السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.. I miss my blog.. I miss blogging.. Rindu nak update tentang pahit manis kehidupan, segala suka duka, keluh kesah dan pengalaman hidup.. Harap-harap lepas ne semangat blogging tu datang lagi.. Blog ne pun saja-saja nak mengasah balik skill sastera yang dah lama ditinggalkan. Sekadar berkongsi rasa di sepanjang hidup ini memang banyak suka duka yang dah dilalui, banyak pahit manis dah di rasai, banyak onak duri dah di jalani, banyak liku-liku yang dah di rentasi, Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mengharungi. Semoga hati ini terus kuat dan semangat untuk melayari bahtera kehidupan di masa hadapan, amiin yarabbalalamin..

31 March 2010

Salam pagi rabu..awal pagi lg dh kna msuk ofis@home ..smlm b4 tidur dh plan nk msk yg simple je tuk bekpes.. anak yg 2nd (abang) dh ckp awal2 dia tak nak bekpes pg ne, so msk yg mr hubby n anak2 request je lah..hari ne msk fried kue teow n cucur pisang (mr hubby request), fried chix wing (kakak request)..tuk abg bekalkan egg sndwich..anak yg last plak mintak fries..simple tak simple, bnyk gak yg kne buat, ermmmm...

Kue Teow Goreng Simple
Bahan2:
kue Teow segar
isi ayam - direbus
taugeh
sawi
telur
kicap manis
kicap cair
sos tiram
sos cili
garam
bwg merah
bwg putih

Caranya:-
- tumis bwg merah n putih hingga garing
- masukkan isi ayam n kue teow..kacau hingga sebati
- tuangkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos cili n sedikit garam..gaul hingga rata
- pecahkan telur di tengah dan kacau hingga telur betul-betul masak
- lastly masukkan taugeh n sawi...siap tuk di makan :)

note: ne namanya kue teow main campak2, ehee...

Cucur Pisang
(sukatan main agak2 je..)
bahan2:
pisang
tepung gandum
tepung beras
secubit kapur pinang
serbuk kunyit - untuk pewarna
air
majerin/minyak masak

cara-caranya:-
- pisang di hiris tiga secara menyerong
- campurkan tepung gandum, tepung beras, secubit kapur n sedikit serbuk kunyit, aduk rata
- den masukkan air sedikit demi sedikit, seeloknya biarlah adunan tepung tadi cair sedikit
- masukkan sedikit majerin atau minyak masak dan gaul hingga adunan tepung merata
- lepas tu masukkan lah pisang dan goreng hingga garing

P/S: dengan memasukkan sedikit majerin kedalam adunan teping akan membuatkan pisang goreng garing dan rangup..

Ayam Goreng
bahan2:
10 keping sayap ayam
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari
sedikit lada putih
1 sudu minyak bijan
1 sudu cuka
sedikit garam n gula

cara2nya:-
- campurkan semua bahan (termasuk sayap ayam) dan aduk hinggaa rata
- diamkan sebentar di dalam peti sejuk selama lebih kurang 1/2 jam atau lebih
- goreng hingga masak

p/s: cara msk fries n egg sandwich semua org dh tau kn, so tak payah lah nk buat kt blog ne, ehee...

30 March 2010

Tauhu Kukus

Bahan2:
6 keping Tauhu
250gm Udang Segar - dicincang halus
2 biji telur
2 ulas bwg merah
2 ulas bwh putih
2 biji telur
daun bawang
daun sup
daun selasih - jika perlu
5 biji lada padi
3 biji lada merah
garam
gula
daun pisang - di layur terlebih dahulu

Cara-caranya:
- lenyek tauhu hingga hancur
- hiris nipis bwg merah, bwg putih, daun sup, daun bwg, daun selasih, lada padi dan lada merah
- masukkan udang cincang dan bahan hirisan kedalam tauhu, gaul rata
- kemudian campurkan dengan telur, garam dan sedikit gula, aduk hingga sebati
- simpan dlm peti sejuk selama lebih kurang 1 jam
- masukkan adunan tauhu tadi ke dalam daun pisang dan kukus selama 20 minit..

