السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 September 2012

~Adik Jatuh Katil~


Salam Jumaat semua. Susah sangat hati hari ne, rasa bersalah n nak nangis pun ada.  Tadi pagi anak kecik Aima iaitu Adik yang baru berumur 1 tahun 1+ bulan jatuh dari katil, uhuhuuuu... Masa tu Aima ada kat dapur buat minuman pagi, Mr Hubby lak ada kat luar rumah manakala Adik masih tido atas katil kami.  Aima dah letak banyak bantal n selimut di sekeliling katil bagi mengelakkan Adik jatuh.  Adik dari umur 6 bulan dah tak nak tido dalam katil dia, bila letak je tentu nangis so Aima letak lah Adik tido tengah-tengah antara Aima n Mr Hubby sebab Adik ne tido lasak, takut jatuh dari katil tu yang letak tengah-tengah.

Tapi apa yang Aima takutkan selama ini terjadi pagi tadi uwawaaaa..... Baru tinggal sekejap buat minuman dah terjadi perkara yang tak di ingini.  Tau-tau je dengar suara adik nangis dengan kuat, terus Aima n abang lari masuk bilik n tengok adik dah tertiarap di sebelah katil.  Mengucap panjang Aima di buatnya sampai tak terasa menitik airmata.  Cek seluruh kepala n badan Adik takut ada yang berdarah ke apa.  Mula-mula tak la nampak ada apa-apa tetapi selang beberapa minit tengok kepala Adik ada benjol ngam-ngam kat ubun-ubun dia, Ya Allah selamatkanlah anak aku, uhuhuuuu...

Adik lak nangis tak henti-henti mybe sebab terkejut n masih mamai dari tidur.  Aima peluk n cium adik tuk redakan tangisan dia, nasib baik Adik tak nangis lama, takut tau.  N nasib baik Mr Hubby tak marah mama dia ne, uhuhuuu... Kata Mr Hubby perkara dah nak jadi, kita elak caner sekali pun pasti akan jadi jugak, uhuhuuu...
Dah adik stop nangis Aima terus google apa perihal anak jatuh dari katil, takut membahayakan anak kan.  Setelah di baca ngan teliti adil n seksama, Alhamdulillah semua tu tak di alami oleh Adik, Allahu Akbar, bersyukur sangat-sangat tapi dalam masa 24 jam ne Aima akan perhatikan setiap perubahan Adik.  Rasa tak larat nak masuk opis tapi kena gagahkan diri gak tuk cari rezeki tuk anak-anak.

Aima pun dah pesan kat bibik suh pantau adik n jangan biarkan dia sorang-sorang, biarlah rumah tak terurus asalkan anak-anak selamat, uhuhuuu...Risau beb.. Ya Allah lindungilah dan selamatkan anak-anak ku dari perkara yang boleh membawa keburukan dan jauhkanlah anak-anakku dari apa jua perkara yang tidak baik.  Selamatkanlah anak-anak ku Ya Allah....Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang ku rasakan saat ini... (uhuhuuuu)

Aima mohon kat sape-sape yang baca N3 ne tuk sama-sama mendoakan agar Adik tak apa-apa ey, thnx olz.. Semoga Allah membalas budi baik korang dengan beribu kebaikkan, amin..

Kat sini Aima share kan apa yang Aima baca dari Google tadi, semoga memberi manfaat buat kita semua, amin..

Jika Bayi Jatuh Katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 

Dan baca juga artikel di bawah ini yang Aima baca dari sebuah blog, mohon share ye..

Apakah jenis jatuhan yang perlu kita risau?
Keadaan paling biasa adalah bayi jatuh katil, sofa, kerusi kereta bayi atau stroller.. Semua ini biasanya melibatkan ketinggian setakat 1 ke 2 kaki.. Dan biasanya jatuhan jenis ini tidak melibatkan kecederaan yang serius walaupun jatuh pada lantai yang keras…

Kadang-kadang objek seperti lampu atau bakul jatuh ke atas bayi.. Keadaan ini juga jarang melibatkan kecederaan yang serius..

Bayi yang sudah berjalan dan berlari pula kerap melanggar sesuatu sewaktu berlatih kemahiran baru ini.. Biasanya ia juga tidak melibatkan kecederaan yang serius kecuali jika ada luka yang memerlukan jahitan.

Satu lagi jenis jatuhan yang biasa berlaku adalah bayi jatuh sewaktu didokong oleh orang dewasa.. 

Sekiranya orang dewasa tersebut sedang berlari dan jatuh menimpa bayi, ini boleh menyebabkan kecederaan serius.

Tetapi sekiranya orang dewasa tersebut berjalan dan bayi terjatuh, biasanya bayi tidak mengalami kecederaan yang serius.

