السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

28 October 2012

~Rezeki Aidiladha~

 
Asalamualaikum semua.  Alhamdulillah.  Bersyukur sangat-sangat atas rezeki Allah SWT tahun ini.  Sempena Aidiladha tahun ne kawan baik Aima ada bagi seekor kambing jantan.  Kawan baik Aima tu berbangsa Cina.  Walaupun bukan beragama Islam tapi kawan ne suka mengamalkan budaya Melayu.  Macam setiap kali Hari Raya Aidilfitri dia dan suami akan menyediakan makanan untuk para pekerja suami dia.  Bukan dia masak lah tapi dia order makanan dari Katering dan raya tahun ne dia pun order banyak masakan dan makan dari Aima jugak, Alhamdulillah.  

Menurut kata suami kawan ne, katanya semua pekerja dah bersusah payah siapkan kerja dan projek jadi ini lah masanya dia nak balas budi baik semua pekerja.  Dan katanya lagi pekerja ne kan jauh dari keluarga so apa lah salahnya dia nak mengembirakan hati dorang, betul gak kan, tak rugi berbudi ngan orang yang telah banyak berjasa pada kita.

Begitu juga tiap kali Hari Raya Aidiladha walaupun tak menyediakan makanan seperti Aidilfitri tapi setiap tahun suami kawan ne akan membeli 2 ekor kambing tuk semua pekerja-pekerja beliau.  Maksud Aima bukanlah setiap pekerja di beri 2 ekor kambing tapi semua pekerja share 2 ekor kambing tu tuk dimasak dan makan sama-sama, baru lah adil.  Mereka di beri cuti 1 hari tuk sembelih dan memasak kambing-kambing tersebut, macam gotong royong =)
Tahun ne pulak dah jadi rezeki Aima n keluarga bila suami kawan Aima tu beri seekor kambing jantan.  Mula-mula nak sembelih nak buat bbq.  Sebab sedekah dari orang yang bukan beragama Islam tidak boleh di buat Korban ataupun Aqiqah.  So Aima minta lah pendapat bapa Aima, Aima serahkan bulat-bulat pada bapa tuk buat keputusan samada nak pelihara dulu atau terus nak sembelih.  Bila bapa Aima kata pelihara je dulu, besok-besok bila dah gemuk sikit barulah sembelih, Aima n Mr Hubby terus setuju.  Mr Hubby tu bukan apa, dia tak reti nak bela kambing, eheheee...

Sekarang kambing jantan tu masih dalam peliharaan, Alhamdulillah.  Memang tak di sangkakan Allah beri Aima rezeki yang memang tak di sangka, Syukur Alhamdulillah..Anak-anak pun suka sangat ngan kambing ne terutama anak yang kecil sampaikan tengah malam pun f dia terjaga ajak Aima pi luar nak tengok kambing, alahaiii.. Takut pulak bukan kambing yang nampak tapi ????  eheheeee...

22 October 2012

~Bingka Labu~


 Salam Isnin semua.  Caner ngan  weekend korang?  Tentu banyak citer menarik kan.  Aima pun ada tapi nanti lah citer, eheeee...

Hari ne nak share resipi binga labu yang banyak kali tertangguh nak masuk blog.  Dah lama terperap baru hari ne turn dia masuk blog, kesiannn... Labu tu Aima beli masa beli barang kat Pasar Borong.  Ntah nape masa ronda-ronda pasar tetiba teringin nak beli sebiji labu tapi belum terfikir nak buat apa, ehehee....  Bagi yang tak tau kat Brunei Pasar Borong adalah tempat jual sayur dan buah-buahan secara borong, harganya memang murah dan berbaloi jika dibandingkan f beli kat supermarket atau gerai sayur biasa.

Dan hanya ada satu je Pasar Borong kat Brunei, ianya menjadi tumpuan orang ramai setiap hari.    Banyak sayur dan buah-buahan local mahupun import ada kat sini.  Yang paling bestnya ianya terletak tak jauh dari rumah Aima, kira-kira 15 minit dalam perjalanan (f tak jem la..)  Setiap minggu pagi memang Aima akan ke Pasar Borong tuk memborong barang-barang keperluan masak harian kat rumah dan juga bahan-bahan untuk membuat kuih tempahan, memang cukup untuk seminggu.  Dan sebab dah lama berurusan ngan satu geng (wahhh geng gitu, eheheee...) penjual ne memang selalu dapat harga runtuh punya lah.  Kekadang tu dapat gak kubis percuma, Alhamdulillah rezeki Allah kan.

Pernah masa Aima dekat nak melahirkan dan masa dalam pantang, ada gak dalam masa 2 bulan tak beli belah kat sana.  Dah habis pantang n dah start nak biz balik Aima pun shopping g la kat geng lama.  Punyalah riuh tanya dapat anak apa, baby berat brapa kg, muka macam sape n yang paling syok tu kan bila banyak yg cakap 'wah makin slim la' uwahahaaaa...kembang semangkuk di buatnya, eheheee..  Tapi sayangnya slim dalam tempoh berpantang je, abis waktu dah kembang balik, ermmm hampeh tol..