p/s: jika malas nk membungkus menggunakan daun pisang, boleh juga menggunakan loyang dan tutup dengan aluminium foil..kukus seperti biasa.. (adunan tauhu sebelum di bungkus)

My Family

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Petanda Pergerakkan Anggota badan

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai 100%. Wallah wa’lam…

Pergerakan Tubuh & Alamatnya
Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Ubun2 bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
p/s: sekadar pengetahuan..percaya jangan..semua itu datang dari Allah S.W.T..

How To Use The Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
i) Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
ii) Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah
iii) Use it with GOOD "niat" /intentions.

Amalan Untuk Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Hendaklah diamalkan selepas solat Fardhu, terutama sekali selepas solat Suboh dan Asar.

1. Baca Surah Al Fatihah - 3X

2. Baca Surah Al Ikhlas - 3X

3. Baca Surah Al Falaq - 3X

4. Baca Surah An Nas - 3X

5. Baca Surah Al Fatihah - 1X

6. Baca Surah Qursi - 3X

7. Baca Surah Al Fatihah - 1X

8. Selawat Keatas Nabi - 33X atau lebih

9. Berdoa...
YA ALLAH, andainya rezekiku ada di langit turunkanlah, dan andainya ia berada di bumi keluarkanlah, andainya ia berada didalam laut naikkanlah, dan andainya ia jauh maka perdekatkan akan dia dan kalau sedia dekat, permudahkanlah, dan sekiranya sedikit, perbanyakkanlah, dan kalau sedia banyak, maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan kepadanya, dan berilah rezeki akan daku seperti yang ku jangka dan tidak ku jangka, rezeki yang halal, yang baik, limpah mewah lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seseorang daripada kalangan hamba MU ku perlukan daripadanya, dan jadikanlah kedua tangan ku berada diatas dengan pemberian, dan jangan jadikan kedua tangan ku berada di bawah dengan meminta-minta, sesungguhnya ENGKAU Amat Berkuasa keatas setiap sesuatu.
p/s: jgn lupa try tau..Aima pun dah cuba banyak kali n alhamdulillah rezeki dtg tak terduga..tp jgn lah pula tunggu bulan jatuh ke riba, kena lah berusaha smbl baca doa ne n memohon kepada Allah agar rezeki datang tak putus2 walaupun cikit tuk memenuhi keperluan sehari2..

29 March 2010

Kakak 10th Besday

hari ne 29 mac adalah hari yang amat istimewa buat my one n only beluved daughter..kat rumah nama timangan dia 'kakak' cos anak sulung dlm fmly, 1st cucu n niece dlm fmly belah mama..kakak ne manja budaknya..masa kecil2 dulu kakak ne cucu kesygan nenek dia..apa yg kakak nak pasti nenek dia bg, untung jd kakak ne kn..kakak ne masa kecik2 dulu ada sakit asma pai kena admit kat hsptl 1 week..masa 2 kn tngan kakak kna balut ngan gam n hard paper agar tube yg masuk kt tngan kakak 2 tak tercabut, mklum lah budak2 ne kn bnyk bergerak..so kakak ckp, 'mama mcm papa terikahkan?' ahaaaa...skng ne alhamdulillah sakit kakak 2 dh sembuh..

walaupun kakak ne anak sulung tp manja dia ngalahkan adik2 dia..myb sal lmbt dpt adik kot, umo 4 thn baru dpt baby boy..mula2 tau nak dpt adik, kakak nangis n ckp yg kakak tkut mama n babah dh tak syg kat dia lg..so Aima cakaplah yg mama n babah tetap syg kakak forever, dh kna pujuk barulah kakak dpt terima hakikat yang dia dh jd kakak, eheee...

