السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

24 January 2019

Kek Sarang

Assalamualaikum dan Salam Khamis.  Ini kisah dua minggu lepas, lama terperap baru nak update, ehehee..  Anak-anak ada bagi tau nak makan kek coklet lubang-lubang yang macam buat masa Hari Raya, dorang kata dah lama tak makan.  So Aima selongkarlah resepi lama dan terjumpa resepi simple ne, memang simple tapi rasa superb.  Tapi sayangnya lupa snap gambar, panas-panas lagi dah kena potong.  Memang sedap makan panas-panas apatah lagi minum dengan teh tarik kaw kaww, fuhhhh terangkat..

Kalau korang nak cuba boleh try resepi ne.  Sorry ye gambar Aima pinjam dari Mr Google, ehehee..


Image result for kek sarang semut
Bahan-Bahanya:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega
Cara Membuatnya:
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (Aima perap sejam je)
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

    21 January 2019

    Tanda-Tanda Suami Curang Dibelakang Isteri


    Image result for suami curang
    1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.
     
    2. Suami pakai dua atau lebih handphone?  Ada sesetengah syarikat memberi kemudahan telefon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu telefonnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan.

    3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk. Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula merungut bahawa anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini. Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa rungutan, suami akan bermasam muka.

    4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

    5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa. Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya. Jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

    6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah.

    7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda. Anda mungkin mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

    8. Suami selalu lewat tidur. Jika dahulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, tetapi kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di televisyen dan suami asyik mengerling handphonenya, kemungkinan suami mahu bermain “sms” dengan 'kekasih gelap'nya. Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

    9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

    10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

    So berjaga-jagalah bila ada tanda-tanda yang di atas terjadi pada suami kita.

    Nauzubillahiminzalik.. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia hingga ke nafas yang terakhir, amin..
    Related image

    20 January 2019

    Petua Untuk Minum Air

    Image result for minum air putih
    1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.

    2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.

    3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.

    4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.