السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

08 February 2013

~Nasi Goreng Simple~

Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Masak apa tuk sarapan pagi ne? Takde idea la nak masak apa, perut pun sekarang ne dah tak macam dulu, kekadang di biar je tak makan sampai petang =) Bukan lah nak diet tapi sekarang ne f makan berminyak sikit mulalah rasa loya, errrrkkkkk....

Nak kata terkena 'buatan orang' tak pulak rasanya.  Maybe sebab perubahan hormon kot, yeee???  Ye lah umur pun dah meningkat, dah 30+ weii, kena lah jaga kesihatan.  Tapi bagus jugak, dapatlah diet tanpa di rancang.  Tapi yang peliknya semakin kurang makan, badan kekal maintain, uhuhuuuu.... Rindu sangat nak pakai balik baju dulu-dulu =(  Takpelah janji sihat zahir batin, Alhamdulillah..

Pagi ne memang malas sangat nak masak, tambah lagi hati tengah sedih lepas tengok MHI kat TV3 tentang adik Adam Shukri yang meninggal dunia semalam.  Bercucuran air mata tengok penderitaan adik Adam dan ketabahan ibu dan ayah adik Adam.  Semoga ibu, ayah dan seluruh keluarga adik Adam bersabar menghadapi dugaan ini, Allah lebih menyayanginya, Al Fatihah untuk adik Adam.

Ok kembali pada sarapan pagi ne, Aima cuma goreng karipap dan masak nasi goreng tuk suami dan anak-anak.  Mr Hubby pun tak nak sarapan berat-berat pagi ne sebab nak pi main badminton so Mr Hubby cuma makan karipap, 2 biji je kot.  Ye lah orang nak sport kan, errmmmm..

Dari semalam dah janji ngan anak-anak nak belanja makan roti canai a.k.a. murtabak.  So Aima beli roti canai kegemaran Abang Beh, memang feberet dia roti canai ne tapi kena beli roti kosong la, f roti telur memang kureng sikit.  F anak kedua pulak, dia boleh habis sampai 2 keping roti telur n 2 keping roti kosong, tengoklah body macamana, ahahahaaa...  Kakak pulak biasanya cuma makan secubit dua, tak minat lah katakan.  Sekarang ne Adik pun suka makan roti kosong/telur macam abang2nya.  Umur baru 1 tahun 6 bulan tapi dah reti makan roti kosong cicah kuah kari, hihihiiii...

So tuk tak menghampakan kakak, kesian pulak kan nanti tak tau nak makan apa, Aima masak nasi goreng simple.  Ok la tuk selera suami dan anak-anak ^__^ 
ne lah hasil keras tangan Aima, ahahaaa... memang takde skill dalam bab hiasan =,=
Walaupun simple n takde sape nak try, Aima share je lah ye resipinya, sekurang-kurangnya tuk anak dara Aima nanti, uhuhuuuu...

Bahan-bahannya:
Nasi
Bawang Merah - di hiris
Bawang Putih - di hiris
Cili Api - di hiris
Ikan Bilis
Kicap Cair
Minyak Bijan
Lada Putih
Garam
Telur

Cara-caranya:
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga kekuningan.  Kemudian masukkan cili api dan nasi, gaul rata.  Tambah kicap cair, minyak bijan, lada putih, garam dan telur, sebatikan.  Setelah sebati bolehkah di hidangkan dengan telur mata lembu kat atas.

Senang je kan tapi rasanya memang tak menghampakan.  Anak-anak yang dah makan roti canai tadi pun makan lagi nasi goreng ne, Alhamdulillah senang hati bila tengok anak-anak makan dengan berselera, ehehee... 
 

06 February 2013

~Petua Melegakan Kelesuan~

Bagi kaum hawa di luar sana (macam pengacara pulak, hikhikhik...) amalkanlah meminum air rebusan serai, halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Jika anda meminum air rebusan ini setiap pagi dan malam, badan anda akan menjadi ringan dan bertenaga.   Kuantitinya pulak Aima biasa buat dalam bilangan ganjil seperti 3, 5, 7 atau 9.  

Cara nak buat adalah macam ne, ketuk serai dan halia terlebih dahulu tapi jangan sampai hancur.  Kemudian masukkan lah kulit kayu manis dan lada hitam, rebus hingga mendidih.  Biarkan suam-suam kuku barulah di tapis dan di minum.  Tapi biasa Aima tak tapis pun, biar ada rasa ramuan tersebut, bestttt....
 
