السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

15 December 2025

Kisah Kacang Goreng

100gram Kacang tanah goreng / fried peanuts 100% fresh | Archean Online 

Assalamualaikum.  Rajin pulak rasanya nak share 1 kisah 10 tahun lalu.  Kisah kacang goreng terakhir untuk makcik Aima, kakak kepada mama.  Kebetulan kemarin hari Ahad, Aima kemas-kemas kabinet dapur nak cek barang yang nak expired, nak susun atur semula.  Takut sampai tarikh luput tak jugak digunakan, kan membazir tu.

Terjumpalah kacang mentah yang dah lama dalam simpanan, nampak dah tak berapa elok.  Tiba-tiba teringat permintaan terakhir makcik Aima, lebih senang panggil Aunty Ayang, kakak kedua alamarhumah mama.  Aima memang rapat sangat dengan Aunty Ayang dari kecik.  Biasalah kan kita biasanya rapat dengan adik beradik sebelah ibu.  Memang rapat sangat lah, dari Aima kecik sampai dah beranak pinak.

So 10 tahun yang lalu, 6 bulan selepas mama Aima meninggal, Aunty Ayang jatuh sakit.  Memang dia ada sakit tapi taknak pi hospital.  Satu hari tu Aunty Ayang jatuh kat bilik mandi sebab pening.  Suami dan anak-anak terpaksalah bawa ke hospital, inilah kali pertama Aunty Ayang masuk hospital sebab sakit.  Sebelum ini memang dia taknak buat check up apa-apa pun.  Rupanya setelah dibuat full medical check up dan sebagainya Aunty Ayang ne menghidap cancer payudara.  Suami dan anak-anak pun baru tahu sebab dia tak pernah cerita apa sakit atau keluhan dia.

Malam hari pertama Aunty Ayang warded tu Aima ada melawat.  Tiba-tiba tergerak hati nak betulkan selimut dia kat kaki.  Baru je pegang kaki dia, ya Allah memang sejuk sangat, macam kita pegang ais.  Aima pun kata kat dia yang kaki dia sejuk, nak pakai stokin tak. Katanya boleh so Aima pakaikan stokin.  Aima pegang kaki Aunty Ayang ne sejuk sampai ke lemak betis tu.

Tiba-tiba teringat kat almarhumah mama sehari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir memang kaki mama sejuk sangat, memang sama😓tapi Aima taklah cakap apa-apa cuma cakap insya Allah sembuh nanti tapi mesti dengar cakap doktor, makan ubat.  Padahal dalam hati memang rasa sedih sangat.  Yelah kan kita memang rapat dan tersangat rapat, ibarat cubit paha kanan paha kiri pun terasa.

Keesokkan harinya sepupu Aima, anak kepada Aunty Ayang call Aima dan bagitahu yang Aunty Ayang nak sangat makan kacang goreng macam yang biasa Aima goreng sebelum ne, katanya sedap, rangup dan rasa lemak.  So lunch time Aima terus gorengkan kacang dan nak hantar petang nanti balik dari keje.  Tengahari memang Aima tak sempat nak hantar sebab anak-anak pun sekolah, nak hantar ambil dorang sekolah memang ambik masa.

Balik keje, lepas mandi Aima terus hantar kacang tersebut ke hospital.  Kebetulan pulak dihari tersebut disebelah paginya nenek saudara Aima iaitu adik beradik kepada nenek sebeleh mama meninggal di usia 80 lebih tahun. 

Sebaik saja sampai hospital Aima pun mintak maaf sebab tak dapat hantar tengahari sebab anak-anak sekolah.  Pada mulanya Aunty Ayang ignore je kacang tu, katanya nanti dia makan sebelum tidur.  Tapi sepupu Aima tu pun cakap kat mak dia, makan lah sikit kesian kak Aima masak dan terus hantar balik dari keja, Allahu Akhbar.

Aunty Ayang pun makan jugaklah sikit dan dia ucapkan terima kasih😔Tiba-tiba Aunty Ayang kata pagi tadi Neksu meninggal kan, lepas ne giliran Aunty pulak.  Aima kata takde lah lepas ne Aunty akan sihat, dia gelengkan kepala sambil pejam mata.  Aima tak dapat nak lama-lama kat ward sebab anak Aima yang bungsu tinggal kat rumah, baru berusia 3 tahun.  

Lepas 1 jam Aima pun mintak diri nak balik dan janji akan datang lagi esok.  Kata Aunty Ayang besok dia dah takde, sebab doktor dan bagitahu awal pagi tadi besok nak hantar Aunty Ayang ke Pusat Perubatan Swasta yang specialist cancer yang terletak tak jauh dari rumah Aima.  So Aima kata takpe lagi senang Aima datang melawat dan bawakan apa-apa keperluan.  Dia diam dan pejamkan mata je.

Masa nak balik tu Aima betulkan dulu selimut Aunty Ayang, Ya Allah sejuk kakinya dah naik sampai lutut, sedih dan sayu bercampur baur dalam hati Aima.  Aima salam dan peluk cium Aunty Ayang dan kata Aima minta maaf jika ada salah silap, dia angguk pelan😓Aima kata Insya Allah besok kita jumpa lagi, dia diam je.

Pagi harinya waktu kat office Aima terima call dari Uncle Joe, suami Aunty Ayang.  Katanya Aunty Ayang dah takde😭baru je meninggal.  Masa tu Aunty Ayang dah dibawa pakai ambulan dari Hospital menuju Pusat Perubatan swasta.  Dia sebolehnya memang tak nak dibawa kesana, dia takut katanya.  Baru je ambulan sampai kesana, rupanya Aunty Ayang menghembuskan nafas yang terakhir, إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Berderai airmata Aima, teresak-esak nangis kat office.  Hilanglah lagi seorang yang rapat dengan Aima yang sebelum ini di anggap pengganti mama.  Aima redha, ajal maut di tangan Allah.  Tapi Aima lega sebab dapat tunaikan permintaan terakhir almarhumah Aunty Ayang iaitu kacang goreng.  Kalau lah Aima tak kuatkan hati hantar kacang goreng malam tu juga tentu rasa terkilan sampai bila-bila.  Dari Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.  

Semoga segala kebaikkan dan jasa baik yang almarhumah Aunty Ayang berikan semasa hayatnya, digantikan syurga oleh Allah SWT, aamiin yarabbalalamin.

Hanya doa yang mampu Aima berikan untuk semua insan yang Aima sayangi yang telah pergi terlebih dahulu menghadap Allah SWT.

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah."