kakak ne keras cikit tapi mudah nangis n tersentuh..umo 3 thn kakak dh mmasuki alam persekolahan..sengaja hantar awal cos Aima tngok kakak ne suka dgn buku2 n suka nyanyi ABC songs yg dinyanyikan Barney..umo 5thn 9bln kakak pindah sklh krajaan n trus masuk darjah 1, stident paling muda dlm class dia..bayangkan je lah dari drjh 1 hingga 4, 3 minggu pertama prsekolahan Aima hantar dia smpai class, dh 2 berpegangan tangan lg, manja tul anak mama sorang ne..walaupun kakak ne manja budaknya tp dia berani f tau dia tak salah..darjah 4 kakak di angkat jd prefect, tak padan dgn badan kecik, eheee...alamak terpanjang lak celoteh Aima ne..

so 2 kakak, babah mama n adik2 ucapkan hepi besday to kakak, di doakan kakak panjang umur, murah rezki, sihat walafiat n sukses dlm pelajaran dan hidup selamanya..rajin2 belajar tau syg moga impian kakak nak jd lawyer 2 tercapai 1 hari nanti, amin..jadilah anak yg baik, solehah, taat pada ajaran agama..mama babah n adik2 syg kakak sgt2 tau..walau dmana pun kakak berada jgn lupakan mama babah n adik2 tau, isk isk...hepi besday kakak, we luv u so so much, mmwhxxx...

Pindah Stor

Salam...emmmm..penatnye, lenguh satu badan. Hari ini adalah acara terakhir pindah memindah n berkemas..kena siapkan secepat yg blh..mr hubby dh komplen, dia kata skt mata tengok brng lum abis susun, heeeee....Penat gak bab pindah memindah ne ye..mula-mula kna angkt brng, pas tu nk susun blk, den kena kemas dan bersihkan tempat yang mula2 tadi.. fuh!!!!! bekriuk bunyi tulang temulang, kurng mnum susu anlene gaknya, ahaaa...

letih pindah memindah n kemas mengemas 5 bulan lepas belum hilang lg.. ne kna pindah2 lg, uhuuu...seb baik skrng ne pindah brng masuk stor je, tp letih gak lah. 5 bulan lepas baru pindah rumah. Masa 2 stor belum buat lagi so brng2 yg tak pakai sumbat je dlm bilik yang belum guna. Memandangkan anak2 nk guna bilik 2, nak tak nak kena lah buat stor kat luar.
siap je stor anak2 terus tanya bila nk angkt brng2 kluar..ermmmm..budak2 mana lah tau penat lelah kita kan..seb baik my maid ne rajin. siap semua keje rumah dia terus angkt brng n kotak2 msuk stor, tngl tunggu puan empunya brng nk susun je...dr pagi pai petang barulah keje kemas mengemas dan punggah memunggah ne siap..lega rasanya tengok semua dh kemas..dpt lah escape tak payah msk mlm ne, eheee...lg pn mr hubby keje mlm n anak2 pn tak cerewet mkn so mkn lah pape yg ada..

21 March 2010

Andai Itu Takdirnya

yippeeeee....dah dpt pun novel yg di impi2kan sjk smlm..nk tau tajuk novel tu? jeng jeng jenggg, eheeee....wat suspen dulu..nama novel tersebut adalah 'ANDAI ITU TAKDIRNYA' karya Siti Rosmizah terbitan buku PRIMA..novel ne bukan beli p pnjam dr kwn 1 ofis. kbetulan plk awal pagi td kwn tu ada bg tau yg dia ada beli novel baru yg buatkan dia tak dpt tidur slagi tak baca pai habis. bila je dia kasi tunjuk novel tu, terjerit Aima di buatnya. cam nujum mrs grasshoper lak kwn ne kn, cm tau je kiter tgh cari2 buku tu..btw tengkiu nisa (bila ada novel terbaru kasi pinjam lg ek)

so dh dpt pnjam ne tak jadi lah nak beli, sve budget ckt, heeeee..siap je semua urusan keje Aima kat jbtn kerajaan tu n cecah je punggung kat krusi ofis, terus curi2 baca novel sambil mata n tinge jaga2 takut bos lalu depan mata pun tak sedar..tak hbis baca kat ofis, smbung g kat umah..anak2 Aima ne dh faham sgt bila tengok je mama dorang pegang buku tentu tak kacau, bertuah sungguh rasanye..lum abis baca 1/2 buku dah buat kan Aima leleh, sedih beb..