Adoiii makin lari dari tajuk n3 =) K la ne Aima share Bingka Labu yang buat hari tu tapi maaf ye tak sempat nak snap pict sebab terlupa.  Dah abis kena ngap baru teringat, alahaiii...Bahan-bahan dia simple je, senang cari kat dapur.  Insya Allah jika ada kesempatan buat bingka labu ne nanti Aima upload gambarnya ye..Selamat mencuba


Bingka Labu
2 1/2 cawan labu rebus dan telah dilecek
2 cwn tepung gandum
1 cawan gula (f tak nak manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan) 

2 sudu besar majerin
3 biji telur
3 cwn santan

1 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Cara-caranya:
Blend semua bahan hingga tak berketul.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak atau sehingga atasnya berkerak (Aima masak hingga permukaannya berkerak, sodappp)
Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah di potong.

18 October 2012

~Kanser Payudara~

Punca, Gejala Dan Rawatan Kanser Payudara

KANSER PAYUDARA

Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lainrawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Sumber: Internet

17 October 2012

~N3 Rojak~


Assalamualaikum semua.  Semakin hari semakin malas nak update, tapi paling rajin blog walking cari resipi n baca N3 orang, eheheee..  Sekurang-kurangnya untuk menambah kawan, pengetahun dan yang baik kita jadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan =)  

Banyak dah citer n resipi yang tertangguh n masuk dalam draft.  Kekadang tu baru je nak update, ada-ada je keje menanti di hadapan sana, baru je nak klik klik datang lak kawan ajak makan minum, haaa yang ne tak boleh tolak sebab takut nanti bila time kiter ajak dia makan minum dia boleh buat-buat jual mahal, ahahaa... Tapi so far takde lah kawan Aima tu menolak bila di ajak makan minum, laju je dia mengangguk walau sesibuk mana pun, tak padan ngan badan kecik, ahahaaa...

Hari tu Aima dapat email dari seseorang n tanya nape Aima tak simpan gambar sendiri n gambar family dalam semua N3 n nape Aima macam nak elakkan diri dari dikenali???

Ok macam ne, Aima jawap kat sini ek, bukan tak nak simpan gambar sendiri n family tapi Aima ne low profile orangnya, ahakkkk... eheheee... Ok lah seriusly Aima memang sengaja tak letak apa-apa gambar yang berkaitan ngan diri Aima n family cuma gambar makanan n sesetengah benda yang ada dalam N3 memang kepunyaan Aima sendiri.  Tak nak lah expose gambar anak-anak ke, family ke dalam blog, biarlah private & confidential, maaf ye.  Aima hanyalah insan biasa yang serba kekurangan, takde kesitimewaan pun.  Bagi yang tau sape Puan Blog ne tau lah, mostly yang tau tu cuma kawan terdekat n family Aima, yang tak tau tu Insya Allah satu hari nanti pasti tahu juga, maaf ye..

Aima blogging ne sekadar untuk kepuasan sendiri n saja je nak release tension, sekurang-kurangnya dengan blogging dapat mengurangkan tekanan dan masalah kerja n peribadi.  Lagipula Aima ne minat menulis n dengan blogging ne dapatlah nak asah skill menulis yang lama ditinggalkan n  dah berkarat pun.  Zaman sekolah dulu memang minat giler ngan subjek BM n Sastera.  Selalu dapat distinction tiap kali exam, Alhamdulillah.  Yang paling tak dapat dilupakan bila tiap kali karangan Aima tak kiralah karangan biasa o time exam tentu cikgu pinjam tuk di letak kat notice board o cikgu buat copy tuk rujukan kawan-kawan, ehehee...Terima kasih cikgu ~,~

Menurut kata cikgu karagan yang Aima buat tu nampak macam real, ntah lah tapi Aima bersyukur sangat dengan anugerah kurniaan Allah S.W.T ini.  Banyak kali jugak hasil tulisan Aima keluar surat kabar Brunei iaitu Media Pernata samada Cerpen, Sajak atau Cerita Seram.  Dan Alhamdulillah setiap karya yang publish tu di bayar, dapatlah duit poket kan.  Minat Aima ne memang mendapat sokongan penuh dari Mr Hubby.  Dan setakat ini karya terbaik Aima dan juga karya penulis lain telah pun di bukukan, Syukur Alhamdulillah...Dan minat membaca serta menulis Aima ini telah turun kepada kesemua anak-anak, semua suka buku, membaca, menulis n menconteng.  F bawak pi kedai buku, ready kan je lah duit tuk bayar buku-buku dorang, ermmmm...

Alamak makin melalut lak, ahahaaa...

Ok lah pada yang email Aima tu, terima kasih Aima ucapkan atas prihatin yang diberikan.  Insya Allah ada rezeki kenal lah dengan Aima nanti, eheheee... Sebelum tu suakcita Aima nak bagi tau yang Aima adalah mama kepada 4 orang anak, seorang puteri dan tiga orang putera.  Isteri kepada one n only hubby Mr J =).. Seorang wanita berkerjaya (keje biasa je ~,~) dan sangat rapat dengan anak-anak dan keluarga, itu je...Makasih ye, semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya, amin...