 Tafsir al Quran Surah fatihah part 1 ...

Petua Agar Badan Ringan Dan Bertenaga

Sihat itu “anugerah” yang diberi secara percuma, hargai ia selagi ada. 
Assalamualaikum.  Korang perasan tak sekarang ne boleh dikatakan kebanyakkan dari kita merasa badan terasa sakit, kepala rasa berat, rasa lesu dan penat tak habis-habis padahal rehat dah cukup.  Kadang-kadang malam susah nak lena, fikiran serabut walaupun tak tau apa yang difikirkan.  Adakah sebab diri semakin tua (tapi hati tetap rasa muda belia😁) atau pun sebab vaksin? Entahlah, tepuk tepung jadi roti😂
 
Ok Aima nak share satu petua lama dari bibik Aima yang dulu.  Dulu rajin jugak Aima try cuma sejak beberapa tahun ne penyakit M menguasai diri.  Adakalanya sebelum tidur rebus lah juga ramuan ne, konon nak tunggu suam baru minum, last nya terbiar sampai pagi tak jugak minum.  Diri dah terlelap sebelum minum, emmm... 
 
Bibik Aima yang dulu tu, bibik yang ketiga kalau tak salah.  Umur dia dah lebih 50 tahun tapi masih cergas lagi.  Nanti ada masa Aima share kisah bibik bibik Aima dulu, bermacam ragam dan perangai masing-masing tapi Alhamdulillah semua baik.
 
Katanya dia amalkan petua dari nenek dia dulu.  Dulu-dulu mana suka pi klinik jumpa doktor kan so dorang cuba kaedah dan ramuan yang ada kat rumah.  Masa tu Aima muda lagi belum masuk 30 so buat endah tak endah je lah, dah umur semakin naik escalator ne barulah terkenang petua dulukala.
 
Sebelum Aima tambah melalut, ne Aima share petua dia.  Petua ne Aima ada share juga kat FB dulu-dulu tapi lupa tahun berapa.  Korang boleh cuba try test ok.  Insya Allah berhasil tapi taklah secepatnya, ambik masa juga cuma badan memang rasa ringan bertenaga dan badan berpeluh-peluh, best.

Tidak Banyak yang Tahu Ini Manfaat Lada Hitam Untuk Kesehatan Tubuh -  Official Astronauts Blog 
1 sudu lada hitam
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis
1 batang serai 
1 biji kecil gula batu
 
Rebus dengan 2 gelas air dan biar hingga menjadi 1 gelas air saja.  Rasanya sedap dan hangat dibadan. 
 
Korang minum pagi sekali dan malam sekali.  Tapi jangan minum setiap hari tau.  Minum lah seminggu 2-3 kali saja.  Insya Allah. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan, aamiin Ya Allah

Isnin Lagi

 Salam Isnin Mulai hari isnin dengan salam dan semangat,diharap dapat  menciptakan suasana positif dan produktif yang akan membantu menjalani  minggu dengan sukses Amiinn yra 🤲🏻

Assalamualaikum.  Selamat hari Isnin, hari yang selalu dikaitkan dengan Monday Blues.  Memang blues pun, ahahaa.. Bagi Aima kan Isnin ne hari yang paling liat sekali nak masuk opis.  Hari yang kalau boleh di ubah, nak ubah jadi Ahad semula, punyalah malas nak pi keje.  Bangun tidur subuh tu kan Aima cakap kat diri sendiri, hari ne Isnin ke Ahad, dengan harapan masih lagi hari Ahad😁

Tapi siapalah kita nak merubah hari.  So nak tak nak kena lah jalani.  Bangun dari tidur masih bernafas dan sihat walafiat tu dah bersyukur sangat, Alhamdulillah terima kasih ya Allah masih memberikan diriku umur yang panjang dan badan yang sihat.

 So seperti biasa selesai mengerjakan suruhanNya, kena lah masuk opis kat rumah dulu aka dapur.  Korang tau tak otak ne kadang blank nak masak apa tuk pagi, tengahari dan petang.  Tepu dah otak asyik fikir nak masak apa, nak buat apa, nak uruskan apa.  Dah tak tau nak masak apa kat rumah.  Kalau sebelum ne pagi-pagi Aima tak lah serabut sangat seperti sekarang.  Gerai sebelah rumah Aima ada jual nasi campur dari Isnin hingga Sabtu, so jika malas nak masak sarapan Aima beli je kat gerai kakak sebelah.  Anak-anak pun suka.

Sejak awal bulan ne kakak tu dah pindah gerai dah, maka bermulalah pening kepala mikir nak masak apa setiap pagi.  Kalau korang ada baca blog Aima dari awal tentu korang tahu yang anak-anak Aima memang jenis sarapan dengan nasi dan kuih muih.  Dah jadi kebiasaan dari kecil lagi.  So sorang-sorang bangun je dari tidur, cuci muka, terus masuk dapur tengok apa mama dia ne masak.

Anak-anak yang besar pandai ambik sendiri makanan, letak je atas meja atau dalam periuk tahulah dorang ambik sendiri.  Kecuali yang bungsu dia kena disediakan.  Anak-anak yang lain Aima tak lah risau sangat, kalau yang bungsu ne Aima kena pastikan dia kenyang dulu sebelum Aima pi keje.  Dia takkan makan kalau bukan Aima yang masak.  Misalnya telur dadar kalau kakak atau abang dia yang masak memang dia taknak, mesti mama dia ne yang masak.  Dah dia kenyang, senanglah mama dia ne pi keje.

Korang pasti ingat anak Aima tu mengada kan, ahahaa... Sebenarnya anak bungsu Aima tu anak special, anak calon Syurga, insya Allah.  Di umur 5 tahun dia disahkan ASD oleh doktor pakar.  Nanti ada masa Insya Allah Aima share kisah dia.

Ok lah korang Aima undur diri dulu ok, nak ready balik lunch.  Lunch hour kat office Aima pukul 12 hingga pukul 1.  Dalam masa rehat 1 jam ne memang terkejar-kejar nak masak, kadang-kadang Aima beli je nasi katok atau nasi campur, jika malas nak singgah kita masaklah makanan dalam tin😂.  Tambah lagi kalau lepas tengahari nanti Aima ada urusan keje maka masak cincai sap sap sui jelah janji perut suami dan anak-anak terisi, ahahaaa.. 

Ok korang jumpa lagi nanti.  Assalamualaikum.. 

