السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

31 January 2012

salam n selamat malam semua. ngantuk sgt hari ne, smlm tak dapat tido lena, gigi nyut2 tak henti2, sakitnya sampai kepala. dah lah adik tak lena tido, asyik nangis je mcm ada yg sakit tapi tak tau nak bagi tau caner, berbagai cara dah Aima buat agar dia tido lena mcm selalu tapi tetap tak mendatangkan hasil.  at last dalam keadaan mamai n menahan sakit gigi, Aima ajak adik main sampai dia ngantuk n tido sendiri.  dah adik tido, mama dia ne pulak yg tak dapat lena, aduhai... sakit gigi ne hanya Allah n orang yang pernah merasa saja yg tahu.  seingat Aima dah lama gak sakit gigi ne, sakitnya datang beberapa bulan sekali.  ne  lah akibat takut sangat nak jumpa doktor n cabut gigi, eheeee... Aima bukan apa, seumur hidup tak pernah nak cabut gigi, f sakit caner sekalipun Aima tahan je n telan panadol pai sakitnya hilang sendiri, uhuuuu...

paling teruk sakit gigi yg Aima alami adalah semasa mengandungkan adik last year.  sakit yang teramat sangat.  bawak pi klinik pun, puan doktor kata 'tak dapat nak buat apa sebab puan mengandung, nak bagi ubat pun tak boleh. saya bagi tips puan berkumur dengan air garam je setiap pagi,' alahai f mcm tu tak jumpa doktor pun takpe.  sebab dah tak tahan sangat Aima bantai kumur2 tiap kali sakit, kira2 berpuluh2 kali sehari, amik kau, ahaaaa....

ari ne Aima ada urusan ngan satu Jabatan Kerajaan berkenaan dengan hal ehwal pekerja asing (faham2 je lah ye) memang moody hari ne, nak cakap pun takde mood.  ye lah kan ngan pipi bengkak n nak bukak mulut pun susah caner lah nak pot pet macam selalu. abis2 pun senyum je pai kwn tegor, napa ngan u ne mcm org takde gigi je, ahaaaa.....time sakit gigi ne memang sensitif sgt, org kata elok pun dengar mcm org nak ajak gaduh, ermmmm....
f nak tau Aima ne memang susah nak telan ubat, tapi disebabkan dah tak tahan sangat Aima telan jugaklah ubat sakit gigi Weng Heng setiap 4 jam sekali, pecah rekod Aima hari ne, ahaaaa... masuk opis pun moody.  kwn2 pun mcm faham je, tak lah berceloteh mcm selalu, f tak tentu bertaburan air liur citer mcm2 n tentu ajak mkn minum tak henti2.  dapatlah diet sikit ari ne, eheee...
tepat jam 4.30 ptg Aima dah mintak izin kat miss boss nak balik awal sebab dah tak tahan sangat. nak balik rumah nak gosok gigi ngan garam, ikut petua yang Aima mintak dari uncle google.  alhamdulillah mujarab gak petua tu tuk sementara waktu.  bila tengok Aima dah ok sikit Mr Hubby pun ajak shopping beli barang rumah sikit. wow!!! f dengar shopping sakit gigi serta merta ilang, ahaaaa....b4 shopping amik kakak balik sekolah dulu.  kakak ne memang tak boleh ajak shopping, gerenti pokai jadinya.  tengok itu ini tentu semua nak beli, f tak dibelikan mulalah mulut munjung mcm donald duck.  Aima lak jenis yang tak sampai hati nak hampakan permintaan anak2 (time ada duit je, f takde duit mula lah kuar syarahan) so b4 balik umah ajaklah kakak beli minuman n chocs feberet dia, eheee...