Jatuhan dari ketinggian melebihi 3 kaki seperti meja, kabinet dapur, almari boleh menyebabkan kecederaan yang serius, terutamanya jika jatuh ke atas lantai yang keras.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi jatuh?
1. Pujuk anak anda. Bertenang dan tidak panik. Adalah lebih mudah untuk menilai tahap kecederaan anak apabila anda dan anak berada dalam keadaan tenang.
2. Jangan telefon kecemasan atau berkejar ke hospital. Belum lagi!
3. Periksa kepala, otot dan badan anak untuk sebarang luka, lebam, bengkak, calar atau sebarang perubahan yang tidak normal. Buka seluruh baju anak untuk memudahkan anda memeriksanya. Jika anda tidak menemui sebarang luka, lebam atau bengkak pada kepala dan badan anak, kemungkinan besar tidak ada apa yang perlu anda risaukan.
4. Jika anda mengesan luka, lebam atau perubahan yang tidak normal, atau anak anda kelihatan lemah untuk jangka masa yang lama segeralah ke hospital berdekatan.
5. Periksa juga kecederaan kepala..

Apakah tanda-tanda anak mengalami kecederaan kepala sewaktu jatuh?
1. Pengsan atau pitam.. Walaupun 1 minit…
2. Muntah..
3. Keadaan mental yang tidak normal..
4. Tidak stabil apabila berjalan..
5. Menangis berpanjangan..
6. Anak mengadu sakit kepala..
7. Tanda-tanda pada mata seperti juling, anak mata tidak sama saiz, kelakuan seperti melanggar sesuatu atau trip apabila berjalan/ berlari..
8. Untuk anak yang lebih besar, mereka mungkin komplen penglihatan kabur atau double..

 
Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dari perkara yang boleh membawa keburukan dan kesakitan, aminnnn......

~Tips Pembuka Pintu Rezeki~


 
Apabila kita mengalami kesusahan di dalam mencari rezeki, janganlah rungsing sebaiknya kita harus muhasabah diri mencari penyebabnya,mungkin kita terlalu boros atau  kerana kurang berhati-hati.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya, Insya Allah..

~ Setiap hari jumaat bersedekah lah sekurang-kurangnya kepada 7 orang anak yatim.
 
~ Setiap bertemu dengan orang buta yang meminta-minta segeralah diberi atau bersedekah dengan seikhlas hati.

  ~
Ikhlaskan lah jika ada orang yang berhutang kepada kita tetapi tidak mampu membayar semula hutang piutang tersebut

  ~
Selalu cium tangan  rakan atau saudara mara sekiranya  dah lama tak berjumpa .
 

~ Silaturahim kepada orang yang rajin mencari wang dan gigih berusaha.
 
~ Jangan bergaul dengan orang yang suka mengeluh/susah, tetapi bantulah mereka semampu yang boleh.
 
  ~
Jaga tempat air mandi/minum dan lainnya, jangan biarkan hingga kosong.
 
 
~ Pelihara tanaman/haiwan yang membawa  rezeki.
 

19 September 2012

~Nikmat Sedekah~

 
Bersedekah ne memang banyak nikmatnya kan.  Tak kiralah bersedekah dari bentuk apa, wang ringgit ke, harta benda ke, doa ke, asalkan ikhlas dari hati.  Hari ne nak share nikmat sedekah dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah...

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Senang je kan, sambil bersedekah untuk orang tua kiter sambil kita mendapat pahala dari Allah SWT.  Marilah kiter sama-sama mengamalkannya.  Tanpa ibu bapa tiadalah kita di muka bumi ini, tanpa ibu bapa tiadalah penaymbung zuriat di bumi Allah Taala ini..

~Aktiviti Ahad Lepas~

 
Salam olz n selamat pagi. Aima doakan semoga korang semua sihat n bertambah sihat hednaknya, amin.. Cuaca cerah + mendung je hari ne n hari-hari yang lepas, sejuk rasanya.  Nak buat keje n aktiviti luar pun rasa bersemangat.
Ahad lepas Aima n family mengadakan acara piknik n perlawanan memancing di kolam milik abang sulung Aima.  Seronok dapat kumpul ngan adik beradik sambil pot pet mam mam, eheee...  Kolam milik abang sulung tu terletak dalam kawasan perkebunan dan hutan dara.  Asalnya kolam tu kolam terbiar yang terbentuk secara semulajadi.  Nak kata kolam macam tasik, nak kata tasik macam danau, nak kata danau macam sungai kecik, ntahlah labu, panggil kolam je la ey lagi senang, eheheee... Kecik je kawasannya tapi kolam tu boleh tahan lah lebarnya boleh bersampan lagi.  
Abang sulung sengaja bela ikan air tawar banyak-banyak kat sana khas untuk memancing sekeluarga walaupun kebanyakkan ikan yang dapat di pancing tu di lepaskan balik sebab cuma bapa n adik Aima yang sorang je yang pandai makan daripada terperap dalam freezer kan lebih baik di lepas je, boleh lah dia membiak banyak-banyak.  Memancing tu saja suka-suka nak buang stress n melepas gian mama n bapa Aima yang minat mancing.
Aima yang tak minat mancing ne jadi tukang masak je, ermmmm... Bukan masak sangat pun sebenarnya cuma ganti tempat adik yang dah penat panggang ayam dari pagi, cian lak tengok dia panggang sorang-sorang.  Dah la takde yang tolong, tolong makan ramai lah, nasib kan dik, ahaaaa...

