السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

28 February 2013

~ Demam + Asma ~

Assalamualaikum olz. Selamat pagi n selamat mengerjakan tugas-tugas seharian, tugas yang tak habis-habis, eheheee...Kekadang dalam tidur pun termimpi-mimpi ngan tugas yang tak siap-siap.  Pernah sekali tu kawan order puding, dah set dalam otak nak buat pagi, ntah nape sampai termimpi-mimpi tengah set bahan untuk buat puding n tau-tau je puding dah siap (dalam mimpi la...) Ada ke patut siap tunggu kawan depan pintu rumah lagi, ahahaaa...tak patut tak patut ^__^

Sekarang ne memang musim demam, boleh di katakan orang-orang yang rapat n tak berapa rapat nagn Aima mengalami hal yang sama.  Sana sini kata tengah demam la, kurang sihat la, n apa yang mampu Aima katakan bawak lah pi klinik, jangan malas makan ubat n banyakkan rehat.  Padahal diri sendiri pun sama malas tahap kronik bila makan ubat, ada je alasan nak mengelak, eheheee...

Kat rumah yang kena demam adalah Adik.  Kesian anak Aima yang sorang ne, dah lah minggu lepas demam + asma, sampai bawak pi emergency jam 4 pagi sebab asma.  Semalam pun bibik ada bagi tau yang Adik asyik nangis n tak nak lepas dari bibik.  Malam tadi pun tak lena tidur, badan lak panas, sedih sangat bila tengok Adik yang memang super aktif sehari-hari tapi sejak semalam asyik baring je, uhuhuuuu...

Memang rasa susah nak tinggalkan Adik ngan bibik kat rumah, risau sangat.  Ne pun sekejap-sekejap call bibik tanya keadaan adik.  F masih lum ok jugak, kena lah bawah klinik tengah hari ne.  F di ingat-ingat, Adik ne sama ngan Kakak semasa kecik, selalu demam n asma.  F anak Aima yang 2 orang tu walaupun ada asma tapi tak lah teruk sangat.  Tapi kakak lepas je umur 5 tahun, Alhamdulillah tak lah sakit-sakit lagi, f ada pun lama sekali baru dapat demam atau asma.

Cuma yang paling kesian Adik ne lah, sejak lahir lagi dah bermacam-macam yang dia lalui.  Umur baru beberapa bulan dah beberapa kali keluar masuk hospital sebab asma.  Kekadang tu rasa bersalah sangat ngan Adik.  Tertanya-tanya pada diri sendiri, adakah sebab Aima adik jadi macam tu??? Sebab masa pregnant kan Adik, bermacam-macam masalah dan penyakit yang Aima alami.  Antaranya buasir, ulser cornea n tekakan darah tinggi.  Doct kata sebab perubahan hormon n sebab faktor usia.  Ye lah kan masa mengandungkan Adik usia Aima dah 34 tahun, tekanan darah pun susah nak turun, sebab tu lah nak tak nak kena czer jugak. uhuhuuu...  

Lagi pula masa operate nak kuarkan Adik tu, Adik tertelan najis dia sendiri cuma bernasib baik najis tu masih tersekat kat kerongkong.  Tangisan Adik masa tu memang tersekat-sekat dan tanpa sempat menyusukan dia, Adik terus kena bawak masuk SCBU.

Dah bermacam-macam ubat baik secara moden mahupun tradisional yang Aima n Mr Hubby buat tuk Adik, geli semua buang ketepi lah demi kesihatan Adik.  Dan Alhamdulillah ada perubahan jugak lah.  Nak tau tak apa yang kami buat??? ? Tunggu di lain hari ek, eheheee...

K olz mintak diri dulu ye, dah dekat masa nak balik dah ne, f nak balik umah 2 cepat je kemas-kemas ye, ahahahaaa...  Bubye olz, Assalamualaikum

14 February 2013

~Ganjaran Untuk Isteri Solehah~

 
~ Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun...
 
~ Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah...
 ~ Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin...

~ Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai syahid & khidmat kepada suaminya sebagai jihad...

~Sambal Terung~

Assalamualaikum.  Petang ne nak gak tayang sambal terung yang di masak minggu lepas.  Walaupun simple tapi Mr Hubby cukup berselera makan.  Mulanya dia kata tak payah masak lah nanti malam, nak diet.  Tapi Aima ne nakal sikit (sikittttt je tau, ahahaa...) bila Mr Hubby kata nak diet, mulalah Aima masak feberet dia, saja je nak tengok dia makan ke tak, eheheee... Sekali sekala nyakat suami sendiri apa salahnya ^__^

So dengan sengajanya Aima terrrrrrmasak la sambal terung ne, ekikikiii.. Pada petangnya Mr Hubby pi main badminton dengan kawan-kawannya.  Sebab boring tak tau nak buat apa kat rumah, anak-anak pun tengah syok tengok tv, Aima pun saja je tengok apa ada barang dalam petisejuk, tetiba terrrnampaklah terung.  Maka terkeluar lah idea nak masak samabl terung pedas feberet Mr Hubby, eheheee...

