السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

27 July 2012

~Petua Mengenai Beras~


~ Membersihkan Beras ~
- Jangan dibasuh beras lebih dari 3kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

~ Beras Tidak Berkutu ~
- Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

~ Menghilangkan Hapak Beras ~
- Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

~ Beras Tidak Bermutu  ~
- Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, gorengkan beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

~Kisah Ramadhan~

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat di Bulan Puasa yang pernuh berkat ini.  Dah seminggu kiter berpuasakan.  Dalam beberapa minggu saja lagi kiter akan memasuki bulan Syawal (awalnya fikir nak beraya, eheheee..) Sebenarnya dalam keterujaan nak sambut Syawal, hati tetap berasa sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan, apakah masih ada Ramadhan yang akan di lalui di tahun mendatang? Doa dan harapan Aima agar masih di panjangkan umur, di sihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki untuk bersua lagi di bulan Ramadhan di tahun akan datang, amin.

Tahun ne memang semangat Puasa dan Raya lebih sikit.  Anak-anak dah mula menunjukkan perubahan yang memberangsangkan, Alhamdulillah.. Kakak dah mula berpuasa penuh dan tak tinggal solat.  Abang (anak kedua) juga dan mula belajar nak menghabiskan puasa satu hari walaupun sering menangis sebab tak tahan lapar, eheee...Tapi kekadang tu terlajak gak puasa setengah hari, lebih-lebih lagi bila balik dari sekolah, katanya penat n rasa tak bermaya, ahahaa...

Anak kedua, Abang B lak masih bertatih puasa setengah hari, balik sekolah je terus mintak nenen dari Bibik, uhuhuuu... Dan Alhamdulillah anak-anak dah mula solat baik secara sendiri atau dengan sesama mereka, Syukur Alhamdulillah Ya Allah..  Anak yang paling kecik pulak iaitu adik dah semakin aktif, tak reti nak duduk diam.  Semua benda dia nak kacau n semua aksi kakak n abang-abang dia nak ikut, aduyaiii...Dalam berpuasa ne terasa letih gak nak kejar adik ke sana kemari, walaupun belum pandai berjalan lagi tetapi cara dia merangkak mengalahkan Komando dalam hutan, eheheee...Terasa sangat bahagia melihat perubahan anak-anak, Alhamdulillah..

Mr Hubby lak masih macam biasa cuma agak diam sikit dalam bulan puasa ini, penat puasa kot, uhuhuuu... Tapi memang Mr Hubby ne pendiam orangnya, tak sepadan ngan wife dia yang kuat bercakap ne, ahahaaa....

Minuman kegemaran anak-anak
So apa menu korang di bulan puasa ne?  Aima 1st puasa semua makan kuih n masakan tunjuk, malas nak masak.  Lagipun nak penuhi selera Mr Hubby n anak-anak yang nak makan itu ini so bawak je lah ke Gerai Ramadhan n suruh dorang pilih apa yang dorang nak, sedar tak sedar kopak gak lah duit dalam $40 tuk satu hari, f hari-hari macam ne makin tipis lah beg kiter =)  tapi takpelah kan setahun sekali.

Puasa kedua barulah separuh masak sendiri tuk hidangan berbuka n separuh lagi biasalah kuih tunjuk.  N Alhamdulillah takde pembaziran pun sebab anak-anak makan semua sampai ada yang sakit perut kekenyangan.

Hari ne pulak Aima dah plan macam-macam menu nak masak tuk berbuka n nak ajak Mr Hubby ke gerai Ramadhan tuk beli sikit kuih tuk berbuka, nak buat rasa malas pulak tambah lagi bila Aima sorang je yang nak makan, kan membazir tu bila masak banyak, nak masak sikit rasa malas lah pulak so beli lah sikit tuk tekak sendiri.  Nanti pun nak suruh anak-anak pilih sendiri apa yang dorang rasa nak makan. 

K olz Aima nak mintak diri dulu ye, ada keje nak buat.  Lagipun bila dah siap semua keje yang Miss Bos suruh ne Aima nak teruskan keje jahit menjahit manik baju raya anak dara Aima (siap bawak opis lagi, ahahaa...) Ye lah kan daripada duduk termenung kira jam nak balik rumah lebih baik menjahit manik lagipun Miss Boss tak marah, dia lagi tengok n tanya caner nak buat, sporting kan, eheheee...

K olz, Selamat berpuasa n Assalamualaikum ~,~

24 July 2012

~Suka Makan Buah-Buahan???~



 
Suka makan buah? Dikatakan jika anda suka makan buah-buahan seperti di bawah, anda boleh dikategorikan sebagai:
~ Buah epal ~
- terlalu pemurah, suka mengikut nafsu, agak terburu-buru, mudah berbicara
- jarang berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan
- boleh menjadi ketua yang baik tetapi bukan pengatur cara yang baik

~ Buah pisang ~
- lemah lembut, penyayang, mudah mesra
- sukakan keharmonian alam
- mudah simpatikan orang lain

~ Buah anggur hitam ~
 - pendiam dan sopan santun
- sangat gemarkan keindahan dan kecantikan terutamanya alam semulajadi
- semangat untuk hidup yang agak tinggi dan suka kan keseronokkan dalam hidup

~ Buah ceri ~
- selalu menghadapi cabaran dalam pekerjaan tetapi tetap akan mengharunginya
- setia dan jujur kepada pasangan
- sangat gembira jika berada di samping keluarga dan yang tersayang

~ Buah kelapa ~
- agak licik, fasih, peka dalam apa jua keadaan
- suka berada di atas dalam setiap aktiviti yang dilakukan
- agak serius, suka bertafakur dan memikirkan perasaan orang lain

~ Buah nona ~
 - sangat sederhana dalam kehidupan, sensitif tetapi sering memikirkan perasaan orang lain
- sukakan kedamaian alam semula jadi
- adakalanya bercita-cita tinggi dan membuat keputusan secara terburu-buru

~ Buah mangga ~
- sukar untuk digugat jika telah membuat keputusan dan kadang-kala suka untuk mengawal keadaan
- mempunyai banyak idea-idea yang bagus dan bernas
- ada masanya menjadi pemalu dan lemah lembut

~ Buah oren ~
- Tahap kesabaran dan semangat juang yang tinggi
- suka membuat sesuatu secara perlahan-lahan tetapi mereka ini boleh diharap secara total
- pemalu dan suka mengelakkan konflik

~ Buah betik ~
 - tidak takutkan apa-apa pun dan suka untuk menceriakan keadaan
- sangat pemurah dan gemar berjumpa dengan orang lain
- mudah berjumpa mereka di majlis-majlis yang melibatkan tetamu yang ramai

 
~ Buah peach ~
 - sangat peramah, jujur dan mudah bergaul
- sangat penyayang dan setia dengan pasangan

~ Buah pear ~
- mudah berubah fikiran dan mudah berasa resah gelisah
- mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi untuk perhubungan / komitmen, agak sukar sedikit

 
~ Buah nenas ~
- boleh diharap, cepat bertindak dan berdikari
- sangat jujur dan ikhlas
- cekap membuat keputusan

p/s: Korang terkandung dalam kategori mana?? Nak tau Aima dalam kategori mana?? jeng jeng jenggg... Aima tak termasuk dalam semua kategori di atas sebab Aima tak suka makan buah, eheeee....