Sebenarnya Aima takde mood hari tu sebab orang lain semua ada partner tapi yang Aima ne cuma datang ngan 2 orang anak je, Mr Hubby tak dapat join sebab ada perlawanan sukan ngan kawan-kawan dia, hurmmmm... Nak mancing memang tak minat lagi pula Aima ne tak sabar orangnya, tak tahan duduk lama-lama tunggu umpan di makan ikan, rasa macam buang masa tapi f suh duk lama-lama kat dapur buat kuih ke, kek ke, biskut ke, masak ke, Aima ok jer, ahahaaa...  Dah minat sorang-sorang tak sama kan.
Mama, bapa, abang-abang, kak ipar, adik-adik, adik-adik ipar n anak buah semua sibuk tunggu ikan ngap umpan, yang Aima lak jalan sana jalan sini sebab boring, f masa tu ada benda nak buat ok gak la ne tak tengok je orang mancing mana tak boring.  Ngam jam 2 Aima dah ajak anak-anak balik, duduk2 pun penat gak tau, maybe f Mr Hubby ada sama tak la rasa nak balik cepat kan.  Ne badan kat kolam tapi hati kat rumah, ingat kat anak-anak yang tinggal kat rumah n ingat kat Mr Hubby dah balik ke belum, dah makan ke belum (agaknya dah tabiat semulajadi isteri/ibu macam ne kan, selalu je teringat kat suami n anak-anak)  Nak call line pulak takde kat kawasan kolam tu so dah dapat izin balik dari semua, Aima zoooommm balik rumah, rindu ngan suasana hingar bingar kat rumah, eheheee...
 
Tapi best gak kan dapat kumpul ramai-ramai ne sambil buat aktiviti luar.  Boleh gak ilangkan penat lelah keje.  Tapi terus terang Aima tak boleh nak enjoy buat semua tu tanpa Mr Hubby n anak-anak, rasa macam ada yang kurang, dah biasa hari-hari campur ngan anak-anak so bila tak ajak dorang memang rasa ada yang tak kena.  Takpelah ahad 2 minggu akan datang bapa Aima dah planning nak adakan pertamdingan lagi sambil piknik n Aima akan pastikan Mr Hubby akan join sekali, MESTIIII...eheeeee... Nak santai gak kan..


13 September 2012

~Saja Suka Suka~



 

 
 

~Saja Saja~

Salam semua.  Hope korang semua sihat-sihat je ye.  Alhamdulillah Puan blog bertambah-tambah SIHAT sejak raya ne, ahahaaa.... Nak kata kuat makan tak jugak, leh dikatakan dah kurang makan sejak ahir-ahir ini, gaknya sebab hati senang kot, walaupun adakalanya di landa masalah tapi kena tenangkan hati sendiri ok..

Dah lama tak bersiaran kan, ceehhhh!!!! eheheee..  Banyak sebenarnya yang nak di kongsi kat sini cuma penyakit 'M' datang melanda tambah lagi time raya anak kecik jatuh sakit n Aima sendiri di timpa penyakit, ermmmm...Sekarang Alhamduluillah semua dah ok.
Pagi tadi memang sibuk sangat ngan keje.  Sejak puasa sampailah raya dah nak habis ne keje opis memang
menimbun-nimbun, nasib baik tertimbus ye..Kekadang nak borak n minum pun tak sempat.  Tapi takpelah kan boleh lupakan masalah yang melanda.

So caner ngan raya korang taun ne? Tentu meriah kan? Raya bagi family Aima memang meriah tambah lagi anak kecik Aima dah berusia 1 tahun, dah pandai nak tolong kemas barang n tolong bersihkan rumah, uhuhuuu... Tak boleh nampak pintu ruang tamu terbuka, zuuupppp dia masuk n tarik-tarik mangkuk raya, nasib baik tak pecah, ermmmm... Tapi nakal-nakal Adik ne bila tengok orang datang beraya memang dia nangis, penakut beb.. eheheee... 

Tahun ne memang tak banyak beraya dan berziarah ke rumah sanak saudara sebab kesihatan anak kecik Aima tak begitu mengizinkan untuk kemana-mana.  Duduk rumah je tunggu sanak saudara, kawan-kawan n tetamu datang.  Alhamdulillah rumah Aima memang tak surut dari menerima tetamu. 
So kepada yang mengenali Aima tu mintak maaf banyak-banyak ye sebab tak dapat nak beraya ke rumah korang n tak dapat nak ikut makan nasik kat rumah terbuka korang tu, mohon ampun n maaf ye.  Insya Allah jika di panjangkan umur di sihatkan tubuh badan, jika korang jemput datang ke rumah terbuka korang, Aima akan serbu habis-habisan, iyo le tu ye, eheheee...