 Assalamualaikum💕 Selamat Pagi Isnin yang indah🥰 Salam Menjemput Rezeki  yang melimpah ruah dan berkat.😊 Syukur kita adalah antara yang terpilih  untuk terus hidup hari ini. Semoga Allah memberkati tiap langkah kita menuju

 

 


14 October 2025

Redha Suami, Redha Allah Juga

  

3 Hari Dalam Kehidupan

 

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang ketiga..amin..

p/s:  Hargailah hidup ini sebaik-baiknya

Post terbaru di tahun 2025

 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh - nosewisdom

Assalamualaikum. Dah lama tak blogging sampai blog lama pun dah tak ingat email dia.  Maka pada Januari 2021 terpaksalah buat blog baru (https://mama-aima142.blogspot.com).  Disebabkan dah lama tak bukak blog lama yang ne, diri ini masih lagi terasa kaku mayu, masih blur dan yang sewaktu dengannya, ehehee.. Ne pun baru prasan yang semua dah berubah, tu yang jadi tak tahu macamana nak mula😅 takpe kayuh pelan-pelan hokey.

Harap-harap tahun ne otak tak tepu lagi so dapatlah menikmati semula betapa bestnya dapat meluahkan perasaan dalam blog.  Kalau kat social media lain memang susah nak share macam-macam, maklum kiter ne pemalu dan introvert, hahahaaa.. kat sini orang tak kenal secara dekat so senang nak potpet potpet. Insha Allah nanti kiter sambung lagi, tengah memerah idea nak post apa😂.  

25 January 2023

Sentuhan jiwa.....

Buku Anak Premium | Anak-anak adalah amanah yang luar biasa, yang wajib  kita rawat, kita jaga dan kita sayangi. Dan berlaku adil lah kepada semua  anak-anak... | Instagram 

“Saya ada 4 orang anak.... Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, engineer n lawyer. Tapi yg no 3 tak menyerlah langsung. Dpt gred 2 spm. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan.. tapi hasil takde. Tak mcm abang, kakak n adik dia. Dpt straight A.

“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, ‘tengok mcm adik beradik yg lain, semua keja elok2. Kau sorang je keja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yg selalu saya lepaskan pada dia.
 
“Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yg jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak2 lain semua sibuk dengan kerja masing2. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat2 nak balik.Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.
 
Anak Berhenti Kerja
 
“Satu hari anak ke3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa. Dia jawab berhenti keja sebab nak jaga abah.

“Kelu lidah saya. Berhemburan air mata saya pada hari itu. Inilah anak yg paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yg menjaga saya hinga hari ini. Saya mohon ampun kpd Allah atas kesilapan saya yg dulu.

“Rupanya Allah jadi kan dia kurang dlm pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yg tinggi.

“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kpd manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa depan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.

“Bagi ibubapa yg dapat result anak x cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dlm peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. 

Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua....

Doa Mengelakkan Sihir Dan Santau

 Buletin At-Tauhid
Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir:

~ Membaca Surah Al Fatihah Dan Membaca 3 Surah Terakhir atau 3 Qul Setiap Hari
 Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu."
 
~ Membaca Ayat Qursi Selepas Sembahyang (Surah Al-Baqarah Ayat 255)
Dalilnya :
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga”   

~ Membaca : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM” 3x Sehari.
Dalilnya :
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)

MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Yeayyy I'm Back

Assalamualaikum.  Dah lama tak update apa-apakan.  Blog pun dah lama tak dibukak.  Bukan tak sayang dengan blog ne cuma terlupa apa emailnya, hehee..  Dah beberapa tahun try & eror tetap tak dapat-dapat emailnya.  Sehinggalah masa kemas-kemas almari weekend hari tu terjumpa 1 dairy ne, skali bukak laaa kat sini rupanya Aima simpan segala email terdahulu.  So Aima try bukak tadi pagi, Alhamdulillah cun dan tepat sekali, hahaha..  Alahai rindu gilerr nak blogging lagi.

So hari ne Aima nak post 1 entry yang dah terperap dari tahun 2015, memang menititk airmata Aima baca.  Aima post tanpa edit apa-apa, untuk kenangan di masa akan datang. Jom layan...

Tengok dalam draft punyalah banyak n3 terperap, kalau makanan dah lama berulat dah, ehehee..  Sebenarnya rindu jugak nak update citer terbaru cuma masa tak mengizinkan dan mood nak blogging bagaikan hilang di bawa arus, semangat bagaikan di kunci.

Sejak kehilangan mama tercinta semangat Aima bagaikan pudar, tapi sekarang Alhamdulillah dah kembali pulih sedikit demi sedikit.  Memang rasa kehilangan sangat.  Memang Aima akui terlalu mengikutkan perasaan, terlalu ikutkan hati.  Tapi demi Mr Hubby, anak-anak dan bapa tercinta Aima kena kuatkan diri.  Dan Alhamdulilah sekarang ne Aima dah ok, hidup mesti di teruskan, satu hari nanti pun kita akan ke sana juga kan.

Mama Aima meninggal tahun lepas, ngam 2 bulan balik dari Hospital kerana sakit.  Selama 2 bulan mama admit kat Hospital memang banyak masa Aima ke sana ke mari, ulang alik dari rumah ke hospital.  Ada masanya Aima bermalam di hospital dengan izin Mr Hubby untuk jaga mama.  Aima rawat mama dengan penuh kasih sayang.  Aima jaga mama sebaiknya, masih ingat lagi kata-kata mama kat Aima atau sesiapa pun yang datang menlawat, kata mama f Aima ada kat sisi mama, mama rasa selamat dan di kasihi, Allahuakhbar..

Selebihnya mama di jaga oleh bapa dan adik Aima yang bungsu yang mana masa tu hendak melangsungkan perkahwinan dalam masa 2 bulan saja lagi, memang kelam kabut rasanya.  Sebagai anak perempuan yang sulung memang segala-galanya tergalas di bahu ini.  Kesian jugak la kat adik Aima sorang tu, mana sibuk menjaga mama sakit, mana sibuk hendak attend kursus kahwin, mana nak buat persiapan lagi.

Setelah 2 bulan mama di hospital, melihat ada perubahan kat mama doktor pun membenarkan mama balik untuk berehat di rumah.  Dari mula mama balik ke rumah, memang banyak masa Aima ulang alik dari rumah Aima ke rumah mama, nasib baik dekat, cuma beberapa langkah je jaraknya, ehehee..

Setiap pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah, Aima terus ke rumah mama untuk tukarkan pampers dan membersihkan badan mama sebab mama tak dapat banyak bergerak, kena pakaikan pampers, berak kencing semua dalam pampers.  So tugas Aima setiap pagi adalah tukarkan pampers dan siapkan berus gigi tuk mama serta buatkan susu.

