السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

05 February 2012


Salam.. Ahad kembali lagi.  Hari ne merupakan hari Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan disebabkan hari Mualidur Rasul ne jatuh hari Ahad maka esok hari (Isnin) adalah hari kelepasan awam, dapatlah bercuti panjang dan merehatkan fikiran dan cuti dari bergegas sekolah-rumah-ofis-rumah-sekolah-rumah-sekolah-ofis-sekolah-rumah, fiuhhhh!!!!!

Dari minggu lepas lagi dah plan ngan Mr Hubby nak bawak anak2 jalan2 cari makan dan cuci mata.  Kitorang dah plan nak bawak anak2 pi Miri, nak beli barang2 yang dorang nak.  Kul 8 pagi semua dah siap2 n terus zoommm pi Miri, Cuma adik je yang tinggal ngan bibik kat umah.  Aima siap pesan kat mama kat umah belakang lagi mintak tolong tengok2kan adik kat umah.  Macam Mr Hubby kata Aima ne kuat ‘uri dari dugal’ eheee…

Sebenarnya dah lama tak pi Miri, rasanya last pi Miri sebelum mengandungkan adik.  Ngam pulak cuti 2 hari, apa lagi jalan2 lah jawabnya.  Anak2 teruja sangat nak jalan.  Anak2 ne bukan apa, dalam fikiran masing2 dah set apa yang nak dibeli, macamlah mama dia ne tak tau, eheee…

Perjalanan 1+ jam tak terasa sangat ngan celoteh dan gaduh2 manja anak2.  Tau2 je dah sampai border.  Punyalah ‘long Q’ kat Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh ne.  Ye lah time cuti2 ne ramailah yang amik kesempatan tuk jalan2, macam kiter jugak. 

F jalan ngan Mr Hubby memang tak pi Bandar Miri lah, malas katanya.  So round2 lah kat Giant n E-Mart, syok gak n kopak gak duit, uhuuu…  takpelah bukan selalu kan.  Yang paling cerewet sekali adalah kakak, manakala adik2 dia cool je.  Tak lah nak beli itu ini sangat macam kakak dia, semua nak borong, ermmm…   Terus terang Aima katakan tak tahu nak beli apa kat Miri ne, paling2 pun beli barang anak2 je.  Aima n Mr Hubby Cuma beli sandal.  Selebihnya beli buah2an, sudah tentulah beli durian, tak kan miss punya, eheee…

Duit yang tukar tadi pun tak habis lagi, so Aima kata apa kata kita pi Limbang besok, sekurang2nya Aima tahu apa nak beli kat sana, biasalah pompuan ne kan tentu fikir tuk beli barang dapur je.  So pukul 3 bila anak2 dah merengek nak balik, komplen penat lah, ngantuk lah, boring lah, apa lagi balik Brunei lah jawabnya, selamat sikit duit, eheee… Pukul 5 baru sampai rumah, penat sangat.  Tengok adik pun macam tertunggu2 mama dia ne balik.  Nampak je Aima terus mintak dokong.  Cian anak mama, tentu rindu mama kan, uhuu…  

Kakak n abang2 semua dah buat muka seposen, penat lah tu.  Lepas mandi, Aima suh mereka makan n pas tu terus masuk tidozzzzzzzzzzz…. Aima pun amik la masa yang ada tuk update blog ne, saja je tuk kenangan, eheee…

Ok la olz. Aima pun dah ngantuk sangat ne, besok plan nak sambung jalan2 lagi pi Limbang tuk habiskan balance duit ari ne.  Kena bangun awal sikit sebab nak buat kuih tempahan adik.  Mr hubby pun dah kata tengah hari baru bertolak dari rumah, Mr Hubby ada agenda ngan kawan2 dia.  Tek ur time my lalenx.  Sementara tunggu Mr Hubby balik kan Aima boleh buat kuih tempahan n masak tuk anak2.  Kuih pun kena siap sebelum tengah hari, kenalah sediakan awal2. Uwarghhhhhh!!! Ngantuknyeeeeeeee…. Selamat malam semua, assalammualaikum.. Insya Allah jumpa lagi di kesempatan lain, bubye…


03 February 2012

Petua Meringankan Asma dengan Madu dan Halia

Ada pelbagai punca atau penyebab asma. Namun perkhabaran baiknya, asma juga boleh dirawat dengan pelbagai cara yang berbeza.
Tentu saja, penyelesaian terbaik idealnya adalah penyelesaian semulajadi. Dua bahan semulajadi untuk meringankan asma secara berkesan adalah madu dan halia.
Madu untuk Asma
Madu sangat baik untuk asma. Madu membantu mencairkan dan membuang lendir dari sistem pernafasan.
Lendir yang terkumpul di saluran pernafasan akan menghalang aliran udara sehingga boleh mencetuskan atau membuat serangan asma semakin memburuk.
Ini adalah beberapa ramuan madu yang baik untuk meringankan asma:
~ Satu sudu teh madu dengan air diminum setiap hari.
~ Satu sudu teh air hangat ditambah satu perempat sudu teh serbuk kunyit diminum dua kali sehari.
~ Satu sudu teh madu dengan setengah sudu teh serbuk kayu manis diminum sekali sehari (baik pagi atau malam).
~ Satu sudu makan madu, satu sudu teh bawang putih tumbuk (jus bawang putih), dan setengah sudu teh asafetida. Campur semua bahan ini bersama-sama dan diminum dua kali sehari.
Halia untuk Asma
Halia juga sangat baik untuk asma. Halia boleh menghentikan inflamasi atau keradangan.
Asma berlaku kerana adanya peradangan pada saluran pernafasan.
Ketika dicampur dengan bahan tertentu, halia juga boleh bertindak sebagai ekspektoran.
Ekspektoraan akan membantu menyingkirkan lendir dari sistem pernafasan.
Ini adalah beberapa ramuan halia untuk asma:
~ Satu sudu teh halia dengan satu cawan ramuan fenugreek diminum sekali sehari.
~ Jus halia segar  dicampur dengan madu diminum sehari sekali.
~ Sediakan setengah sudu teh halia segar, satu sudu teh biji jinten, sejemput pala, dan segelas air. Campurkan semua bahan tersebut dan didihkan. Minum ramuan semasa ia masih hangat.
Keberkesanan Madu dan Halia
Keberkesanan madu dan halia sebagai ubat asma semulajadi telah terbukti. Namun yang perlu diingat, asma disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza.
Itu sebab, perlu dilakukan ujian ramuan jenis mana yang paling tepat dan berkesan meringankan asma sesuai keadaan khusus seseorang.
Secara keseluruhan, madu dan halia adalah dua bahan semulajadi berkesan yang boleh ditambah ke ramuan apapun.
Madu membantu membersihkan sistem pernafasan dari lendir sementara halia membantu menghentikan radang dan lendir dari saluran pernafasan.

Salmon Makanan Untuk Otak


Jika ada yang belum tahu, salmon merupakan sumber terbaik omega 3 yang dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam tubuh.  Selain baik untuk kolesterol, ikan salmon juga mengandungi vitamin D, selenium dan vitamin B6 yang baik untuk perkembangan otak yang baik, kerana itulah ia digelar makanan untuk otak.