السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

28 January 2019

Monday Blues

Image result for monday blues
Assalamualaikum dan Salam Isnin.  Monday blues tak hari ne? Aima buka je monday yang blues hari-hari yang lain pun blues jugak, ahahaa.. Isnin yang sangat memenatkan bagi Aima, Isnin yang membuat Aima terkejar-kejar tak cukup kaki.  Hari yang memang tak cukup masa, nak makan pun kadang tak sempat.

Bayangkanlah dari celik biji mata terus prepare bekpes dan bekal untuk Mr Hubby yang kebetulan bulan ini shift pagi setiap hari Isnin.  Selesai urusan Mr Hubby kena pulak urus anak-anak yang lain.  Semua anak-anak Aima yang hantar sebab Mr Hubby memang tak sempat hantar, sebelum pukul 6 Mr Hubby dan bertolak dari rumah.

Siapkan sarapan untuk anak-anak, arah anak-anak yang 3 orang mandi lagi, nak kemas tempat tidur lagi, fuhhhh.. Anak-anak bujang Aima ne kan if tak dibangunkan memang tak bangun mandilah jawabnya.  Adik pulak memang Aima mandikan, dia memang taknak mandi sendiri, manja sangat.

Tapi dalam 4 orang ne Adik lah yang paling awal sarapan, yang lain masih mandi dia dah siap sarapan,  Sarapan bagi dia memang penting, takde sarapan menangislah dia, eheheee..

Pukul 7.15 dan keluar rumah.  Mula-mula hantar anak no 3 Sekolah Ugama, memang dekat dari rumah tapi anak sekarang mana mahu jalan kaki.  Kemudian jalan lagi hantar anak no 2 Sekolah Menengah.  Then terus hantar kakak ke Kampus yang jaraknya dari rumah setengah jam itu pun jika tak jem.  Lepas hantar kakak rushing lagi hantar adik sekolah, biasanya tepat pukul 8.30 time semua orang dah start belajar dan dah habis 1 subject.  Memang ada chance nak jadi Guru Besar, ahahaa...

Mulai tahun ini Adik sekolah sehingga pukul 9.30 sahaja.  Tentu korang pelik kan, kejap sangat sekolahnya. Sekolah Ugama pun kurang lebih gak lah, masuk pukul 2 ptg hingga pukul 3 ptg.  Adik Sekolah Rendah dalam Tahun 2 dan Sekolah Ugama Darjah Pra.  Waktu Darjah Pra Adik sekolah seperti biasa ikut waktu.  semua mruid Darjah Pra balik pukul 12, manakala murid-murid dari Tahun 1 - 6 balik pukul 12.30.  Kemudian tahun lepas Adik naik Tahun 1 dan balik pukul 12, murid lain balik macam biasa pukul 12.30.

Tapi mulai tahun ini Adik sekolah setiap Isnin-Khamis sahaja dari 7.30-9.30 pagi.  Sekolah Ugama pula cuma setiap hari Isnin.  Insha Allah nanti Aima share kisah Adik ye, banyak suka duka nya.

Ok kita sambung kisah hari ne, eheheee...Lepas hantar Adik 8.30 terus masuk Office, lewat setengah jam.  Kalau kerja tempat lain gerenti dah kena goreng kaw-kaw punya, nasib baik Miss Boss ne penyabar dapat staff macam Aima, Alhamdulillah.  Sejam kemudian pukul 9.30 ambil Adik balik sekolah then masuk office balik.  Pukul 10.30 keluar lagi ambil anak no 3 pulak balik Sekolah Ugama terus hantar dia balik rumah.  Masuk office balik hingga pukul 12.

Sampai rumah duduk sekejap, tak panas pun kerusi, pukul 12.15 terus hantar anak no. 3 Sekolah Menengah, Adik pun angkut sekali.  Tunggu lagi anak no 2 balik sekolah hingga pukul 1.  Kat Sekolah Menengah ne murid memang diwajibkan sembahyang Fardu Zohor terlebih dahulu baru boleh balik, itu yang keluar smpai dekat pukul 1. Then rushing balik rumah bagi makan Adik, bagi mandi dan sebagainya.  1.30 bawak Adik masuk office jap sebab Kelas dia start pukul 2.