mr hubby keje mlm ne so Aima prepare lah awal2 uniform yg nak pakai n brng2 yg mr hubby nak bwk..mr hubby p keje jam 4..dah siap salam2 ngan mr hubby, terus capai novel n baring kat sofa smbl ready 1 towel tuk lap leleh, ahaaa...tak smpai 1 hari dah pun baca pai abis, memang tinggal semua keje di buatnya, seb bek lah Aima masak awal ptg tadi, f tak tentu anak2 mogok..

btw ksimpulan Aima tentang novel ne, memang best giler lah citer dia. plot yg buat Aima nangis tak hingat (pai kan anak2 asyik tenung2 n berkerut dahi tengok mama dia nangis) citer yg sedih giler. sedih tengok cara suami layan dia. Ego suami dia punye lah tinggi pai cecah awan..kata sayang p dera perasaan isteri, ermmmm.. p kan ada gak part yg Aima rasa tak logik ngan life sbenar tapi novel ni memang tip top...BEST!!! nanti korang baca lah sendiri ey, mata Aima dh merah cam biji saga lak..ne Aima pastekan Sinopsis dia..
ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakang keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri. (dari BukuPrima)

p/s: selamat membaca semua n jgn lupa bwk tisue skali...

20 March 2010

Citer Novel

salam..tadi pagi ada kwn dtg ke ofis n tunjukkan 1 novel yg menurut kata dia syok sgt n blh menyebabkan tkng baca nangis tak ingat dunia..kwn ne tau yg Aima ne hantu buku, ahaaa..Aima belek ckt je novel tu sbb tgh bnyk keje, nnti tk pasai2 kne sound leh miss bos, haruuu...baca sinopsis je dh wat hati ne tak senang duduk, cam best je jln citernya..so Aima tekadkan dlm hati nak dapatkan novel tu bila ada masa nnti..Aima ne kan selagi tak dpt selagi 2 lah hati bagai digaru2 ngan garfu..
mlm ne x dpt p mana2 cos mr hubby keje. dah jd kebiasaan f mr hubby xde tntu tperuk je kt umah n main ngn anak2..ptg td p umah family, tak jauh pn, tak smpai 2 minit perjalanan..mklumlah umah family Aima ne blkng umah je, tak pyh susah2 nak start keta, eheee...anak-anak paling suka p umah nenek dorng, leh main ngan kazen2 yg kdng2 dtg jenguk nenek dorng ne..kat umah family Aima tu cuma duduk 3 org je..bapa, mama n adik yg plng kecik (p dh beso pnjng pn, heeee...) anak2 pngl nenek belah Aima 'nini boy' n 'nini girl'..adik yg bngsu plak 'ucu'.. anak2 pngl umah nenek dorng ne umah blkng n umah yg kitorang duduk plak umah depan, senang kan..k lah, nyte olz.. Aima nk rehatkan mata n minda lu ey..cos sok nak keje ag..nak p jbtn krajaan nak uruskan keje2 rutin Aima..g pn besok nak cari novel yg kwn bawak td, dah x sabo nk baca..nnti Aima citer apa nama novel tu ek, tngu tau..bubyezzzzzzz.....

