السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..
09 June 2010
Mushroom Cheese Ommlette

Bahan2:
4 biji telur
cheddar cheese - diparut
cendawan butang - hiris nipis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit susu usu cair
Cara2nya:
- pecahkan telur. aduk dengan susu cair dan serbuk lada hitam. kacau rata (seperti membuat telur dadar)
- panaskan kuali dan lengserkan sedikit mentega
- kemudian goreng cendawan sebentar
- masukkan telur dan ratakan hingga sekeliling kuali. pastikan sentiasa kecil dan jgn terbalikan telur
- bila telur dah agak garing bhg bawah dan bhg atas dah kering, taburkan cheddar parut di atasnya
- kemudian telur di lipat dua dan diamkan sebentar
- setelah itu angkat dan sedap dihidang ketika panas
p/s: kalau nak omelette tu tebal, asingkan putih & kuning telur. Pukul putih telur hingga naik, berbuih semua, baru masukkan kuning telur & kacau perlahan-lahan sebelum dimasak.
Doa Untuk Anak-Anak


so Aima tnya2 lah kat kwn2 senior caner nak handle anak2 ne..dh tu survey gak kat internet..at last dpt gak doa2 pelembut hati anak2..alhamdulillah..so skng ne Aima tngh amalkan doa2 d bwh ne..so korg pun f nak cubalah ye..
1. Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan hembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Amalkan membaca surah Thoha ayat 1-5 dan Al Hasyri ayat 21 kepada anak sebelum/ketika dia tidur dan usap pada ubun-ubun anak.
3. Bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. Usapkan kepala anak & berselawat sambil berniat di dlm hati(bergantung pd niat kita utk si anak)
4. Baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo anak masih menyusu..hembuskan pd susu.
5. Bacakan surah Alam Nasrah, hembus di pernafasan/hidung anak semasa tidur.. sebaik2 semasa dia sedang sedut udara masuk ke paru2 (time tido).. surah ni utk lembutkan hati, bukakan hatinya & mendengar kata.
6. Tiap2 pagi ibu bgn trus mengadap kiblat, baca surah al-Ikhlas-3x, selawat ke atas Nabi- 11x, kemudian bygkan muka anak dan doakan utk anak itu.
Sambal Belacan

Salam..hari ne Aima nak share wat sambal belacan simple mimple..sambal belacan ne feberet mr hubby..kdng2 mr hubby mkn sambal ne ngan nasik je, pun sodap =) best frnd Aima yg bbangsa cina n Thai suka sgt ngan sambal belacan ne..tiap raya mesti Aima sediakan tuk hidangan sampingan..kdng2 best frnd Aima ne suh buat bnyak2 tuk dorg stok n bawak blk kg, ehee...so korg try la ey..
Bahan-bahan ( 1 mangkuk )
7 biji cili padi
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
belacan - secukupnya
belacan - secukupnya
air limau kasturi - secukupnya
sedikit air asam jawa
gula
sedikit garam
Cara-caranya:-
- bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
- masukkan semua bahan tadi ke dalam blender n kisar hingga semua sebati
- bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
- masukkan semua bahan tadi ke dalam blender n kisar hingga semua sebati
- siap tuk dihidang
- boleh tahan lama jika di masukkan ke dalam peti sejuk
p/s: biasanya jika nak lebih sedap lagi, limau kasturi yg sudah diperah jusnya, dikupas kulit lalu isi limau kasturi tadi dimasukkan kedalam belender n kisar dengan smua bahan..
08 June 2010
khasiat dan kelebihan telur ayam

Semua orang kenal dengan Telur Ayam kan?? Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.
Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat dan najis yang mungkin terpalit.Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa penggunaan. 

Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur adalah dengan hujung tajam ke bawah.
Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata.
Bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil langkah merebus telur sehingga masak. Jangan makan telur mentah atau telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat.
Pengendalian telur adalah penting. Pastikan kulit telur dicuci sebelum penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. Tangan juga perlu dicuci selepas pengendalian telur. Ini untuk menjamin kulit telur bebas dari bakteria.
Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. Anda boleh lihat telur-telur keluaran dengan Omega 3, caratonoid dan ada dengan tambahan selenium.
Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan. Omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak. Selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia membantu dari segi sistem pertahanan badan.
Caratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan khasiat permakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung dalam telur. Ia membantu dalam melindung cel-cel tubuh manusia daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya. 

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.
Senaman itu penting untuk mengurangkan kolesterol `jahat’ dalam badan. Amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit hingga satu jam setiap sesi.
04 June 2010
Ayam Rendang

salam smua..hari ne Aima nak share resipi ayam rendang yg sgt simple..korg rasa rendang ke resipi Aima ne? ala takpe lah jnji ada santan, daun kunyit n limau purut, leh kira rendang lah tu, ahaaa..Aima create resipi ne masa brsihkan peti sjuk n nak abiskan stok lama (p lum exp tau) n dah tak tau nak msk apa tuk dinner..mr hubby awal2 ag dh cakap tak nak mkn goreng..nak masak sup leceh lah plak..so ngan bahan seadanya, jadilah rendang yg simple mimple ne =)
Bahan2:
1 ekor ayam – dibersihkan dan potong sederhana kecil
4 batang serai - kisar
2 inci halia -kisar
1 inci lengkuas - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
7 ulas bawang merah - kisar
1 ekor ayam – dibersihkan dan potong sederhana kecil
4 batang serai - kisar
2 inci halia -kisar
1 inci lengkuas - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
7 ulas bawang merah - kisar
1 labu bawang besar - potong bulat
7 biji cili api - kisar
3 biji cili merah - hiris panjang
santan
daun limau purut
daun kunyit
garam
sedikit gula
santan
daun limau purut
daun kunyit
garam
sedikit gula
Cara2nya:
-tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau n garing
-masukkan ayam dan kacau sehingga agak kering
-setelah ayam empuk sedikit, masukkan santan n perasakan dengan garam dan gula
-tumis kesemua bahan kisar hingga naik bau n garing
-masukkan ayam dan kacau sehingga agak kering
-setelah ayam empuk sedikit, masukkan santan n perasakan dengan garam dan gula
-kemudian masukkan bawang besar n cili merah
-biarkan hingga ayam betul-betul masak dan kering
-kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit
-biarkan hingga ayam betul-betul masak dan kering
-kemudian masukkan daun limau purut dan daun kunyit
-siap tuk dihidang
Subscribe to:
Posts (Atom)