shopping kali ne cuma abang je yang ikut.  abang ne mana pernah tinggal, kemana2 asyik mengekor je.  susah betoi nak berduaan n romantikan mcm dulu, uhuuuu....tapi yang paling best abang ne tak mcm kakak, dia tak kan beli barang tanpa mintak izin dari Aima atau babah dia.  kadang2 Aima sendiri yang tanya abang nak beli apa, n b4 beli tentu dia tanya mahal ke murah, pandai berjimat kan, eheee...f beli makanan tentu abang ingat n suh beli tuk kakak n adik dia, baik hati betul kan.
syok gak shopping time sakit gigi ne, taklah beli macam2, selamat duir hubby aku, uhuuu...tapi yang tak bestnya, gigi ne mcm tau2 je time nak balik rumah.  otw balik rumah mulalah nyut2 datang balik, ermmm... kata mr hubby tu lah degil sgt, org suh mkn ponstan tak nak, sabaq syg, bukan degil tapi takut tengok ponstan yg panjang tu, takut tak tertelan, eheee... disebabkan dah tak tahan sanagat, nak tak nak Aima telanlah gak sebiji ponstan ngan segelas penuh air kosong, punyalah seksa nak telan, asyik kuar masuk je, last2 dah abis 1 gelas air barulah tertelan, ahaaaa... moga2 nyenyaklah tido malam ne. nyte olz.. panjang umur kita jumpa dalam blog lagi ek.. assalammualaikum..
 

Khasiat Sabun Susu Beras

Hari ne Aima nak share khasiat Sabun Susu Beras. memang banyak kelebihan sabun ne.  Aima dah cuba dan alhamdulillah ok.  mula2 tau dari adik Aima, bila tengok pamplet sabun ne rasa teruja lak nak cuba, dah beberapa minggu cuba, Alhamdulillah nampak kesannya.  korang cuba la ek, mana lah tau ngam ngan muka n badan korang..
Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit.  Di perbuat daripaa 100% susu beras semulajadi ekstrak beras jasmine dengan kualiti terbaik yang diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, bintik hitam dan kedutan di muka.  Menjadikan kulit lembut dan cerah serta segar dengan bauan semulajadi beras muda.

Arahan:
Untuk digunakan di muka dan di badan sebagai pembersih harian, urut lembut untuk 2-3 minit dan bilas.  Vitamin dan mineral dalam susu beras akan memelihara kulit dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap selepas setiap kali penggunaan.  Sesuai untuk semua jenis kulit.

Formula:
Sabun Susu Beras untuk semua jenis kulit
 Kegunaan Untuk Wajah:
  • Membuatkan Kulit Muka Lebih Cerah, Gebu, Licin, Halus, Lembut Dan Tegang
  • Menanggalkan Semua Kotoran, Minyak Dan Sel Kulit Mati
  • Memudarkan Dan Menghilangkan Parut Jerawat Dan Jeragat
  • Membantu Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
  • Menanggalkan Kesan Dengan Efektif
  • Melembutkan Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah
 Kegunaan Untuk Badan:
  • Mengurangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Siku dan Pelipat Peha
  • Memberi Kesan Kesegaran Sepanjang Hari
  • Badan Tidak Melekit Ketika Atau Selepas Berpeluh
  • Kulit Rasa Licin Dan Lembut
  • Memudarkan Parut-Parut Di Badan Dan Mencerahkan Kulit
  • Menghilangkan Bau Badan
 

30 January 2012

Kisah Teladan - Pramugari Koma Di Tanah Suci

Untuk renungan bersama ......
(c&p dari tenet)

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.  Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.  Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.  Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.  Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.  Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 

"Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.  Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.  Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.  Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.  Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.  Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.  Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.  Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.  Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.  Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.  Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.  Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.  Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.  Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.  Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.  Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.  Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.  Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.  Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.  Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.  Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.  Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.  Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.  Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.  Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.  Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.  Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.  Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.  Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.  Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.  Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.  Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.  Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.  Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.  Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.  Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.  Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.  Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.  Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.  Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.  Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.  Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.  Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.  Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.  Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.  Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah...  Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.  Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.  Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.  Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?  Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?  Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?  Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Petua Melayan Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.