Malam pula bapa yang akan menjaga mama termasuklah menukarkan pampers dan melap badan mama.  Jika hendak di fikirkan memang bertuah mama dapat suami seperti bapa, tak geli langsung nak cuci kencing berak mama.  Bapa jaga mama dengan penuh kasih sayang, Alhamdulillah.

Dalam ramai anak-anak mama adik Aima yang bungsu yang paling banyak berjasa dan berkorban tuk jaga mama.  Dia korban zaman bujangnya dengan menjaga mama di hospital dan di rumah.  Padahal dia dah nak kawin pun.  Pernah mama kata dah adik kawin nanti sapa la yg jaga mama.  Ya Allah menitik airmata Aima dengar.  So Aima kata mama tak payah fikir banyak k, Aima kan ada, Aima sentiasa ada untuk mama :( 

Sorry ye nanti Aima sambung lagi, tak sanggup nak teruskan..

Ciri-Ciri Anak ASD

 Signs and Symptoms of Autism Spectrum Disorder in Toddlers - Speech & OT

1. Lewat/tidak bertutur tak semestinya ASD tapi ASD sudah pasti lewat/tidak bertutur;
 
2. Lasak/hiperaktif tak semestinya ADHD/ASD/Dyslexia tapi ADHD & Dyslexia sudah pasti lasak/hiperaktif;
 
3. Kurang/tiada fokus pasti ada pada ASD/ADHD/Dyslexia;
 
4. Agak sukar untuk pakar membuat diagnose bagi anak2 bawah usia 5 tahun kerana anak2 normal juga turut ada ciri2 yg mirip ASD/ADHD/Dyslexia KECUALI anak tersebut mempunyai simtom yg amat ketara atau signifikan, maka mudah untuk pakar buat keputusan;
 
5. Lewat bertutur & masalah pembelajaran boleh ditangani melalui terapi tetapi ASD/ADHD/Dyslexia adalah sepanjang hayat
 
Disebabkan pertindihan ciri2 itu maka pakar tak galakkan ibubapa untuk membuat self-diagnose daripada mana2 sumber tanpa mendapat pemeriksaan yg terperinci daripada pakar psikiatri kanak2 / pakar perkembangan kanak2 / pakar pediatrik / pakar psikiatri. Maklumat yg ada cukup sekadar untuk panduan sahaja bagi memudahkan ibubapa untuk mengambil langkah seterusnya.
 
**saya bukan pakar/doktor/therapist/guru PPKI
**saya ibu seorang anak istimewa yg tak pernah putus asa mencari ilmu sebanyak mungkin

Deep Reminder

Premium Vector | Cute muslim couple with umbrella
Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri...
 
1. *Bila Kita Tua*
Luangkan waktu bersama pasangan kita karena salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu & yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.
 
2. *Bila Kita Tua*
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja pun susah, sementara masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
 
3. *Bila Kita Tua*
Jangan susahkan diri untuk memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma usahakan agar hutang kita lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan dan berpesan-pesanlah kepada mereka tentang kematian!
 
4. *Bila Kita Tua*
Luangkan waktu bersama rakan² lama karena peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu...
 
5. *Bila Kita Tua*
Terimalah penyakit apa adanya karena semua sama, kaya atau miskin pasti akan melalui proses yang sama iaitu: lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit & mati.
 
Pin on Islamic Quotes
*Nasihat Bijak*
"Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yang seperti duit logam, depan lain belakang lain"

07 February 2021

Typeless Sunday

 

Image result for yang singkat itu waktu

Yang Singkat Itu "WAKTU".
Yang Menipu Itu "DUNIA".
Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
Yang Berat Itu "AMANAH"
Yang Sulit Itu "IKHLAS".
Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
  Yang Susah Itu "SABAR".
Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
Yang Membakar Amal Itu"GHIBAH".
Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
Yang Berharga Itu "IMAN".
Yang Menenteramkan Hati Itu ''BERDZIKIR".
Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT" ^___^
Subahanallah 

06 February 2021

Kena Self Isolation Kat Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sabtu.  Lama tak publish entry baru padahal kat dalam draft banyak yang belum post.  Dah seminggu kurang sihat, demam batuk selsema.  First jumpa Doctor kat Klinik Kerajaan adalah hari Sabtu 30/01.  Pagi memang masuk office walaupun dah rasa tak sihat dan pening lalat.  Nasib baik Sabtu keje setengah hari.  Pukul 2 Mr Hubby ajak pergi klinik sebab dia pun nak mintak MC, demam jugak.  Nasib baik anak-anak kat rumah dah sembuh dari demam, simptom pun sama demam batuk selsema.

Aima dan Mr Hubby jumpa Doctor berasingan sebab tak boleh combine, 1 pesakit 1 Doctor.  Doctor yang Aima jumpa ne memang Doctor local, melayu dan masih muda.  First jumpa memang kena tanyalah sakit apa, sejak bila, ada pergi luar negara ke tak (aiyoooo border Brunei tutup lah macamana pulak nak pergi oversea) dan ada contact tak dengan pesakit Covid?  Yang ini memang takde jugak lah.

Doct kata badan panas, tekanan darah pun tinggi.  Memang tinggi sebab malam tak dapat tidur.  Then doctor tu kata nak buat Swab test tak? Alamakkkkkk!!!! memang kena buat test ke? Doct kata better buat just for precaution.  Hati dah dup dap ne, tangan pun dah sejuk.  Mungkin tengok Aima gelisah Doct tu pun cakap tak sakit pun jangan takut😓

So Aima pun try test lah cakap, setakat ne rasanya tak perlu kot, sebab memang takde contact dengan sape-sape.  Demam ne pun baru je rasa, menjangkit dari anak-anak kot.  Makan pun so far macam biasa.  Kalau dalam seminggu lebih tak baik jugak baru swab test ok😁  Fuhhh nasib baik Doct tak banyak songeh, dia kata ok kalau lepas ne ada datang sini lagi dan masih demam jugak kena terus swab test la.  Aima pun mengangguk cepat-cepat, ok ok janji😂

Doct tu kata mesti self isolation kat rumah dalam masa 3 hari, jangan pergi mana-mana.  Cuma yang tak bestnya self isolation yang dibagi tu bermula Sabtu tu jugak.  Sabtu memang keje setengah hari, besoknya pulak Ahad memang tak keje, rugiiiiii.  Maknanya cuma cuti untuk hari Isnin saja.  Aima cuba jugak nak deal manalah tau dapat MC start isnin depan, tapi jawapan Doct memang BIG NO, hari ini datang memang MC start hari ini, ikut undang-undang MOH.  Errmmmmm takpelah, undang-undang takleh lawan ok.