Dan seperti yang di jangkakan balik dari main badminton, Mr Hubby terus masuk dapur dan tetiba dia kata macam sedap je bau, masak apa tadi? jeng jeng jeng...Tengok ada sambal terung ngan lauk pauk lain atas meja, maka habislah nasi 2 pinggan, eeheheee...Tak jadi diet la ye =,= 

Jangan marah ye Mr Hubby, saja je usik mengusik membawa bahagia, ahahaaa... Ok la Aima share resipi dia ye, senang je nak buat..

Sambal Terung 
Bahan-bahannya:
terung
bawang merah
bawang putih
cili api
sedikit udang kering
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam
gula

cara-caranya:
~ goreng terung hingga kekuningan
~ tumbuk semua bahan kecuali garam dan gula hingga lumat
~ tumis bahan tumbuk tadi hingga garing
~ masukkan sedikit air asam jawa
~ masukkan terung.  gaul sebati dan perasakan dengan garam dan gula..

Senang je kan??? Selamat mencuba ^_^

~ Anniversary ~

 
Assalamualaikum n selamat pagi olz.  Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang bernafas di bumi Mu yang permai ini.  Dan Syukur Alhamdulillah di atas kebahagiaan yang Engkau kurniakan pada diri ku dan keluarga ku.

Hari ne seawal 5 pagi Aima dah bangun walaupun semalam lewat tidur, memang rasa malas sangat nak bangkit dari pembaringan, nak tak nak kena bangun jugak weeiiii... Banyak benda nak buat f lewat bangun takut tak sempat pulak nak siapkan on time.  Buat apa tu biarlah rahsia, eheheee...Yang penting sebagai tanda kesyukuran atas ulangtahun perkahwinan kami, Alhamdulillah..

Masuk opis pun rasa semangat hari ne, semangat datang tetiba, ahahaa.. Malam ne plan nak bawak anak-anak makan kat luar, salah satu alasan malas nak masak memasak, ngeee.. Lagi pula sebelum bawak anak makan, plan nak bawak anak-anak ziarah anty Aima yang admit kat Hospital.  

Anak-anak lah yang paling hepi hari ne bila bagi tau nak bawak jalan+makan nanti malam.  Abang siap cakap tengah hari nanti nak makan sikit je, nak save perut tuk makan banyak malam nanti, eheheee... Sukati lah sayang oii janji apa yang korang order di makan sampai habis, sayang bila membazir..

So Happy Anniversary to me, ahakkk... Sayang, semoga perkahwinan dan ikatan cinta kita ini sentiasa dberkati dari Allh SWT dan semoga berkekalan hingga ke Jannah, amin Yarabbalalamin...

 Luv u olz ^__^

13 February 2013

~ Cintanya Awan Pada Hujan ~


 
 "Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..

“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan
 
“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan.. 
Hujan tersenyum sambil berkata, “Ya, mungkin kau masih mampu.Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”

Awan terdiam....

“Aku harus patuh pada perintah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...

Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada,mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....

“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu,aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....
 
“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain...

Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat... 

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi. 

 Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan. Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi.

"Tuhan memberi kita HUJAN kerana Dia ingin menghadiahkan kita PELANGI indah selepas HUJAN"

Subhananllah...
 

~9 Pintu Murah Rezeki~


 
 ~ Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
 ~ Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

  ~ Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”

  ~ Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.

  ~ Jangan tidur selepas solat subuh.

  ~ Selalu baca doa Al-Waqiah.

  ~ Rezeki ada dalam perkahwinan.

  ~ Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

~ Jangan sesekali tinggal solat wajib 5 waktu
 

~Dilema Gunting Rambut~

 
 Assalamualaikum.  Korang pernah rasa dilema tak bila nak potong rambut?  Pernah rasa menyesal tak bila rambut dah pendek? Aima dah rasa semua tu tau, ahahaaa...  Mula-mula konfiden nak potong pendek, pas 2-3 hari mula lah rasa menyesal, menyesal sangat sebab ikut kata hati, uhuhuuu...

Sebab tu lah bila Mr Hubby asyik suh potong rambut biar pendek pai bahu Aima bagi banyak alasan n kata tunggu lah hingga hati ini terbuka, wakakakaaa...  Mr Hubby ne bila tengok je rambut Aima dah panjang mulalah pujuk-pujuk suh potong pendek, ermmm..  Sebenarnya Aima sayang nak potong, rambut dah panjang dekat pinggang dah, rasa sayang sangat.  Tapi bila dah selalu suruh potong pendek, hati pun berbelah bahagi, lebih-lebih lagi bila setiap hari rambut luruh ngan jayanya.