Aima dah try petua ne dan Alhamdulillah memang mujarab bagi menghilangkan kelesuan, penat malah boleh menghilangkan sakit kepala ataupun migrain.   Cuba dulu baru tau ngam ke tak ngan badan kita.  Bila rasa panas yang berlebihan sebaiknya kita stopkan lah ye.  So far Aima ok je amalkan petua ne, badan pun terasa bertenaga, Alhamdulillah =,=

Selamat mencuba ^_^
 

~Wordless Wednesday~

Assalamualaikum. Salam Rabu olz. Ceriakan hari-hari mu dengan senyuman ok.  Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.  Semoga hari ini semua urusan berjalan dengan lancar, aminn.. Teruslah tersenyum walau hati mu sedang kecewa ^__^

Dah lama tak update blog, semua masuk draft.  F draft tu pandai berkata-kata, mau menjerit dia sebab terbeban ngan n3 yang menimbun, ahahaaa....ne lah yang di katakan hangat-hangat bunga taik ayam, eheheee...

Memang nak sangat update blog setiap hari tapi ada je halangan yang datang, tambah lagi internet kat kawasan ne slow giler, asyik-asyik low connection, fuhhhh... Kekadang anak-anak nak cari bahan tuk projek sekolah pun tak boleh, rugi je bayar bil setiap bulan, errrmmmm...
Sejak dua menjak ne kehidupan Aima rasa huru hara sikit, banyak sangat masalah yang kena hadapi, banyak benda nak di fikirkan, sampai luruh rambut di buatnya, nasib baik tak botak kan, ehehee.. Mana keje menimbun kat ofis, mana nak fikir masalah orang lagi, aduiiii... Masalah orang Aima gak yang kena bebankan, masalah Aima sape nak amik peduli??? huhhhh... F tak tolong nanti di kata macam-macam, dah tolong tapi susah nak settle di kata pulak tak amik peduli, susahhh susahhhh.

Kekadang kan heran bin pelik lah fikirkan perangai manusia ne, even adik beradik sendiri.  Time susah cari kita mintak tolong, bila tak settle mula lah nak cari gaduh.  Nak kata tak tolong, memang dah tolong sedaya upaya tapi apalah yang dapat di buat jika tak settle jugak, ye lah Aima ne kan insan biasa, takde pangkat n jawatan besar kat mana-mana, takkan itu pun tak faham kot.  F berpangkat n berjawatan besar kat Jabatan tu n terang-terang tak tolong memang patut la kena cop tak tolong orang, ne dah tolong mana yang terdaya di kata lagi berat sebelah, tak faham sungguh perangai manusia ne, ayoyooooo...
 
Tapi takpelah, Aima ambik semua ne sebagai asam garam kehidupan, sebagai peringatan di hari kemudian, cuma satu je yang Aima harapkan, STOP lah kacau masa rehat aku, aku pun nak rehat jugak, nak luangkan masa ngan anak-anak, nak bermesra ngan suami n anak-anak, janganlah asyik nak ganggu hidup aku, aku bosan bosan bosan... STOP lah ganggu aku kat rumah, tak usahlah panggil aku jika dah tau aku rehat ngan suami n anak-anak kat bilik, aku ne manusia biasa bukannya robot yang tak tau erti penat lelah.  f tau dah malam dah masa nak tido kan anak-anak janganlah paksa bibik ketuk pintu n suh panggil aku dengan alasan penting, penting apanya bila dah hari-hari tanya hal yang sama, kan aku dah cakap berulang kali, ke nak aku rakam apa yang aku cakap tu n biar dapat di rewind banyak kali???? f tau aku jalan ngan suami n anak-anak tak payah lah call aku cuma untuk bertanya hal buat hati kau 2, STRESSSSSSSS aku ngan kau ne tau tak??????  Takde masa aku nak fikir probelm kau, aku sendiri banyak problem yang nak di settlekan, CUKUP LAH,  huwaaaaaaaa...

Ya Allah tabahkanlah hati ku dalam menghadapai dugaan ini Ya Allah, sesungguhnya aku hanya insan yang lemah, insan yang serba kekurangan. Ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah. Berilah aku ketenangan hidup bersama dengan keluarga ku, jauhi aku daripada hasad dengki manusia.  Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang tersirat di dalam hati ku ini, hanya pada Mu ku berserah Ya Allah... Allahu akhbar...