Sebelum pukul 2 keluar lagi hantar Adik, then masuk office.  Pukul 3 ambil Adik, masuk office hingga pukul 5.   Then zoom terus ke sekolah anak no.3, tunggu hinnga dia keluar 5.40, baru balik rumah, itu pun kalau tak singgah mana-mana beli barang.  Nasib baik Kakak Mr Hubby yang ambil sebab Kakak balik pukul 4.30.

Sampai rumah bukak tudung, ganti baju terus siap-siap nak masak tuk malam dan kemas rumah.  Ada tokoh ibu mithali tak Aima, uhuhuuuu.. penat giler weiii.  Kadang rasa nak nangis tapi dah tanggungjawab kan.  Nasib baik hari-hari lain kurang sikit putar sana sini sebab Mr Hubby ada.  Aima paling tak suka Mr Hubby shift pagi memang kelam kabut dibuatnya.  Rasa nak pitam, rasa nak nangis, huhuuu..
Image result for so tired
Alamak panjang dah post kali ne.  Nanti share blues hari-hari lain pulak ey, ahahaaa... Ok semua panjang umur kita jumpa lagi.  Assalamualaikum

24 January 2019

Kek Sarang

Assalamualaikum dan Salam Khamis.  Ini kisah dua minggu lepas, lama terperap baru nak update, ehehee..  Anak-anak ada bagi tau nak makan kek coklet lubang-lubang yang macam buat masa Hari Raya, dorang kata dah lama tak makan.  So Aima selongkarlah resepi lama dan terjumpa resepi simple ne, memang simple tapi rasa superb.  Tapi sayangnya lupa snap gambar, panas-panas lagi dah kena potong.  Memang sedap makan panas-panas apatah lagi minum dengan teh tarik kaw kaww, fuhhhh terangkat..

Kalau korang nak cuba boleh try resepi ne.  Sorry ye gambar Aima pinjam dari Mr Google, ehehee..


Image result for kek sarang semut
Bahan-Bahanya:-
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega
Cara Membuatnya:
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (Aima perap sejam je)
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

    21 January 2019

    Tanda-Tanda Suami Curang Dibelakang Isteri


    Image result for suami curang
    1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.
     
    2. Suami pakai dua atau lebih handphone?  Ada sesetengah syarikat memberi kemudahan telefon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu telefonnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan.

    3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk. Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula merungut bahawa anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini. Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa rungutan, suami akan bermasam muka.

    4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

    5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa. Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya. Jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

    6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah.

    7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda. Anda mungkin mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

    8. Suami selalu lewat tidur. Jika dahulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, tetapi kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di televisyen dan suami asyik mengerling handphonenya, kemungkinan suami mahu bermain “sms” dengan 'kekasih gelap'nya. Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

    9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

    10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

    So berjaga-jagalah bila ada tanda-tanda yang di atas terjadi pada suami kita.

    Nauzubillahiminzalik.. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia hingga ke nafas yang terakhir, amin..
    Related image

    20 January 2019

    Petua Untuk Minum Air

    Image result for minum air putih
    1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.

    2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.

    3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.

    4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.

    18 January 2019

    Petua Kecantikan


    Image result for minum air putih 
     1. Minum banyak air. Minum, minum dan minum. Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh, tetapi air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

     
    Image result for senaman
    2. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas utk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 


    Image result for jangan merokok 
    3. Jangan Merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

     
    Image result for tidur cukup
    4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 

     Image result for muslimah cartoon
     5. Pada waktu tertentu, pastikan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Tidak payahlah sapu itu dan ini. Cukuplah dengan wajah yang bersih. 


    Image result for makan cartoon 
    6. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.

    Image result for facial care 
     7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Ataupun nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun. Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

    Image result for relax mood
     8. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. 


    Image result for gambar kartun muslimah ketawa 
    9. Ketawa adalah penghibur duka. Ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

    17 January 2019

    Khasiat Nenas Batu

    Image result for nenas batu
    1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
    2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali .
    3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
    4.. Melawaskan kencing.
    5.. Membantu melancarkan pembuangan angin.
    6.. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
    7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok.
    8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan Buasir.

    Cara Menggunakannya:-
    1. Basuh sehingga cuci bersih.
    2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
    3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
    4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari. Pada minggu yang lain,renam lagi.
    5. Buah ini apabila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
    6. Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

    16 January 2019

    Kelebihan Surah Al Kautsar

    Image result for surah al kausar
    Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

    Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

    Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

    Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

    1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

    2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

    3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

    4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

    5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

    6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

    7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.