Murtabak Cream Crackers

sebenarnya ne n3 lama. dah lama terperap dlm draft, nak delete syg lak kan so hari ne Aima share lah resipi Murtabak Cream Crackers. ne adalah antara makanan feberet Mr Hubby, anak2 pulak tak berapa suka. f buat murtabak ne cuma Aima n Mr Hubby je makan, selebihnya Aima sedekahkan kat umah belakang. tapi sori ek tak dpt nak kasi sukatan sebenar resipi ne sbb Aima main campak baling je, ahaaaa... agak2 lah caner nak buat ek =)

Bahan2:
daging cincang
bawang besar potong dadu
santan sederhana pekat
1 tin besar susu cair
biskut cream crackers
daun sup
daun bawang
telur
garam secukup rasa
kari daging,
minyak 
10 biji lada merah dihiris bulat )

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia

Cara-caranya:_
Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
-Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar.
-Masak hingga kering dan sejukkan.
-Masak susu dan santan biar hingga mendidih.
-Masukkan sedikit garam dan angkat.
-Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi.
-Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam nanti terus lembik...
-Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
-Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada.
-Jiruskan 2 biji telur yang telah dikocok dulu.
-Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging.
-2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan...
-Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut.
-Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
-Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
-Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek..

Selamat mencuba!!!!

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

 
✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥

26 January 2012

khamis kembali lg.. salam olz.. hari ne Aima amik cuti pai besok hari, nak jaga anak2, eheeee... bukanlah selama ne tak jaga anak2, dulu pun time xde maid, Aima jaga sendiri. cuma dulu tu time keje anak2 (baru 2 orang je masa tu) Aima hantar umah mama Aima, ptg balik keje baru amik. sok pagi hantar lg, petang amik lg, gitu lah rutin harian, penat wooo... mana nak masak lg, kemas umah lg, cuci baju lg, jaga anak2 lg, fiuhhhh!!! tp sepenat mana pun Aima tetap hepi n enjoy, badan pun tak naik mcm roti, ahaaaaa... dulu tu malas nak amik maid sendiri sebab tak nak gangguan kat umah, Mr Hubby kata f ada maid rasa tak freedom kat umah sendiri n masa tu bajet pun cukup2 je tuk sehari2, uhuuuu..masa tu maid mama Aima tu kite share bayar separuh2, mama Aima separuh n Aima bayar separuh, ye lah kan tak kan suh jaga anak kite tapi tak bayar gaji, mau lari dia pi keduataan, ahaaaa....maid tu cuma tolong jaga anak2 je dgn pantauan mama kat rumah, cuci baju anak2 ke apa ke memang Aima tak bagi dia buat, Aima nak buat semuanya sendiri =)

dah kuar anak ke 3, mula2 tu pun masih hantar anak2 ke rumah mama Aima n suh maid mama jaga. dan beberapa bulan baru rasa susah sangat, maklumlah anak dah 3, mana nak buat keje umah lg, keje opis lagi, mau tak terkejar2, rasa masa tak pernah cukup. malam pun tido mcm orang pengsan, agaknya bila atap runtuh pun tak sedar, eheeee... so dah umur anak Aima yg ketiga tu 3 bulan miad sendiri pun datang. barulah rasa tenang sikit. tapi mula2 memang maid dgn anak2 Aima hantar pi rumah mama dulu sampailah anak2 dapat sesuaikqn diri dengan maid tu. maid tu pun cuma jaga abang n adik je sebab kakak umo 3 tahun dah masuk sekolah.
alamak!!! terimbas lak kisah dulu2, eheee... ok, Aima mintak emergency leave kat boss selama 2 hari tuk jaga anak2. nasib boss Aima ne faham, f ikut law kena apply leave 2 minggu awal tp sebab kes Aima ne emergency nak tak nak terpaksalah bos tu terima, maklumlah kan Aima ne pekerja teladan, kikiiiiii.... n nasib baik mood boss Aima hari ne 'yg sedang2 saja'  so tak payah lah pi opis tuk fill form, cuma sms bagi tau hal sebenar, f boss tak bagi sekali pun, Aima tak kira, amik cuti gak, biarlah kena marah sekalipun Aima rela demi anak2 tercinta, uhuuuu...  
ye lah kan time bibik lg ada masalah ne tak kan lah nak suh dia jaga anak2. tapi sebab yg paling utama Aima amik cuti tuk jaga anak2 ne adalah kerana Aima ne takut sebenarnya, takut time bibik lg blur ne dia tak dapat nak jaga anak2 ngan baik, lebih2 lagi yg kecik tu, baru je 5 bulan, mana tau nak buat apa2, alahaii!!!! f lah masa dia tengah nanes tu, dibiarkannya adik sorang diri ngan tangisannya, aduhhh.. tak sanggup Aima nak bayangkan. orang kata mencegah lebih baik dari mengubati, so jalan terbaik Aima amik cuti n jaga anak2 sendiri. Mr Hubby kata Aima ne 'lebih uri dari dugal' ermmm... hati ayah tak sama ngan hati ibu.