Dah jumpa Mr Hubby, dia pun sama kena bagi 3 hari self isolation.  Bezanya Mr Hubby memang Ahad dan Isnin keje shift pagi, takdelah rasa rugi kan.  Ok lah dapatlah rehat sama-sama.  

Cuti demam ne ada jugak bestnya, dapat duduk rumah sehari suntuk.  Keje rumah pun boleh beres cepat, siap semua keje boleh rehat golek-golek atas katil, hahaa..  Cuma keje hantar ambil anak sekolah je tak boleh cuti, sakit tak sakit kena teruskan.  Anak-anak pun happy tengok mama dia sentiasa ada kat rumah.

Hari Selasa memang kena masuk office, cuti sakit dah habis walaupun memang rasa tak larat sangat.  Badan rasa panas, pening, batuk muntah selsema dan sebagainya.  Tapi tetap digagahkan juga demi mencari rezeki untuk anak-anak.  Belum 1 jam masuk office, perut dah rasa semacam, muntah jangan cakaplah, habis semua isi perut keluar. Kebetulan pulak masa tu cuma Aima dengan anak kecik Aima (insha Allah ada masa nanti Aima citer pasal anak Aima ne ok) je yang ada kat office.  Miss Boss dan adik dia ada urusan kat luar.  1 keja pun tak terpegang, kepala rasa berat sangat.

So pukul 11 pagi sebab tak tahan sangat Aima pun wasap Miss Boss mintak izin balik sebab betul-betul rasa tak larat.  Nasib baik dapat Miss Boss sorang yang baik, memahami dan peduli sakit pening staff.  Dia kata better balik rehat kat rumah, kalau tak sihat bawak klinik swasta nanti claim kat office, Alhamdulillah.  Anak balik sekolah pun Mr Hubby yang ambil before dia keje, cuma anak kedua yang ada class petang saja yang Aima ambil.

Sementara menunggu anak balik sekolah pukul 2.30, Aima pun pergi klinik swasta, punyalah ramai orang, dan boleh dikatakan kesemuanya demam batuk selsema jugak.  Rata-rata mengatakan dah datang tadi pagi tapi tak dapat nombor sebab ramai orang so kena datang sebelah petang.

Dah jumpa dengan Puan Doct, cek panas dan tekanan darah, badan memang panas 39 dan tekanan darah pun tinggi 145.  Puan Doct kata disebabkan demam batuk selsema kena self isolation 3 hari start hari itu jugak.  Kena minum banyak air dan rehat banyak-banyak.  So self isolation lagi lah 3 hari hingga khamis, Jumaat baru keje, yeaaaaaaa😁 Dapatlah rehat lagi kat rumah, Alhamdulillah.

Bila direnung-renungkan semula sakit ini ada jugak hikmahnya.  Sebelum ne memang tak cukup rehat, zup zap pagi hingga malam.  Mana keje menimbun kat office, mana keje kat rumah lagi, mana masalah yang datang bertalu-talu so dengan sakit ini Allah nak bagi Aima rehat, nak suruh Aima tenangkan diri, Allah tahu diri ini penat zahir batin, memang dari zahir tak nampak tapi batin penuh dengan keluh kesah, Subahanallah.  Dan sakit juga penghapus dosa kecil, Alhamdulillah.  

Alhamdulillah hari ini masuk Office memang semangat sikit, maklum hari gaji, hahahaaa..  Batuk dan selsema masih ada cuma tak seteruk semalam.  Harap-harap lepas ini Aima sihat seperti biasa, Aamiin.  Doakan Aima terus sihat dan kuat ok, dan tolong doakan Aima agar tetap bersabar dengan apa pun dugaan yang datang,Aaamiin ya rabbalalamin.  Insha Allah jumpa lagi nanti, assalamualaikum.

Image result for sakit penghapus dosa

21 January 2021

Celoteh Khamis

 

 

Assalamualaikum.  Salam Khamis.  Sekarang cuaca memang tak menentu kan? Bak kata pepatah mendung tak bererti hujan tapi sekarang ne mendung memang sah akan hujan😂 Alhamdulillah hujan membawa rahmat.  Kat sini memang hari-hari hujan.  Sejuk pun lain macam dah sekarang, kalau sebelum ne waktu tidur malam bukak aircond dan kipas tapi sekarang, bukak aircond pun sekejap on sekejap off, sejuk giler.  Waktu siang pun tak bukak aircond, beku beb...  

Cuma time hujan macam ne baju lambat kering.  Jemur kat dalam rumah guna kipas alamat hari ne cuci besok baru kering.  Nak guna dryer kat dobi memang tak reti😜  Malu pulak rasa bila terkebil-kebil tak tahu nak buat apa hahaa..So jalan selamat jemur dalam rumahlah jawapnya.

Lagipun kalau jemur kat luar takde saper yang boleh tolong angkat kalau hujan.  Pagi hingga tengahari memang takde orang kat rumah.  Anak-anak semua sekolah.  Aima sendiri pun keje office hours.  Anak-anak tengahari baru ada kat rumah, itu pun kadang lepas makan, main game terus tidur.  Bestkan jadi budak-budak tak payah nak fikir banyak benda.  Tak penat nak fikir buat itu ini.  Cukup masa makan, mandi, tidur, sekolah, main game, tengok youtube.  Tak payah nak fikir besok nak masak apa, baju dah cuci ke belum, rumah bersepah ke tak, anak-anak ok ke tak bla bla blaa.

Tapi masa Aima kecik-kecik dulu teruja sangat nak jadi dewasa, semua nampak indah, semua macam best je kan? 😝 Semua orang ingat hidup dewasa tu senang, boleh cari duit, boleh cantik-cantik, boleh tolong mak bapak, boleh enjoy, kan kan kan😂😂  Tapi kenyataannya memang tak seindah yang dibayangkan.  Ada onak duri yang harus dilalui, ada liku-liku tajam yang harus ditempuh, ada suka duka yang mesti dihadapi dan asam garam kehidupan yang mesti diharungi.

Alhamdulillah Aima dah lalui pahit manis kehidupan.  Dari setawar-tawar pengalaman, sepahit-pahit dugaan hingga semanis-manis kehidupan dan asam garam perkahwinan.  Alhamdulillah.  Kadang tu tak sangka dapat melaluinya, Allah Maha Adil.  Allah tak akan membebani hambaNya diluar batas kemampuan.  Apa yang perlu ada adalah SABAR dan TAWAKAL.  

