.” “siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab Rasullullah “ibunya.”

~ Keutamaan terhadap ibu.-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

~ Kelebihan mentaati suami.-Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

~ Ganjaran mentaati suami.-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari  mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

~ Keistimewaan seorang ibu.-Syurga di bawah tapak kaki ibu.

~ Ganjaran memelihara anak.-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersam aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

~ Ihsan terhadap perempuan.-Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, syurga ialah tempatnya.

~ Penghalang Api Neraka.-Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anakanak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

~ Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan apabila hari pertama haidnya membaca “Alhamdulillah ‘alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah.”  Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.” Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratulmustakim yang aman dari seksa, bahkan Allah SWT mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

~ Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

~ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

~ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

~ Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

~ Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan hamba.

~ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Sesungguhnya ibu adalah seorang wira yang tidak diundang, namun keikhlasan mereka menatang serta mencorakkan anak tiada gunung dan tiada lautan untuk dijadikan bandingan.