السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 April 2010

Peria Goreng Telur

semua pun tahu cara masak sayur ne kan..Aima saja je nak upload, vuang voeng, eheee...

Bahan2:
3 biji peria – hiris nipis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit udang kering } ditumbuk bersama
sedikit belacan }
1 biji telur
garam
gula
sedikit air

Cara2nya:
-tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan
-masukkan udang kering dan belacan yang ditumbuk dan kacau seketika
-setelah itu masukkan peria dan sedikit air
-perasakan dengan sedikit garam dan gula
-masak hingga kuah kering tapi jangan sampai sayur layu
-pecahkan telur kedalam sayur dan aduk rata
-hidangkan panas2..

p/s: bagi mebuang pahit peria, ramas peria yang telah dihiris dengan sedikit garam dan biarkan seketika..kemudian cuci sebelum di masak..

20 April 2010

Khasiat Peria

Peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya. Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit seperti:

Kencing manis
Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Merawat buasir
Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Mengatasi masalah darah kotor
Darah kotor boleh menyebabkan penyakit bisul, kudis buta dan rasa gatal. Caranya dengan mencampur segelas perahan peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol
Rebus air daun peria lalu di minum.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum dimasak

Daging Rendang Hitam

salam olz..hari ne tuk lunch Aima masak rendang daging hitam, sayur peria n sambal belacan tumis..resipi rendang Aima dpt dari internet, ubah suai cikit lah..baru hari ne 1st time try, alhamdulillah menjadi gak lah..mr hubby n anak2 cakap sedap, sama mcm yg jual kat resto, ekikiki...kembang smangkuk jadinya..daging rendang ne Aima dpt hasil skodeng dr internet..mmng lah tak sama kn p serupa ckt pn ok lah drpd tkde :) slmt mncuba..

Daging Rendang Hitam
Bahan2:
½ kilo daging – hiris dan rebus
1 sudu besar rempah kari }
1 sudu kecil serbuk jintan manis } disatukan
1 sudu kecil serbuk jintan putih }
1 sudu kecil serbuk ketumbar }
Serai- dititik
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
kicap pekat secukupnya
garam
gula
1 labu bawang besar – belah 4
kepala rempah (kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia

Cara2nya:
-tumis kepala rempah dan bahan kisar hingga garing
-masukkan rempah yang disatukan tadi dan kacau hingga rempah betul2 masak
-kemudian masukkan serai, daun pandan, daun kari dan bawang besar. Aduk rata
-setelah itu masukkan daging, kicap pekat, air asam jawa dan santan
-perasakan dengan garam dan gula
-masak hingga kuah pekat