Maybe bila potong pendek dah tak luruh lagi sape tau kan.  So ngan konfidennya 2 minggu lepas Aima ajak Mr Hubby pi salon n kasi potong pendek ini rambut, huahuahuaa... Tapi 1 syarat Mr Hubby kena tunggu kat kereta, tak boleh ikut turun, MUKTAMAD..  Ye la nanti bila ajak dia turun sekali tentu main signal suruh potong lagi pendek, lagi pendek, tu yang malas tu.. Nasib Mr Hubby ikut peraturan tu, ahahaaa... 

So masuk salon, bukak tudung n bincang-bincang ngan amoy tukang gunting, kata sepakat di buat, gunting pai bawah bahu je tau jangan lebih  ^__^

Zapp zapp zappp... tak sampai setengah jam dah pun siap.  Masuk keta, Mr Hubby tenung semacam la pulak (dup dap dup dapp)  Mula-mula ingatkan nak puji nampak makin muda ke, comey ke, cun ke, ahakkk... Tetiba Mr Hubby cakap "Macam tak gunting je" Dushhh dushhh amikkk kau...

Laaa tak puas ati rupanya, dia ingatkan potong hingga bahu rupanya takat bawah bahu je, eheheee... Ok la tu daripada tak potong langsung ~__~ 

Dan seperti yang dah di jangkakan, lepas beberapa hari mula lah rasa menyesal potong pendek, dah tak boleh buat sanggul macam dulu, uwawaaaa...

^__^ 14th Wedding Anniversary =,=

Assalamualaikum n salam pagi Rabu.  Kemarin berapa haribulan? 12hb kn, hari ne 13hb n esok 14hb, yuhuuuuuu...Tak terasa cepatnya putaran hidup ini kan, tup tup dah 14 tahun usia perkahwinan Aima, macam baru je semalam kenal Mr Hubby, macam baru je mengenal hati budi masing-masing, macam baru je duduk atas pelamin n di layan jadi raja/ratu sehari, ahakkk...

Semalam genap 14 tahun perkahwinan antara Aima ngan Mr Hubby (ye la takkan ngan orang lain kot, ahahaaa...) Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurnia dan anugerah yang Kau berikan kepada hamba Mu ini, Alhamdulillah...

14 tahun lalu, 12hb Februari bersamaan dengan hari Jumaat adalah hari pernikahan kami dan pada 14hb Februari kami di sandingkan di atas singgahsana, cewahhhh...eheheeee.... Banyak onak duri dan liku-liku kehidupan yang telah kami lalui dan tempuhi dan Syukur Alhamdulillah rumahtangga kami kekal hingga ke hari ini dan doa Aima semoga ianya kekal hingga ke Jannah, aminnnn....

Nak kata takde dugaan dalam rumahtangga tu, bohonglah kan.  Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula kami insan biasa, adatlah dalam rumahtangga.  Tak di nafikan beberapa tahun dulu, pernah terjadi pergolakkan dalam rumahtangga kami kerana salah faham tapi Alhamdulillah Allah masih menyayangi pernikahan kami.  Kita merancang hanya Tuhan yang menentukan.

Dan Syukur Alhamdulillah sejak pertelingkahan itu Aima n Mr Hubby mula pandai kontrol situasi, dulu asyik ikut kata hati je, maklumlah usia masih muda, darah masih panas.  Tapi yang Aima respek betul-betul ngan Mr Hubby semarah mana pun dia, tak pernah lebih dari sehari tak bertergur sapa ngan Aima, siang marah malamnya dah mula sejuk n ajak Aima berbincang dari hati ke hati.  Jika marah malamnya, pagi-pagi lagi dah ok walaupun sitausinya tak lah sama seperti biasanya, adat lah kan...
 
Cuma Aima ne yang lain sikit, uhuhuuuu...Aima mengaku cukup sensitif dan cepat terasa, bila kena marah lukanya masih dapat di rasa hingga berhari-hari walaupun tak di luahkan ngan kata-kata (mujurlah Mr Hubby faham...)  Bukanlah keras kepala tak nak bertegur sapa ngan Mr Hubby, cakap lah jugak cuma tak lah semanis biasanya, uhuhuu...  Semarah mana pun Aima, keperluan Mr Hubby n anak-anak tetap Aima sediakan, nak pi mana-mana pun tetap mintak izin Mr Hubby, tetap salam cium tangan jika nak pi keje, cuma nak bermesra nak bergurau senda seperti biasa tu lah yang terasa kekokkkkk sangat, eheheee...