01 March 2010

Petua Awet Muda

Hari ne nak share petua awet muda yg diturunkan guna tangga kayu dari pengangun (mak andam) masa Aima kawin dulu..dh lama rupanya kawin ey rasa cam baru je tamat form 5, eheee... petua ne dah lama makcik tu bagi p kdng je pakai tu pun f ingat =) f korang tengok mak andam Aima dulu tu muka dia punyalah awet muda, tak sepadan ngan usia..mak andam ne pun baik, 1 week b4 kawin mak andam ne ulang alik dtg umah tuk buat lulur bdn n pesan itu ini yg kdng2 tu malas nak ikut :) p plng best dia jaga kiter pai mlm mjlis ambil2an n ajar mcm2 sal kehidupan berumahtangga.. so f nak tau mujarab o tak, try je lah..

masa mandi pagi ptg siang o mlm (bila2 pun layann..) biasakanlah menyiram air bermula dari hujung kaki dan sedikit demi sedikit sehinggalah ke kepala..ketika sampai ke dada berselawat di dalam hati dgn kalimah 'Allahumma Solli 'Ali Qolbi Sayyidina Muhammad' baca sebanyak 3x..den mandi mcm biasa... jgn lupa cuba try test, eheee....

Kentang Bakar Berkeju

salam ahad..ptg td my niece b'day...muda lagi, baru yg ke 1, eheee...so dari pg fikir nk masak apa tuk buah tangan..nak buat kek malas plak rasa..nak tempah kuih tak sempat plak, baru td malam adik ipar call n jemput bday party anak dia...plan nk masak yg simple je..kuar masuk dapur, belek2 buku resipi bnyk kali pun tak gak muncul2 idea, ermmmm...last2 dh penat sgt, selongkar punya selongkar trnmpak lah kentang dlm bsket...tadaaaa...dpt idea nak buat baked potato wiv cheese...

sedang syok bubuh inti dlm kentang, kdengaran plak riuh rendah dr luar, cam bunyi gendang pun ada, cam bunyi periuk kena palu pun ada..bila jenguk kat bkng dapur n toleh kiri kanan, takde pape plak tp bunyi makin nyaring..anak2 pun tertanya2 pabenda yg bingit sgt ne takkan oven yg bmukun..

tetiba anak dara meluru masuk dapur n bg tau ada 'dong dong chai' (lion dance) kat resto seberang rumah..laaaaa, ptotlah bising..bila anak2 ajak tengok mama dorng ne otey aje, setaun skali tngok apa slhnya kan..so Aima bwk anak2 tengok dong dong chai kat pintu depan umah..korang bygkan lah rsto tu terletak seberang jalan tp sgt lah bising bunyi dia pai nak cakap ngan anak2 pun kena beso suara..f duk dekat resto tu agaknya mau tuli tinge, ahaaa..

masa tu ada 2 ekor singa, satu wrna merah n satu kuning..tgh singa tu nari bak kata anak Aima nari kap kap udang..ada satu kumpulan nyalakan mercun yg panjang dia boleh lilitkan resto tu, punyalah panjang..n bunyi dum dam mercun tu punyalah bising pai anak2 tutup tinge..plng best masa singa tu lompat nak amin angpow..pai terjatuh org yg pegang pale singa, ekikikiiik..syok2 tngok dong dong chai pai terlupa kentang dlm oven, nsb baik bibik tlng tengokkan f tak mkn kentang rentung la jwbnya..

n alhamdulillah semua baked potatoe yg Aima bawak laku..nsb baik dh tapau awal2 dr rumah tuk bg mom in law..sis in law pun bnyk yg komplen cos tak sempat amik, dh abis org tapau..tkpelah nnti f ada masa Aima buat ag ey =)..

ne Aima share resipi dia p syg lupa plak nak snap pict..

Bahan2:
ubi Kentang (direbus dgn sedikit garam)
cheese
isi ayam cincang (tumis hingga masak)
garam
mentega
lada sulah

Cara2nya:
- belah 2 kentang yg telah direbus
- keluarkan isi kentang tapi kulit kentang jagan dibuang
- lenyek kentang hingga hancur. masukkan isi ayam, mentega, lada sulah, sedikit cheese dan garam. gaul hingga sebati
- kemudian masukkan isi kentang + ayam kedalam kulit kentang..
- susun dalam dulang dan bakar 10-15min..
- keluarkan kenatang dari oven n taburkan dengan cheese..'
- then bakar hingga cheese keperangan
- lastly hidang n ngap, nyam2 :)