Alhamdulillah bibik ne kuat hati n semangat. dalam sedih2 pun dia masih boleh buat keje n jaga anak2 Aima ngan baik, Alhamdulillah... syok gak jadi suri rumah ne ek, rasa nak duduk rumah je jaga anak2 n makan pakai  family, tapi sayang ekonomi keluarga tak begitu mengizinkan. f tuk makan pakai memanglah cukup tapi tak dapat lah nak tunaikan keperluan peribadi diri sendiri n anak2. f tuk diri sendiri memang Aima sanggup ketepikan tapi bila sebut keperluan anak2 memang Aima tak sanggup. bagi Aima biar Aima tak dapat n tak merasa asal anak2 cukup segalanya. mr hubby n anak2 lah denyut nadi dalam hidup Aima tanpa dorang rasa hidup ne tak bermakna. terus terang jauh dari anak2 semalam pun Aima dah rasa sebak, rasa mcm kehilangan. boleh tak tido malam dibuatnya, uhuuu...luv u olz sayang2 ku..

so keje Aima dari pagi tadi pai malam adalah jaga anak2, main masak2 n jalan2 cari makan ngan mr hubby n anak2. anak Aima yg kedua n ketiga pun tak sekolah pagi tadi, demam. cuma kakak je yg pi sekolah, maklumlah dah Tahun 7 ne kenalah merajin2kan diri tuk sekolah, ahakxxx....rasa tenang sgt hari ne, tak payah susah2 nak fikir keje yg menimbun kat ofis, fuhhhhhhh!!!!!! mata pun dah ngantuk ne, anak2 n mr hubby semua dah mengembara.. selamat malam olz, nak lelapkan mata dulu, besok nak buat kuih lagi.. jumpa besok, adiosss!!!!

25 January 2012



salam rabu olz..hari yg paling menyedihkan dan me'rawan'kan hati.. awal malam tadi dapat col dari bibik kpd kawan Aima yg bagi tau anak kpd bibik Aima meninggal dunia, Innalillahi wainaalillahirajiun.. serba salah Aima sebenarnya. bibik kwn tu tak bagi Aima cakap kat bibik, sebab family bibik kwn tu yg kbetulan saudara dgn bibik Aima tak suh bg tau sebab takut bibik tak dapat kontrol diri n takut terjadi perkara yg tak di ingini, ermmmm...

tapi atas dasar kemanusiaan n tak smpai hati lak nak rahsiakan so Aima bg tau lah kat bibik.. Ya Allah kesiannya Aima tngok reaksi bibik ne, ye lah kan cuba kita kat tempat dia, mau pengsan Aima di buatnya, nasib baik bibik ne kuat semangat dan berhati waja, cuma menangis n istgihfar je yg mampu di buatnya.  rawan hati Aima tngok bibik ne. patut lah 2-3 hari ne bibik asyik sebut anak2 dia je n citer kat Aima yg dia mimpi tak baik tentang anak dia, kesian kan.