Aima ne pemaaf orangnya cuma susah nak melupakan, kata orang Can Forgive But Can't Forget, uhuuu... Tapi tak lama la, lebih kurang seminggu pas tu tentu ok balik.  Ne lah kelemahan Aima yang susah sangat nak buang, Insya Allah akan di usahakan, doa-doakan la ye =,=

Alahaiii apa melalut pulak ne, cut cut cuttt...

Sebelum tu nak gak tanya tarikh mana yang patut kiter ingat sebagai Anniversary ek, tarikh pernikahan ke tarih persandingan?? Aima ingat dua-duanya la tapi Mr Hubby selalu celebrate ngam-ngam 14hb, bukann celebrate sangat pun cuma bawak anak-anak makan kat luar.  Pape la ye asalkan ingat tarikh keramat tu, eheheee...

So di Anniversary yang ke 14 tahun ne, Aima berdoa semoga rumahtangga yang di bina ini akan kekal bahagia hingga ke Jannah dan semoga bertambah bahagia dari saat ke saat bersama anak-anak dan keluarga, aminn.. Luv you ^__^

08 February 2013

~Nasi Goreng Simple~

Assalamualaikum n selamat pagi Jumaat semua. Masak apa tuk sarapan pagi ne? Takde idea la nak masak apa, perut pun sekarang ne dah tak macam dulu, kekadang di biar je tak makan sampai petang =) Bukan lah nak diet tapi sekarang ne f makan berminyak sikit mulalah rasa loya, errrrkkkkk....

Nak kata terkena 'buatan orang' tak pulak rasanya.  Maybe sebab perubahan hormon kot, yeee???  Ye lah umur pun dah meningkat, dah 30+ weii, kena lah jaga kesihatan.  Tapi bagus jugak, dapatlah diet tanpa di rancang.  Tapi yang peliknya semakin kurang makan, badan kekal maintain, uhuhuuuu.... Rindu sangat nak pakai balik baju dulu-dulu =(  Takpelah janji sihat zahir batin, Alhamdulillah..

Pagi ne memang malas sangat nak masak, tambah lagi hati tengah sedih lepas tengok MHI kat TV3 tentang adik Adam Shukri yang meninggal dunia semalam.  Bercucuran air mata tengok penderitaan adik Adam dan ketabahan ibu dan ayah adik Adam.  Semoga ibu, ayah dan seluruh keluarga adik Adam bersabar menghadapi dugaan ini, Allah lebih menyayanginya, Al Fatihah untuk adik Adam.

Ok kembali pada sarapan pagi ne, Aima cuma goreng karipap dan masak nasi goreng tuk suami dan anak-anak.  Mr Hubby pun tak nak sarapan berat-berat pagi ne sebab nak pi main badminton so Mr Hubby cuma makan karipap, 2 biji je kot.  Ye lah orang nak sport kan, errmmmm..

Dari semalam dah janji ngan anak-anak nak belanja makan roti canai a.k.a. murtabak.  So Aima beli roti canai kegemaran Abang Beh, memang feberet dia roti canai ne tapi kena beli roti kosong la, f roti telur memang kureng sikit.  F anak kedua pulak, dia boleh habis sampai 2 keping roti telur n 2 keping roti kosong, tengoklah body macamana, ahahahaaa...  Kakak pulak biasanya cuma makan secubit dua, tak minat lah katakan.  Sekarang ne Adik pun suka makan roti kosong/telur macam abang2nya.  Umur baru 1 tahun 6 bulan tapi dah reti makan roti kosong cicah kuah kari, hihihiiii...

So tuk tak menghampakan kakak, kesian pulak kan nanti tak tau nak makan apa, Aima masak nasi goreng simple.  Ok la tuk selera suami dan anak-anak ^__^ 
ne lah hasil keras tangan Aima, ahahaaa... memang takde skill dalam bab hiasan =,=
Walaupun simple n takde sape nak try, Aima share je lah ye resipinya, sekurang-kurangnya tuk anak dara Aima nanti, uhuhuuuu...

Bahan-bahannya:
Nasi
Bawang Merah - di hiris
Bawang Putih - di hiris
Cili Api - di hiris
Ikan Bilis
Kicap Cair
Minyak Bijan
Lada Putih
Garam
Telur

Cara-caranya:
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga kekuningan.  Kemudian masukkan cili api dan nasi, gaul rata.  Tambah kicap cair, minyak bijan, lada putih, garam dan telur, sebatikan.  Setelah sebati bolehkah di hidangkan dengan telur mata lembu kat atas.

Senang je kan tapi rasanya memang tak menghampakan.  Anak-anak yang dah makan roti canai tadi pun makan lagi nasi goreng ne, Alhamdulillah senang hati bila tengok anak-anak makan dengan berselera, ehehee...