Begitu juga dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran yang tinggi.  Rumahtangga sorang-sorang memang tak sama, ada yang mulus yang tulus, ada yang penuh liku dan onak duri.  Adakalanya tersasar dari landasan, maka cepat-cepatlah sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Alamak panjang pulak entry hari ne.  Maaf ye Aima ne memandai-mandai pulak dalam hal rumahtangga, hahaa.. Sekadar coretan saja key.  Mana yang baik jadikan pedoman yang tak baik buang ke laut dalam😂😂

Ok semua assalamualaikum, jumpa lagi.

20 January 2021

Tahun Baru

 

2021 Happy New Year Typography Text Design Decorated With Flowers Floral  Concept Colorful Vector Illustration Flat Cartoon Stock Illustration -  Download Image Now - iStock

Assalamualaikum.  Masih lagi awal tahun 2021 kan, so Aima nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 walaupun terlambat 20 hari😁 semoga di tahun baru ini semua hajat dan impian kita yang belum tercapai akan dikabulkan Allah SWT, Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Tahun 2020 baru dekat 3 minggu meninggalkan kita, terlalu banyak kenangan pahit manis dan suka duka yang dihadapi dan dilalui.  Alhamdulillah semua dapat diharungi dengan jayanya.  Dugaan datang tanpa diundang, ianya datang tanpa diduga.  Tapi percayalah Allah tidak akan menduga hambaNya melebihi kemampuannya.  Begitu juga dengan diri Aima, dugaan tetap datang tanpa dipinta.  Namun disebalik dugaan tetap ada hikmah disebaliknya.    

Semoga tahun baru 2021 ini membawa beribu rahmat, kebaikkan, rezeki, ketenteraman dan kebahagian dalam diri kita semua, Aamin Ya Allah.  Dan bersama-sama kita berdoa agar pandemic Covid 19 ini segera berakhir dari muka bumi Allah ini, Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Doa Keluarga Bahagia Dunia Akhirat

06 March 2019

Speechless Wednesday

  SURIA AMANDA: Tabahnya Seorang Wanita
Assalamualaikum.  Pernah rasa mata berdenyut-denyut hingga raasa tak selesa? Kalau nak di google memang banyak huraian dan tandanya.  Tapi kita tak boleh nak percaya, khurafat namanya.  Kita dapat tahu semua ne pun dari orang-orang dahulu yang dah awal makan garam dari kita.  Ada jugak yang benar ada jugak yang tidak, wallahwalam.

Sejak beberapa minggu ini kelopak mata kiri atas Aima memang sentiasa berdenyut hingga membuatkan rasa tak selesa, dah tu kelopak mata bawah belah kanan pulak berkedut, Astaghfirullah.
Hati pun rasa tak sedap.  Memang Aima tak hiraukan sangat.  Pernah jugak Aima bercakap dengan mata sendiri, lebih kurang macam ne, "Mata jika kau berdenyut ne membawa berita baik, berhentilah kau berdenyut tapi jika sebaliknya aku mohon semoga Allah memberi aku petunjuk"

Setiap masa tak kira waktu solat atau tak, tak putus-putus Aima berdoa semoga apa yang terdetik dalam hati Aima ini adalah perkara bohong.  Aima memohon agar Allah memberi petunjuk yang sebaik-baiknya.  Alhamdulillah doa Aima di makbulkan.  Tak semena-mena segalanya terungkap, Allahuakbar.

Memang beberapa hari ne Aima rasa down, kecewa, terluka dan hati rasa hancur sehancurnya.  Hanya pada Allah Aima memohon agar diberi kekuatan semula.  Nafsu makan hilang serta merta, perut rasa kenyang.  Bila memandang muka anak-anak Aima rasa kuat, lebih-lebih lagi bila memandang muka anak syurga Aima, Allahuakhbar.

Bukan hendak membuka pekung di dada cuma dalam blog ini saja dapat Aima luahkan apa yang terbuku di hati ini.  Sebab Aima tahu cuma 2-3 orang saja yang tahu blog ini kepunyaan Aima.  kat lain-lain laman sosial memang Aima tak kongsikan.

Ya Allah ku memohon kepada mu, berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.  Berilah aku kesabaran yang tinggi, kembalikanlah diri ku yang dulu yang sangat positif, berdikari, kuat dan tabah.  Kasihani anak-anaku Ya Allah, aku tak nak mereka melihat aku lemah dalam situasi seperti ini.  Hanya engkau yang tahu betapa aku sangat cinta dan sayang anak-anaku.  Tabahkanlah hati ku Ya Allah.  Aku redha dengan semua ini walaupun hatiku sudah hancur lebur.  Mungkin silap ini juga berpunca dari diriku, maka ku mohon ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah, berilah aku peluang untuk membaiki kesilapan ku.  Rahmatilah diriku dan keluarga ku dari apa jua anasir jahat, amin ya rabbalalamin
Tangisan seorang wanita muslimah - Elinotes review

Naluri Seorang Isteri

 Image result for naluri seorang isteri
Assalamualaikum dan Salam Rabu semua, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, amin.  

Korang percaya tak naluri isteri ne cukup kuat? Isteri mempunyai 6th sense yang selalunya betul.  Bukan yang dibuat-buat ok.  Selalunya kaum isteri ne tak tergesa-gesa nak menuduh suami tanpa bukti tapi Allah itu ada, walau di sembunyi macamana sekalipun lambat laun pasti terungkap jua. 
Kalau suami cuba tipu,langkah sumbang,selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri.  Tak cepat, lambat laun pasti diketahui isteri juga.

So para suami tolong hargai isteri anda walaupun dia dah tak secantik dulu.  Cantik tak bawa kemana, semua manusia di bumi Allah ini pasti akan tua, kecantikkan pasti akan pudar jua di mamah usia.  Di saat engkau terniat hendak pasang dua atau saja nak test market, cuba engkau bayangkan wajah isteri dan anak-anak, bayangkan jika engkau di tempat mereka, apa yang engkau rasa?

Balik ke rumah renunglah wajah isteri, tak kasihan kah engkau padanya? Dia insan yang telah kau ambil dari orangtuanya dengan lafaz akad nikah, dia wanita yang sudah memberi mu zuriat, yang menjaga kebajikan mu siang dan malam, yang sangup susah senang bersama mu.  Tergamakkah kau menduakan dirinya?