malam tadi sbab takut terjadi apa yg tak elok so Aima col bapa n mama Aima tuk tolong nasihatkan bibik, apatah lg Mr Hubby lak keje mlm, uhuuuu... mau tak takut.. n sbagai langkah berjaga2, Aima sembunyikan semua pisau, parang, gunting n lesung batu kat dalam bilik, eheeee...bukan apa, takut bibik bertindak nekad.. tapi Alhamdulillah bibik ne penyabar orgnya..

Aima dah cakap suh bibik balik je sok siang, biar Aima amik cuti n jaga anak2 tapi bibik kata takpe lah f balik pun bukan boleh anaknya hidup balik n belum tenttu dia sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, uhuuu.... sabar bik, kuatkan hati, tawakkal banyak2 k...sama2 lah kita berdoa moga roh anak bibik di tempatkan di sisi orang2 yg beriman dan di kasihi Allah s.w.t. aminn... gud nyte olz.. nak tidokan anak dulu, mata ne pun rasa tak nak pejam je, susah hati betul, ermmmm...

24 January 2012

Petua Rumahtangga Bahagia

 Untuk para suami/bakal suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. Seeloknya bahagikan sama rata, isteri bayar bil air, suami bayar bil elektrik.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam ular sawa. Ada juga isteri baru buka lampin anak, suami dah muntah bagai nak rak sebab tak tahan tengok/bau tahi anak.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax macam tokey besar sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut berlari masuk dapur, memasak,mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan, goyang kaki.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai turn isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, ayam licin..tinggal tulang, janggut sotong, ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advanced. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu especially perut. Banyak suami yang perut jalan dulu…

10. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga … rezeki tak masuk nanti…

12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami *degil* tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor (bini bukannya bukak kedai dobi), dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah (jangan nak berjimat sangat, kedai mamak jual murah je), bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal.Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? Ni semuanya Kemahiran Hidup ni!

14. Kalau keluar berjalan, biarlah seiringan. Ada suami yang jalan dulu, sebab isteri lembab sangat. Awak tu bukannya bujang lagi, jangan nak eksyen lebih.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Kami pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.Kalau isteri awak yang buat tentu awak tak boleh tolerate jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kita sakit atau nazak nanti, siapa yang akan jaga kita?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor Tunjuklah anda mengambil
berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri dah nazak pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi ini di dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. Jangan buat tak hirau kalau isteri merajuk atau berkecil hati Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif.Kalau suami tak ambil kisah , perasaan isteri bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri
.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau isteri/bakal pakat mogok, awak juga yang rugi! eheeee....

23 January 2012

Salam Isnin n selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai tuk semua kawan2 yg menyambut Tahun Baru Cina n angpow lai lai, eheee... Hari ne cuti so dari semalam lagi Mr Hubby plan nak bawak anak2 jalan2 cari buah. Anak dara Aima, kakak, memang hantu durian, bagi la 2-3 ikat gerenti habis dia makan sorang2, agaknya kakak ne ikut selera Aima masa mengandungkan dia dulu, bagilah berapa banyak durian pasti abis Aima pulun sorang-sorang, tak kira lah durian local ke import, pulun abis =)

So awal pagi lagi Mr Hubby dah bising suh siapkan anak2, padahala wife dia ne ngantuk abis, sekarang ne tiap malam tak nyenyak tido, maklumkah dah ada baby kecik, eheee... Tak sangkakan dah tua2 mcm ne (tua ke??? baru je sweet 35, ahakss...) ada lagi baby, Alhamdulillah rezeki Tuhan, Aima bersyukur sangat2 atas semua pemberian Allah s.w.t. ini...