Jumpa lagi...
 

15 October 2012

~Selepas Kahwin Nanti~

 
Selepas kahwin nanti,
♥ Isteri masak ~> suami makan.
♥ Suami imam ~> isteri makmum.
♥ Suami baca doa ~> isteri aminkan.
♥ Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~♥> Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? (,"(",)~

~♥> Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥
Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu (,^^(^^,)

~Typeless Monday~

Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
  Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

Yang Membakar Amal Itu"GHIBAH".
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERDZIKIR".
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT" ^___^
Subahanallah

09 October 2012

~Bakal Rumah Kita~


Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar...Siapalah kita nak menolak takdir..
Subahanallah..

Semoga semua amal ibadat kita di terima oleh Allah S.W.T, amin...

~5 Tanda-Tanda Suami Mula Bersikap Curang~

 
1. Menjadi Panas Baran 
Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

 
2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk
 - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQJ1DCkyB-IS1hm8c7rQV8pVlaauQaK66Fkau0M-FkxtlNojaxr
3.  Sering Berahsia 
- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

 
4.  Semakin Bergaya 
- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

 
5. Menjadi Bertambah Penyayang 
- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

 

~Doa Selesaikan Hutang~

Kisah disebalik doa ini:
Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Syaidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Syaidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dan berdoa di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung..

Insya-Allah .

~Tart Telur Simple~

Salam semua.  Hari ne nak share resipi tart telur yang Aima ngan kakak buat minggu lepas.  Dulu masa tinggal kat umah lama, masa kakak kecik ag Aima rajin buat tart telur ne tuk sedekahkan kat kawan-kawan sebelah rumah.  F terlebih rajin Aima buat crust dia banyak-banyak n simpan dalam bekas kedap udara.  F  kakak nak makan baru Aima buat filling dia.  Resipi tart telur tu Aima dapat dari Aunty yang memang pakar buat kuih tapi sayangnya resipi tu dah ilang dari simpanan.  Maybe hilang masa kemas barang nak pindah rumah.  Memang simple n yummy resipi tu, sayang kan, ermmm...  

Tart telur ne memang feberet kakak dari kecik sampai lah dah jadi anak daro ne, kini semua adik-adik dia ikut jejak langkah kakak dia.  Beli lah sebanyak mana pun tart telur ne gereti licin dorang makan.  Pernah sekali tu Aima order 2 box yang isinya 25 biji/box dari FB onlieshop.  1 box tuk anak-anak n yang 1 lagi tuk family kat belakang rumah.  Anak-anak yang seramai 4 orang (termasuk adik kecik)  dah berbagi-bagi berapa bijik yang dapat tuk setiap orang.  Akhirnya setelah puas bergaduh sebab tak nak ada yang terlebih n terkurang (tapi adik tetap dapat kurang, ermmm) Aima bahagikanlah setiap sorang dapat 6 biji.  Cuma adik dapat 4 bijik n yang selebihnya Aima, Mr Hubby n Bibik dapat sebijik sorang je, alahaiii anak aku. 

Sedap memang sedap tart telur 2, crust dia pun rapuh cuma anak-anak komplen crust dia terlalu tebal n filling lak sikit.  Mr Hubby pun komplen sebab cuma dapat makan sebijik je, belum dapat rasa sedap ke tidak, eheheee...

So kesian ngan Mr Hubby, Aima pun buatlah tart telur ne Selasa 2 minggu lepas sebab masa 2 Aima amik MC (sakit gigi) n anak-anak pulak cuti sekolah so dapatlah kakak tolong apa yang patut.  Daripada tidur baring baik buat sesuatu yang menguntungkan dan mengenyangkan (time sakit gigi pun masih fikir nak makan) ahahaaa...  Resipi ne simple je, Aima dapat dari Mr Goggle gak n Aima buat separuh dari sukatan n banyak yang Aima ejas sendiri.  Resipi ne dapat menghasilkan 40 bijik tart telur size L. yummyy..

Tart Telur Simple
Crust:
1 1/2 cawan majerin
4 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit esen vanila 
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Caranya:
Campurkan semua bahan tadi dan uli hingga menjadi doh.  Rehatkan sebentar.  
Kemudian ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan & tekan hingga rata pada acuan.  
Cucukkan dengan garfu supaya tidak kembung apabila di bakar.  
Bakar selama 10min atau hingga sedikit kekuningan pada suhu 180.

Filling:
1 1/2 gelas air panas
2 sudu besar gula
2 biji telur
1/2 gelas susu cair
1 sudu besar susu manis
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Caranya:
Campurkan air panas dengan gula dan gaul hingga gulanya ciar, sejukkan.
Setelah sejuk campurkan dengan semua bahan yang lain dan gaul rata.
Masukkan filling ke dalam tart tadi dan bakar lagi dalam masa 10-15 minit.
(Aima tunggu hingga fillingnya mengelegak macam lahar gunung berapi baru di keluarkan dari oven ^_^)

Selamat Mencuba.....
masih panas, baru keluar dari oven