Percayalah wahai para suami, hati isteri ne sekali terluka selamanya parut berbisa.  Setenang macamana pun isteri di saat mengetahui dirinya diduakan, gelombang di dalam hatinya hanya dia dan Allah saja yang tau, sakitnya tak dapat nak digambarkan dengan berjuta kata-kata.  Sekali kau memusnahkan kepercayaannya, selamanya keraguan masih tumbuh di hatinya.

Kekurangan isteri bermula dari kekurangan suami.  Memang takde wanita yang sempurna, setiap wanita mempunyai kekurangan, tapi engkau sebagai suamilah yang harus menutupi kekurangan tersebut.

Sayangi isterimu nescaya bahagialah rumahtangga mu.
  Detail Gambar Wanita Muslimah Menangis Koleksi Nomer 22

08 February 2019

Baby Baru

Image result for salam jumaat

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.  Sihat tak hari ne?  Semoga semuanya sihat2 selalu eyy.  Sebenarnya nak share kisah Jumaat yang lalu  tapi baru ada masa nak post hari ne.  Jumaat yang penuh berkat minggu lepas, Aima dapat baby baru tau, baby yang ke 5 eheheee..
Tapi yang ne bukan baby yang bernyawa, baby yang pakai enjin, ahahaa... Kereta baru Aima dah keluar Alhamdulillah.  Sebenarnya tak lah teruja sangat dapat kereta baru sebab kereta yang 1 lagi masih ada bank loan, uhuuu.. Cuma fikir nak bagi Kakak pakai kereta yang 1 lagi so kena lah beli baru.

Dalam sejarah hidup Aima dah ada 5 buah kereta yang fully Aima bayar dengan duit sendiri termasuk Insurance, Road Tax dan maintenance.  Ini tak termasuk kereta yang Mr Hubby beli ey.  Yang tu lain kira eheheee... Bukan nak sombong ok sekadar nak kongsi untuk kenangan untuk anak-anak dan di hari tua nanti.  Sekurang-kurangnya dorang tahu pengorbanan ibu bapa waktu mereka kecil-kceil dulu.
Sebelum beli kereta yang Aima bayar sendiri, Mr Hubby yang sediakan semuanya, Aima tak keluar duit pun, semua Mr Hubby yang bayar dan sediakan, terima kasih banyak suamiku, semoga Allah membalas budi baik mu dengan berjuta kebaikkan, amin..

 
Ok setelah berkahwin dengan Mr Hubby tahun 1999 kitorang ada 1 kereta je, kereta yang Mr Hubby pakai dari bujang iaitu Hyundai Scoupe merah.  Masa ne Aima tak pandai driving lagi.  So 1 kereta dah cukup.  Masuk ulangtahun perkahwinan yang ketiga dan kakak dah nak masuk sekolah, Aima pun dah pandai drive so kitorang ingat nak beli 1 lagi agar senang nak hantar dan ambik kakak.
 
So terbelilah Daewoo Lanos silver.  Kereta ne Aima yang pakai hari-hari dari rumah-sekolah-ofis.  Pada masa tu Mr Hubby masih kerja sebagai anggota beruniform, memang tak lekat kat rumah.  Kadang-kadang malam baru dapat jumpa.  Daewoo ne kitorang guna lebih kurang dalam 3 tahun.  Disebabkan masa tu mak mertua takde kereta so kitorang pun bagi lah mak/pak mertua pakai.

Kebetulan ada duit lebih so Mr Hubby beli 1 kereta second hand, kereta lama tapi body masih solid.  Mr Hubby beli kereta Toyota Cressida putih.  Kereta ne memang kitorang pakai lama sampai dia rosak.  Aima suka kereta ne sebab dalmnya besar dan laju beb..Aima kan suka merempit kat jalan eheheee...

Baru 2 tahun pakai kereta Cressida Mr Hubby terniat pulak nak beli kereta baru yang kecik sebab Hyundai coupe dia tu selalu buat hal, asyik nak paw duit je, mana tahan nak keluar duit tuk dia je.

Image result for toyota echo silver
Maka terbelilah Toyota Echo silver, comey lotey.  Kereta ne memang bertahan sampai sekarang.  Masa nak beli Echo ne memang ada kenangan tersendiri.  Masa ne Aima tengah sarat mengandung anak no. 2.  Kereta keluar dari Agent hujung bulan Julai dan Aima melahirkan anak no, 2 bulan Ogos.  Senang nak kira umur kereta ne kan.  Sekarang umur dia dah nak masuk 15 tahun.  Bab jaga kereta memang Aima puji Mr Hubby, dia jaga tip top.  Body masih solid molid, enjin pun masih steady lagi.  Rosak sikit-sikit tu adatlah kan tapi masih berjasa sampai sekarang, masih bergetah.

Oh ya lupa nak habaq, kereta Hyundai Coupe tu Mr Hubby dah let go beberapa bulan setelah Echo keluar.  Sayang giler beb nak lepaskan.  Pakai dari bujang, sampai kahwin hingga anak 3, giler tak sayang.  Cuma sebab maintenance kereta tu tinggi, insurance saja dah buat pening kepala so let go je la.

Image result for hyundai atos blue
2 tahun kemudian Aima bincang ngan Mr Hubby nak beli lagi 1.  Aima nak yang kecik je, senang cari parking kat sekolah.  Cari punya cari dapatlah Hyundai Atos biru, kecik molek je.  Yang ne memang 100% Aima bayar, kira kereta pertama yang Aima punya sendiri.  Kereta second hand sebab ne je yang termampu ehehee..

Pakai kereta ne tak lama dalam 2 tahun lebih kot sebab rasa tak muat pulak dengan anak 3 orang + bibik.  Plan nak cari yang besar sikit.  So kereta ne let go kat adik ipar.  Asyik let go kereta je kan ahahaaa...
Image result for suzuki every landy
Cari punya cari tergoda pulak dengan si biru ne, Suzuki Everylandy. Second hand jugak, dah itu je yang Aima termampu, ehehee...  Sebenarnya malas nak beli yang baru sebab Mr Hubby dah ada kereta baru, wife dia ne mengalah je lah.  Takut karang anak tak cukup susu asyik nak bayar kereta je kan.  Dengan kereta ne memang Aima pakai lama.  banyak jasa kereta ne tau, kereta yang membawa rezeki.

Aima pakai kereta ne dalam 5-6 tahun macam tu.  Yang tak bestnya kereta ne kalau rosak memang keluar ratus ringgit, spare part dia mahal.  Jadi let go lagi lah jawapnya.  Kali ne kawan Aima yang beli, nak guna untuk bisnes dia.