Mr Hubby kata pukul 8.00 jalan, anak2 apa lagi tentulah syok sakan. Seawal jam 6.30 dah bangun, mandi n siap2. Punyalah teruja. Baby kecik, yang di panggil 'adik' pun Aima nak bawak sekali, sian gak asyik terperap kat umah je, sekali sekala apa salahnya jalan2 cari makan. Pukul 7.30 anak2 dah bising tanya pukul brapa nak jalan. demi tak menghampakan anak2 sebelum pukul 8 dah bertolak dari umah (mcm lah nak berjalan jauh sangat, eheee...)

Yang nampak sangat teruja adalah baby kecik Aima, adik. asyik tengok kiri kanan je sambil tangan tak reti diam. Kakak n abang2 pulak asyik bergaduh je kat tempat duduk belakang. Sorang2 tak nak mengalah, nampak gayanya lepas ne kenalah Mr Hubby tukar kereta yang lg besar, kereta 7 seater pun dorang boleh gaduh berebut nak duduk kat mana, kena beli van mcm ne, aduhaiii!!!!

Ngidam nak makan durian punya pasal sampai ulu tutong kami redah, sambil2 tu boleh cuci mata n minda yg dah berserabut ne. Punyalah jauh perjalanan, at last beli durian kat pekan tutong gak, eheeee... Dapatlah beli durian kuning seikat $12.00, kira murahlah tu daripada tempat lain.  Dah dapat durian anak2 pulak bising nak teruskan jalan2 cari makan. So redah je lah kampung2 yg ada sambil tengok mana tahu ada sayur kampung yg nak di beli.

Dalam perjalanan balik, singgah sebentar kat umah mertua sambil tengok2 apa yg sis in law jual hari ne, kot2 dapat durian ngan harga murah, eheeee.... Tengok kat gerai sis in law, wow ada durian 'pulu' lah, feberet Mr Hubby. So belilah seikat, dorang bagi harga murah je, $15.00 seikat, tak rugi beli tau, besar2 buah dia.

Dah tengahari anak2 pun bising nak balik. Sorang kata dah tak sabar nak makan durian. sorang kata nak main games, sorang kata nak tengok kartun, sorang pulak asyik tido je dalam kereta, ahaaa...Sampai je umah apa lagi kakak pun terus masuk dapur siap sedia ngan mangkuk, dah tak sabar nak makan durian feberet dia, eheee.... ermmmm...memang tak rugilah beli. semua lunak n yummyyyyy.... papai


22 January 2012

Petua Rumahtangga Bahagia



Untuk para isteri

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

Adakah Suami Iteri Akan Kekal Sebagai Suami Isteri Di Akhirat kelak???


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Petua dan Doa Agar Disayang Suami

sebagai wanita tentu kita nak suami sayang kita sorang je kan, ye lah sape yg tak sayang suami cik kak oiii.. bak kata orang susah jadi pompuan ne, betoi lah memang susah. tambah lagi nak jaga hati suami, memang susah, silap sikit adalah alasan suami nak cari lain, nauzubillah, minta dijauhkan semua tu dari keluarga Aima, tak rela u, eheee... so sebelum terjadi perkara yang paling di takuti semua wanita, adalah baik kita berusaha, tapi janganlah usaha nak jumpa bomoh itu ini, cukuplah sekadar kita memohon dan berdoa lepada Allah s.w.t agar kasih sayang suami kita tidak berpaling kepada wanita lain...doa ne juga sebagai pemanis dan boleh menjadi doa pengasih tapi janganlah disalahgunakan, gunakanlah untuk kebaikkan kita suami isteri agar rumahtangga kita berkekalan hingga ke hujung nyawa, amin.. try ek..
1. Baca Surah Yusuf Ayat 4 - Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
2. Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39 - Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)   
CARANYA: Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua-dua ayat tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati