السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

21 April 2010

Kenali Jenis-Jenis Minyak

Minyak Kacang Tanah
Masakan yang menggunakan minyak kacang tanah rasanya lebih lazat dan berkacang. Minyak ini diperbuat daripada kacang tanah yang dikukus dan mengandungi 18% lemak tepu. Minyak ini disarankan untuk masakan goreng cepat, goreng terendam dan goreng dalam kuali lombong serta leper

Minyak Bijan
Minyak bijan cerah diperbuat daripada biji bijan yang tidak dipanggang dan mempunyai rasa berkacang. Ia mengandungi lemak poli tidak tepu yang tinggi iaitu 43% dan terdiri daripada dua jenis iaitu cerah dan gelap. Minyak bijan yang dipemeringkatan mempunyai kadar pembendung asap 170C dan semi pemeringkatan titik pembendung asasnya ialah 225C

Minyak Kacang Soya
Minyak kacang soya merupakan minyak serba guna. Minyak ini melalui proses pemeringkatan yang amat tinggi. Teksturnya lembut dan versatile. Minyak yang diperbuat daripada ekstrak kacang soya ini mengandungi sitosterol yang berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Minyak Sayur
Minyak sayur merupakan bahan yang dihasilkan dari sumber tumbuhan yang dikenali sebagai pokok biji minyak. Bahan ini terdiri daripada trigliserida. Kebanyakan minyak sayur adalah diperbuat daripada kcang soya dan tinggi kadar lemak mono tidak tepu dan poli tidak tepu dan rendah kadar lemak tepunya. Kebanyakan minyak sayuran dimakan secara langsung atau tidak sebagai bahan masakan. Tekstur minyak ini boleh bertindak menjadikan bahan lain kurang melekat sesama sendiri. Rasanya agak lembut dan sangat sesuai untuk masakan goreng dan membakar kuih

Minyak Jagung
Ia merupakan minyak yang paling tawar dan tinggi kandungan lemak poli tidak tepunya iaitu 62%. Ia digunakan untuk membuat marjerin, hiasan salad dan mayonis, dengan kadar pembendung asapnya yang di tahap 220C, ia adalah paling baik digunakan untuk menggoreng kerana ia boleh menahan suhu yang tingi tanpa mengeluarkan asap

Minyak Zaitun
Terdapat juga jenis minyak zaitun iaitu extra virgin olive oil, virgin olive oil dan olive oil. Selain digunakan dalam masakan, buah purba ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit. Ia menyumbang vitamin E dan F pada tubuh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50%

Minyak Bunga Matahari
Minyak ini diakui sebagai minyak yang baik dan merupakan minyak serbaguna. Ia juga mengandungi vitamin E yang elok untuk tubuh. Diperbuat daripada biji bunga matahari. Warnyanya kuning pucat dan rasanya tawar. Minyak ini biasa dituangkan ke atas hidangan salad

Minyak Lobak Merah
Warna minyak ini sedikit kemerah-merahan. Ia diperbuat daripada lobak merah dan kaya dengan karotena. Kelebihan utama minyak ini ialah ia anti oksida dan anti penuaan. Malah ia amat elok untuk kesihatan terutama menjadikan kulit lebih cantik dan bermaya

Minyak Kelada Sawit
Minyak ini biasa digunakan dalam masakan. Ia sesuai digunakan untuk masakan goreng, tetapi tidak sesuai untuk direnjis di atas salad. Diperbuat daripada isi kelapa sawit (palm kernel oil) selain digunakan untuk tujuan menggoreng, minyak ini juga dijadikan merjerin, shortening dan sebagainya. Minyak ini merupakan pro vitamin A yang murah berbanding minyak yang lain

Minyak Kelapa
Minyak kelapa juga merupakan minyak yang sering digunakan ketika memasak terutama untuk tujuan menggoreng dan menumis. Ia diperbuat daripada ekstrak kelapa dan kandungan minyak pada sebiji kepala tua ialah sebanyak 34.7%. minyak kelapa adalah terbaik untuk kegunaan sebagai makanan. Ia mengawal kolesterol, meningkatkan fungsi tiroid dan bantu penghadaman

Peria Goreng Telur

semua pun tahu cara masak sayur ne kan..Aima saja je nak upload, vuang voeng, eheee...

Bahan2:
3 biji peria – hiris nipis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit udang kering } ditumbuk bersama
sedikit belacan }
1 biji telur
garam
gula
sedikit air

Cara2nya:
-tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan
-masukkan udang kering dan belacan yang ditumbuk dan kacau seketika
-setelah itu masukkan peria dan sedikit air
-perasakan dengan sedikit garam dan gula
-masak hingga kuah kering tapi jangan sampai sayur layu
-pecahkan telur kedalam sayur dan aduk rata
-hidangkan panas2..

p/s: bagi mebuang pahit peria, ramas peria yang telah dihiris dengan sedikit garam dan biarkan seketika..kemudian cuci sebelum di masak..

20 April 2010

Khasiat Peria

Peria sejenis sayuran yg agak pahit rasanya. Kebanyakan org tidak menggemarinya. Namun sesuatu yg pahit pasti mempunyai khasiat. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium.Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit seperti:

Kencing manis
Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Merawat buasir
Caranya, campurkan perahan daun peria ke dlm segelas susu & minum setiap pagi selama sebulan. Akar yg dihancurkan boleh disapu pd tempat buasir.

Mengatasi masalah darah kotor
Darah kotor boleh menyebabkan penyakit bisul, kudis buta dan rasa gatal. Caranya dengan mencampur segelas perahan peria & secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol
Rebus air daun peria lalu di minum.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap & mampu meningkatkan selera makan.Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dlm air garak sebelum dimasak