Sebelum let go kereta Suzuki Everylandy, kereta Echo dah habis loan, Mr Hubby planning nak beli kereta lagi 1, senang nak angkut anak-anak katanya.  Anak pun dah dah bertambah 4 orang.
Image result for suzuki apv grey
 .  So kitorang beli la Suzuki APV grey pulak.  Tahun ne dah masuk 5 tahun kitorang pakai kereta ne.
Kemudian barulah let go Suzuki Everylandy kat kawan.  Menitik airmata kiter tau, sayang sebenarnya nak lepaskan tapi sebab Mr Hubby dah kata lepas ne beli kereta kecik je tuk kerja dan hantar ambil anak sekolah sebab dah ada 1 kereta besar tuk jalan-jalan, sebagai isteri mithali Aima akur je lah.
Image result for suzuki alto black
Survey punya survey terbeli lagi lah Suzuki Alto hitam, second hand jugak uhuhuu.. Yang ne memang pilihan Mr Hubby.  Dia kata senang nak bawak, spare part senang cari dan insurance pun tak menyesakkan dada.

Pakai yang ne pun tak lama jugak, adalah dalam 2 tahun lebih.  Ini pun gara-gara Mr Hubby asyik kata why not u beli kereta baru yang baru keluar kotak.  Rosak pun bukan dari orang lain, dari u jugak ehmmmmm itu hint nak suruh let go lagi lah tu..

Aima tau kenapa dia asyik suruh Aima jual kereta Aima.  Nak tahu kenapa? Sebab dia tak berkenan licence plate kereta yang second hand, dia kalau boleh nak semua kereta sama nombor dengan kereta dia.  Dia kata family number.  Sukati lah Aima tak kuasa nak membantah, takut jadi gaduh lagi.

Kereta yang ne bagi kat sepupu Mr Hubby yang baru dapat kerja, suruh dia sambung bayar.  Mula-mula Aima kata nak jual, nak gak dapat hasil dari jerih payah bayar keretea bulan-bulan dan isnurance.  Tapi dah tengok sepupu dia tak pulak sampai hati kite wak.  Dia pun bukan dari family yang senang, tambah lagi baru dapat kerja.  So lepas gitu-gitu je lah, ikhlas.
Bermulalah lagi jalan-jalan cari kereta maka tergodalah dengan si gedik ne pulak, Hyundai i10 maroon.  Kebetulan jugak masa nak beli ne ada promo hujung tahun, harga pun turun giler, kurang $1 je nak $200, murah kan.  So beli yang ne je lah. Nombor plate pun tender nombor kesukaan suami, family number katanya.  Hujung tahun nanti genaplah 4 tahun Aima jadi Puan dia.  Aima dah warning tak nak dah jual kereta seperti yang sudah-sudah, rugi banyak beb uhuuu..  Mr Hubby kata ye tak kan jual punya sebab nombor kesukaan dia emmmm...

Ok sekarang baru sampai masa nak citer tentang baby baru Aima, dah penat orang baca baru lah nak up citer dia kan ahahaa...

Nak beli kereta baru ne pun banyak liku-liku dia jugak, puas gaklah bertekak dengan Mr Hubby sampai bermasam muka dan tak bertegur sapa, tapi tak lama lah sejam dua je kot.  Sebenarnya Aima memang tak nak beli sebab kereta Aima yang maroon tu kan masih ada loan 3 tahun lagi.  Kereta Mr Hubby APV pun berbaki loan 2 tahun lagi.  Takkan lah asyik nak habiskan duit tuk bayar kereta bertahun-tahun, tak sayang duit ke.  Lagipun yang kena keluarkan duit bayar Aima jugak, baru nak rasa selesa berbelanja dah takde bibik, uhuhuu..

Tapi Mr Hubby pandi physco Aima, dia kata kite kena fikir anak jugak.  Kakak dah besar dan boleh ambil lesen memandu, senang dia nak sambung sekolah nanti.  Lagipun Mr Hubby kata kadang dia rasa penat sangat lepas habis kerja shift malam, dia mengantuk.  Balik Kerja terus hantar kakak.  Dia kata jarak rumah dan tempat kerja dia dah ambik masa 45 minit, dah tu hantar kakak lagi ambik masa 30 minit pergi dan 30 minit balik.  Dia kata dia penat sangat, eleehhhhh.

Fikir punya fikir, Aima mintak petunjuk dari Allah.  Setiap kali solat Aima berdoa jika ambik kereta baru ne di masa akan datang menyusahkan Aima sekeluarga Aima mohon agar permohonan jual beli dengan pihak Bank ne gagal tapi jika ianya tidak menyusahkan Aima redha dengan semua ini.

Takdir Allah takde siapa yang dapat membantah.  Jika itu sudah ditetapkan untuk kita maka milik kita lah akhirnya.  Memang tak di sangka semua urusan berjalan dengan lancar.  Dan pihak Bank meluluskan dengan cepat jugak.

So Aima pasrah dan redha.  Asyik bertekak pun tak guna jugak, kena fikir penat lelah suami jugak kan.  Kadang terfikir ada gak betulnya cakap Mr Hubby, Kakak dah masuk 2nd semester.  Sekarang ne pun dah macam lipas kudung hantar anak-anak kesana kemari.  Dah Kakak ada lesen nanti dapat gak dia tolong ambil adik dia balik sekolah.  Dapatlah dia tolong hantar adik-adik tusyen atau extra class, boleh lah rehat sikit.

Dan akhirnya di hari Jumaat yang penuh berkat ini keluarlah 1 lagi baby yang nak kena tanggung bayaran selama 7 tahun.  Takpe sis pasrah sis ikhlas, rezeki Allah kita tak tahu kan.  Manalah tahu selepas ne rezeki datang mencurah-curah tanpa henti, aminn..

Image result for hyundai grand i10 white
Baby baru ne kurang lebih dengan kereta yang 1, Hyundai Grand i10 putih.  Bila di ingat-ingat dari dulu hingga sekarang cuma 3 brand kereta yang kitorang beli, Hyundai, Toyota dan Suzuki, pusing-pusing 3 jenis tu jugak yang dibeli, macam takde brand lain ahahaaa...

Kalau ikut plan kereta yang maroon nak bagi Kakak pakai nanti, sekarang ne Kakak masih belajar driving untuk dapatkan lesen.  Semoga Kakak cepat dapat lesen dan lulus semua test memandu, amin.

Panjang lagi post kali ne, tengah rajin memang panjang, time sakit M datang memang c&p je la, ahaha.. Ok semua insha Allah panjang umur dan sihat tubuh badan kita jumpa lagi ok..Assalamualaikum, byeee..